Wednesday, 29 May 2019

Salam Aidil Fitri 2019 M 1440H


Satu syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
 
 
Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini Syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan Raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.
 
Yang Jauh itu Waktu,
Yang dekat itu Mati,
Yang besar itu Nafsu,
Yang berat itu Amanah,
Yang panjang itu Amal Soleh,
Yang indah itu Saling Memaafkan,
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

 
  Penuh adab menyusun kata
  Terserlah Kepribadian penuh kesantunan
  Salam dihulur maaf dipinta
  Dari kami Warga Pembangunan

                 Gemersik takbir mengundang hiba
                 Salam diatas tanda ingatan
                 Syawal dinanti menjelang tiba
                Salam diutus pohon kemaafan
            
  Indahnya langit kerana awam
  Indahnya lautan kerana kebiruan
  Indahnya Ramadhan kerana keinsafan
  Indahnya Syawal kerana kemaafan
 
‘Ramadhan Kareem’ Selamat Datang,
Sesungguhnya ‘Allah Yang Maha Mulia’;
Mata hati terang benderang,
Kemas langkah meniti usia.
 
Madrasah fikriyyah dan rohaniah,
Semoga Ramdan lebih bermakna; 
Syawal disambut dengan meriah,
Fitrah kehidupan usai tercakna.
 
Pengabdian diri dan mesra jiwa,
Kembalikan fitrah dan fikrah kita; 
Perjalanan bersama merasa merawa,
Ampun dan maaf terkasar kata.
 
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Menariknya santunan budi,
Bahasa indah menyantun raga.














ahlifikirnegara: Buat mereka yang berkelana, bermusafir dan akan bergerak pulang ke kampong. Hati hati memandu. Fokus dan jika keletihan, ambil sedikit masa berehat. Selamat semuanya.InshaAllah.
Eid Mubarak is approaching. Enjoy the blessed festive moments with the beloved ones.

Tuesday, 21 May 2019

RAMADHAN BULAN AL-QURAN

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain” 
(Surah al-Baqarah : 185).

 
 
ahlifkirnegara: Benarlah Firman Allah

JENIS- JENIS ZAKAT

• Zakat Berasal dari perkataan Arab "al-zakat" yang membawa maksud suci, rahmat, berkat, berkembang , subur, bertambah dan sedekah.
 

• Dari segi istilah, zakat bermaksud penyerahan yang wajib dilakukan ke atas sebahagian harta kekayaan dari sumber yang baik yang dimiliki seseorang Muslim kepada golongan yang berhak menerimanya.
 

Dalil
" Hai orang-orang beriman! Nafkahkan lah ( di jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
( Surah Al-Baqarah 2:267)
 

" Maka sesungguhnya Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual (urud al-tijarah)."
( Riwayat Abu Daud )
 

Syarat Wajib Zakat
• Islam
• Merdeka
• Cukup Nisab
• Cukup Haul
• Milik Sempurna
• Niat berniaga
 

Kadar Zakat
• 2.5 %
 

Syarat Sah Zakat
• Niat
 
 
 
Jenis-Jenis Zakat
 
Zakat Fitrah :
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.
 

Zakat Harta :
Zakat harta ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.
 
Zakat harta terbahagi kepada beberapa jenis :
• Zakat Wang Simpanan (termasuk KWSP)
• Zakat Perniagaan (termasuk saham)
• Zakat Pendapatan
• Zakat Binatang Ternakan
• Zakat Emas dan Perak
• Zakat Pertanian
• Zakat Galian (Emas dan Perak)
 
 
 
ahlifkirnegara: Laksanakan kewajiban adalah wajib.

Thursday, 16 May 2019

HUKUM DAN HADIS RAMADHAN

Assalamualaikum wrt. wbrt.
 
YBhg. Datuk / Dato' / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan / Cik,
 
Hari ini merupakan Jumaat yang kedua kita berada di bulan Ramadhan pada tahun ini. Pada bulan biasa pun hari Jumaat tersangatlah istimewa, apatah lagi di bulan Ramadhan ini.
Di tambah pula pada hari ini, cuacanya yang sejuk hasil dari hujan yang dicurahkan oleh Allah SWT makin memberi ruang dan peluang untuk kita memperbanyakkan mengingati Allah SWT.
Jangan ditangguhkan…. berdoalah! Kerana di saat ini (ketika hujan), pada hari ini (Jumaat), dan pada bulan ini (Ramadhan) doamu akan dimakbulkan.
Mohonlah keampunan sebanyaknya, dan mohon agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang SABAR sebagaimana para nabi-nabi dan Rasul-rasul serta para sahabat.
 
