Siri 4 Tazkirah Menjelang Ramadhan
*SIAPAKAH GOLONGAN YG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN*
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;*
*"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan* *tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada* *puasanya itu kecuali rasa lapar dan* *dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang* *solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat* *apa-apa daripada solat malamnya* *itu kecuali hanya terbatas kepada* *berjaga malam sahaja."*
*(HR Ibnu Majah)*
1. Mereka yg Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan *TETAPI* membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yg bermanfa'at.
2. Mereka yg menunggu2 waktu berbuka puasa *TANPA* mengambil kesempatan utk berdoa kpd Allah di saat2 mustajab doa.
3. Mereka yg bangun utk bersahur semata2 *TANPA* beramal dan mendirikan solat sunat sekurang2nya 2 rakaat.
4. Mereka yg dikurniakan Allah nikmat yg berlebihan *TETAPI* bakhil utk bersedekah dan menjamu org berbuka puasa.
5. Mereka yg mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yg panjang utk mempelajarinya *TETAPI* membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.
6. Mereka yg sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama *TETAPI* kekal bermusuhan,berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.
7. Mereka yg mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah *TETAPI* tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.
8. Mereka yg menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan *TETAPI* membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.
9. Mereka yg bersungguh2 memelihara puasa dari perkara yg membatalkan *TETAPI* berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim.
10. Mereka yg sampai umurya ke penghujung Ramadhan *TETAPI* tidak berusaha utk memburu kebaikan malam *AL QADAR.*
Selamat bermuhasabah diri dan saya memohon ribuan kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan yg dilakukan samada disedari atau tidak disedari.
*Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak*
28 Sya'ban 1441 H
22 April 2020
No comments:
Post a Comment