Monday 27 April 2020

My first terawih as an Imam Besar I .

Tips buat semua yang baru dilantik menjadi imam tarawih dalam rumah di seluruh negara.

1. Waktu berbuka nanti makan ala kadar sahaja. Sebab nak tarawih awak debor, tambah senak makanan banyak sangat, tak selesa pula.

2. Ulang baca surah yang nak dibaca sebelum mula solat tarawih. Risau terlupa.

3. Kalau rasa tak yakin, buka Quran yang bersaiz besar, letak di belah hadapan. Sambil solat boleh semak bacaan.

Iya, ini boleh.

4. Sebaiknya pilih surah yang kita dah hafal lah. Kalau surah lazim sahaja hafal, ulang lah itu sahaja pun tak apa.

Kalau makmum bising, ingatkan ke dia, awak baru dilantik. Sabarlah.

5. Rasa banyak sangat surah nak kena hafal, sedangkan hafalan tak banyak, masa rakaat kedua awak baca surah Al-Ikhlas. (Qul huwallahu ahad)

Jadi, tinggal nak pilih surah untuk rakaat pertama sahaja.

6. Kadang kita selalu lupa rakaat dalam sembahyang, jadi risau tarawih pun sama, tips dekat poin nombor 5 sebenarnya membantu.

Kalau tengah baca surah pilihan tu terlupa ayat sambungan, rukuk je terus. Tak payah tunggu lama nak ingat. Karang makmum awak yang debor.

7. Buatlah tarawih 8 rakaat sahaja. Tambah lagi 3 solat witir sebagai penutup.

8. Antara solat tarawih dengan tarawih kan selalu surau dan masjid baca selawat. Awak tak hafal, tak mengapa.

Baca sahaja selawat apa pun boleh. Tak baca pun tak apa. Terus aja sembahyang.

9. Nak nampak padu sikit, sediakanlah tazkirah ringkas untuk awak sampaikan ke isteri dan anak-anak selepas tarawih. Google aja awak.

10. Pesan ke makmum awak, kalau awak salah, jangan gelak. Karang dah batal susah nak mula balik. Dok tergelak tak sudah. Huhu.

Haa. Awak kongsikan lah ya. Buatnya ada yang tengah tercari-cari panduan pula kan.

Terima kasih.

Firdaus Mokhtar,
Saya pun dapat lantikan juga. Allahu.







No comments:

Post a Comment