Insya Allah, diteruskan lagi perkongsian pada hari ini tentang Hukum dan Hadis-hadis berkaitan dengan bulan Ramadhan.

1.    CARA-CARA MEMBACA DOA BERBUKA PUASA
 
Allahumma Innaka Afu'un Kareem Tuhibbul Afwa Fa'fuanna
 
 
2.    DIAMPUNI DOSA DI ANTARA RAMADHAN KE RAMADHAN

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ كَفَّارَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ


Maksudnya : “S
olat yang lima waktu, dari Jumaat ke Jumaat, dan Ramadhan ke Ramadhan, merupakan penghapus dosa di antara mereka, jika dia menjauhi dosa-dosa besar.”
 
(HR. Muslim No. 233)
 
 
3.    BERPUASA UNTUK DAPAT REDHA ALLAH SWT.
 
4.  مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه
Maksudnya : “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala (ridha Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu
                                                                                                                                                                                                           (HR. Bukhari)
 
Semoga kita sentiasa mendapat Rahmat dariNya, kerana dengan RahmatNya (kasih sayangNya) lah kita dapat meneruskan puasa dan ibadat kita sehingga ke hari ini, dan yang paling kita ingini adalah dapat sampai dan masuk ke dalam syurgaNya melalui pintu Ar-Rayan (untuk orang yang berpuasa). Aamiin…
 
Sekian, Wassalam.



ڤوست إسلام
Pusat Islam
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka
 
Telefon: 06-270 2091
Fax: 06-270 1042
 
 
 
ahlifikirnegara: Ya Allah, jauhkanlah aku dari api neraka Mu.

Wednesday, 8 May 2019

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1440H 2019Masehi



ahlifikirnegara: Selamat Beribadah.

Rahsia Rakaat di dalam Solat


Rahsia Rakaat di dalam Solat

Ketahuilah hikmah ditentukan solat ditetapkan lima waktu berserta rakaatnya.  Hukama' ada berkata "Ditentukan tiap-tiap solat itu (kerana) setiap solat (diwakilkan) oleh seseorang Nabi daripada Anbiya Allah swt. pada waktunya"
 


Solat Subuh

Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala baginda keluar daripada syurga.  Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat.  Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat
 


  • Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan daripada kelam (kegelapan)
  • Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang hari (terbit fajar)

Solat Zuhur

Firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102 dan 103
 



[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar"

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)

 

Nabi yang pertama sekali yang menunaikan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim as. tatkala keluar perintah Allah swt. yang menyeru Nabi Ibrahim as. menyembelih anakandanya Nabi Ismail as.  Datangnya perintah Allah swt. pada ketika gelincir (sedikit) matahari.  Maka bersolatlah Nabi Ibrahim as. empat rakaat
 

  • Rakaat pertama bermaksud syukur bagi penebusan
  • Rakaat kedua bermaksud membukakan (meleraikan) dukacita anakandanya
  • Rakaat ketiga bermaksud menuntut keredhaan Allah swt.
  • Rakaat keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar ganti) yang amat besar seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 107



[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan (kibasy) yang besar;

Nota: Kibasy yang dibawa turun daripada syurga iaitu kibasy Habil
 

Solat Asar

Nabi Yunus as. adalah nabi yang pertama sekali menunaikan solat Asar ketika Allah swt. mengeluarkan baginda daripada perut ikan Nun ibarat burung yang tidak berbulu.  Keadaan Nabi Yunus as. ibarat berada di dalam empat kelam

i. Kelam zulmah kesalahan
ii. Kelam airnya
iii. Kelam malam
iv. Kelam perut ikan

Ketka Nabi Yunus as. berjaya keluar daripada perut ikan Nun pada waktu Asar dan bersolatlah Nabi Yunus as. sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. daripada terlepasnya empat zulmah (kegelapan) itu tadi
 

