Wednesday 20 March 2019

Perbandingan Tahap Kepuasan Bekerja Dikalangan Staf Akademik dan Bukan Akademik: Kajian Kes

Kepuasan pekerja merupakan elemen budaya organisasi yang dapat memberi impak kepada prestasi organisasi.
 
 
 
Dalam konteks UniMAP, kajian kepuasan pekerja merupakan julung kali dilakukan selama lapan tahun kewujudan universiti ini.
 
 
 
Sehingga kini jumlah pekerja yang sedang berkhidmat di UniMAP seramai 976 staf bukan akademik dan 632 staf akademik.
 
 
 
Justeru adalah releven bagi pihak pengurusan universiti mengetahui sejauhmana staf telah berpuas hati dengan perkhidmatan, operasi dan pengurusan UniMAP sehingga ke hari ini.
 
 
 
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau perbandingan tahap kepuasan berkerja di kalangan staf akademik dan bukan akademik.
 
 
 
Secara umumnya kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kuantitatif yang melibatkan seramai 797 staf.
 
 
 
Kepuasan bekerja telah diukur melalui 10 domain utama yang merangkumi kemudahan infrastruktur, prosedur operasi, persekitaran kerja, perkhidmatan, kepimpinan faedah dan ganjaran, maklumat, komunikasi, dasar universiti, aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
 
 
 
Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap domain kepuasan berkerja dikalangan staf akademik dan bukan akademik
 
Sumber: ResearchGate.
 
 
 
 
ahlifikirnegara: Pagi tadi terdengar tentang (KRG) Kawasan Rehat Guru, yang Menteri memohon agar kawasan tersebut disegerakan pembinaan prasarananya. Memang sebagai ahli akademik, kawasan tersebut (common area) amat kritikal keperluannya. Untuk melepaskan lelah selepas kuliah atau kelas. Ianya memang amat diperlukan.

No comments:

Post a Comment