Tuesday, 25 April 2023

Pencen Bersara Retirement

 *Very true ... Sangat jelas ...

 *Must read 🙇🏻‍♂️...* 


 *IBARAT MENTOL TERBAKAR 💡...* 

ASSALAMUALAIKUM


Seorang pegawai kanan kerajaan yg berjawatan Ketua Pengarah telah bersara dan berpindah dari kediaman rasminya ke kawasan perumahan... dimana dia memiliki sebuah banglo. 


Dia menganggap dirinya hebat dan tidak pernah bercakap dengan sesiapa pun termasok lah jirannya. 


Walaupun ketika berjogging di taman setiap petang dia tidak menghiraukan orang lain...malah memandang rendah pada mereka.

     

Suatu hari seorang tua yang duduk di sebelahnya memulakan perbualan dan mereka sering bertemu selepas itu. 


Setiap kali perbualan mereka kebanyakan nya bagaikan sehala sahaja dan pengarah yang telah bersara itu bercerita topik kegemaran nya....tentang tidak ada sesiapa yang dapat membayangkan jawatan besar dan jawatan tinggi yang di pegang nya sebelum bersara.


"Saya datang dan tinggal disini kerana terpaksa... bersara mandatori. 


”Orang tua yang menemani nya  mendengar penuh sabar dan tenang.

     

Setelah berhari- hari berlalu... ketika pengarah yang sudah bersara itu mula ingin tahu tentang orang lain... Pak tua pendengar yang menemani nya itu membuka mulut dan berkata...


“Setelah bersara dan tiada lagi jawatan...kita semua seperti mentol yang sudah terbakar."


"Tidak kira berapa watt mentol itu... berapa banyak cahaya atau kilauan yang diberikannya... tetap tidak bercahaya lagi setelah ianya terbakar".

     

Dia selanjutnya berkata...

“Saya telah tinggal dgn masyarakat disini selama 5 tahun dan tidak memberitahu siapa pun bahawa saya adalah wakil rakyat selama tiga penggal."



"Di sebelah kanan anda... dia bersara sebagai Pengurus Besar di syarikat korporat membuat kereta."


"Di hujung sana merupakan Mejar Jeneral dalam Tentera Darat." 



"Orang yang duduk di bangku dengan berpakaian putih bersih itu merupakan CEO di Bursa Saham sebelum bersara."


" Pakcik yg pakai tshirt tu pesara Profesor dan yang bercapal aje tu bersara DCP...pernah jadi CPO disebuah negeri".


"Semuanya tak pernah memberitahu kepada sesiapa pun walaupun kepada saya... tetapi saya tahu".


"Semua mentol² yang terbakar ini sekarang menjadi sama je...tak kira apa pun wattnya dulu - 5, 10, 40, 60, 100 watt - tiada bezanya sekarang." 


"Tidak kira apa jenis mentol sebelum ianya terbakar - LED, CFL, Halogen, mentol pijar, pendarfluor atau lampu hiasan." 


"Dan hal ini juga kawan ku, kini turut terjadi kepada anda dan kita."


"Apabila anda mampu memahami perkara ini... anda akan mendapat ketenangan dalam masyarakat dan didunia ini"... 

     

"Matahari yang terbit serta matahari terbenam kedua2nya nampak indah dan menikmatkan." 


"Tetapi...pada hakikatnya manusia melihat matahari terbit lebih penting dan dipuja... bahkan dinanti²...cahaya sinar nya... sedangkan matahari terbenam tidak lansung diberi perhatian yang sama." Tidak dipedulikan lagi...kerana tiada lagi cahaya yg mendatangkan menafaat.


"Lebih baik anda memahami hal ini lebih awal... daripada kecewa di kemudian hari kelak".


Pangkat... gelaran dan kuasa kita sekarang tidak kekal. 


Siapa pun yg terlalu beremosi dengan perkara² ini hanya akan merumitkan hidup nya apabila kehilangan semua pangkat... gelaran dan kuasa pada suatu hari nanti.


Ingatlah bahawa apabila permainan catur berakhir...raja dan bidak akan kembali dalam kotak yang sama ... dan kita semua akan kembali ke tanah yang kita pijak selama ini.


Nikmati seadanya apa yang anda ada hari ini. 


*Untuk renungan  kita bersama*


*_Selamat berbahagia di hari yang mendatang dan selamat menyambut hari persaraan kepada semua sahabat yang di kasihi sekalian *._

No comments:

Post a Comment