Solat Maghrib

Solat Maghrib adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda diangkat oleh Allah swt. daripada kaumnya.  Pada waktu itu matahari telah jatuh (maghrib)
 

  • Rakaat pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain daripada Allah swt.
  • Rakaat kedua bermaksud menafikan tohmahan terhadap bondanya, Mariam daripada dituduh kaumnya
  • Rakaat ketiga bermaksud memberi bukti tuhan itu satu iaitu Allah swt.  Kerana dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas itu saling berhubung.  Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya

Solat Isya

Nabi Musa as. adalah nabi yang pertama menunaikan solat Isya tatkala baginda sesat sewaktu keluar daripada negeri Madyan (perbatasan Hijaz dan Syam).  Pada saat itu juga isteri Nabi Musa as., Shafura (anakanda Nabi Syu’aib as.) berada di dalam keadaan berdukacita dan begitu juga saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam keadaan berdukacita, musuh Nabi Musa as., Firaun turut berdukacita berserta beberapa orang anaknya.

Maka dilepaskan oleh Allah swt. mereka daripada keadaan dukacita dengan janjNYA dan berlaku pada waktu Isya yang akhir.  Maka solatlah Nabi Musa as. sebagai tanda syukur terlepas daripada segala bentuk dukacita yang empat itu.
 

Pada riwayat yang lain ada juga menyebut solat Subuh itu solat Nabi Adam as., solat Zuhur itu solat Nabi Daud as., solat Asar bagi Nabi Sulaiman as., Nabi Ya'akub solat Maghrib dan Isya itu solat Nabi Yunus as.
 

Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani, halaman 73 sehingga 75.
 

ahlifikirnegara: copy n paste. Wassalam

 

Tips Kayu Tiga Dua Pasangan

Tiada yang sanggup mengaku kalau diri bermain kayu tiga atau menduakan pasangan.
Tak kira bagi pasangan suami isteri mahupun yang sedang bercinta.
Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si dia mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin.
Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda.
Di bawah adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:










1. Tiba-tiba jadi terlalu sibuk

Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering diutarakan.

Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu.
Kalau anda meminta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.

Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif.

Jika si dia sudah menunjukkan tanda-tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia telah menduakan anda.

Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya.

Sambil itu, cuba selidik apa kegiatannya selama ini.
Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi.
Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.





2. Berubah menjadi terlalu setia dan romantic

Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik?

Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini.
Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelabui mata anda.

Dia mengetahui apa yang anda mahu.

Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri.
Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang jelas dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda.
Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya.
Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan.
Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.





3. Terlalu banyak berahsia

Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap seperti berbisik.
Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas.
Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan.

Lebih baik bersikap sewajarnya.
Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya.
Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.

Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga.

Biar masa saja yang menentukannya.
Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.






4. Berubah penampilan dan pendapat

Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal.

Jatuh cinta juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuklah penampilan, gaya hidup dan pendapat.
Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi.

Ataupun dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan.

Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia tidak punya alasan yang kuat untuk berubah.

Biarkan dia buat begitu semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tak perlu lama untuk berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.








Perkara yang membahagiakan

Empat perkara yang mendasari kebahagiaan hidup seseorang menurut kajian di National Institute on Aging, adalah harga diri, optimisme, keterbukaan dan pengendalian diri.

Namun bukan hanya terhad kepada empat perkara ini sahaja.
Ada beberapa langkah yang boleh dibuat untuk mencapai kebahagian dalam hidup. Antaranya ialah:

- Aktif dan mempertahankan kesibukan.

- Melakukan sesuatu dengan fikiran positif dan optimis.
- Meluangkan waktu untuk bergaul dan bersosial.
- Bekerja dengan produktif dan melakukan pekerjaan yang memberi makna.
- Berorientasi ke masa kini.
- Mengembangkan keperibadian yang sihat.
- Mengembangkan keperibadian yang terbuka.
- Jadilah diri sendiri.
- Mengurangkan permasalahan dan perasaan negatif.
- Memelihara pandangan bahawa peribadi yang elok adalah sumber kebahagiaan yang paling utama.
- Memberikan nilai tinggi terhadap kebahagiaan itu sendiri.


 


ahlifikirnegara: Tak boleh nak berfikir dah. Suka kepada balm cap kaki tiga.