Assalam dan selamat pagi semua😊
Tajuk pagi ini : Waktu makan ubat ketika bulan puasa. sambungan dari semalam (rujuk gambar akan lebih jelas)
1) Info ini adalah khas buat anda semua yang tengah makan ubat -ubatan daripada hospital ataupun klinik. Sedikit perubahan pada waktu makan ubat ketika bulan puasa. Saya akan cuba bagi contoh termasuk ubat supaya lebih senang.
2) Katakan pesakit nama Ali. Dia makan ubat dari hosp konerang. Ada 5 jenis ubat ni. Mai kita susun ubat si Ali semasa bulan puasa.
T. Amlodipine 10mg
Ubat darah tinggi
1 kali sehari selepas makan
T. Perindopril 4mg
Ubat darah tinggi
1 kali sebelum makan
T. Metformin 1g
Ubat kencing manis
2 kali sehari selepas makan
T. Gliclazide 80mg
Ubat kencing manis
2 kali sehari sebelum makan
T. Simvastatin 20mg
Ubat kolesterol
1 kali sehari selepas makan
3) Sila rujuk gambar agar lebih faham. Susunan ubat Ali tadi adalah seperti berikut.
*Ketika waktu sahur*
Bangun saja sahur perut kosong, Ali kena makan ubat darah tinggi T. Perindopril 1 biji dan ubt kencing manis T. Gliclazide 1 biji.
Lepas 5-10 min. Ali makan sahur.
Lepas makan 10min. Ali pun makan ubat darah tinggi T. Amlodipine 1 biji dan kencing manis T. Metformin 1 biji.
*waktu berbuka*
Dengar ja azan magrib, Ali pun berbuka dengan 1 biji kurma. Ali kena makan 1 biji ubat kencing manis sebelum makan iaitu T. Gliclazide.
5 min-10min. Baru Ali boleh makan berat. Lepas 10min makan berbuka, ali kena makan 1 biji ubat kencing manis T. Metformin.
*Selepas solat Tarawih*
Ali pun makan ubat kolesterol, T. Simvastatin 1 biji.
Sebelum tidur, Ali pun niat nak puasa esok. Selesai rutin makan ubat si Ali ni.
Semoga Ali ni faham cara makan ubat dia. Semoga Ali dan semua ahli rakan Farmasi Kuala Nerang sihat. Amin.
Terima kasih
"Kesihatan anda tanggungjawab kami"
Shairazi
Pharmacist
Farmasi Kuala Nerang
0142400948
No comments:
Post a Comment