Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada-Nya, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Begitu juga kepada kaum keluarganya, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat
Hiasan |
Islam agama yang sempurna. Antara kesempurnaan yang sangat dititiberatkan dalam Islam adalah berkaitan dengan aurat. Suami yang baik dan beriman akan memastikan dirinya, isteri dan anak-anak agar sentiasa terpelihara aurat mereka. Firman Allah S.W.T:
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ...
Yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (wajah dan kedua-dua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…
(Surah al-Nur ayat 31)
Ayat di atas menunjukkan hukum wajib menutup aurat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Maruah wanita Islam akan tercalar dan terhina sekiranya mereka mempamerkan aurat kepada kaum lelaki yang bukan mahramnya semata-mata untuk menarik perhatian mereka. Begitu juga pada lelaki muslim contohnya memakai seluar pendek sehingga mendedahkan lutut, akan dilihat tercalar imej dan tidak beradab menurut kehendak Islam. Ada yang solat tetapi auratnya terdedah. Maruah yang sepatutnya dimuliakan oleh syarak tetapi tidak diendahkan.
Hiasan |
Yang bermaksud: “ Wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah bertelanjang berjalan dengan gaya melenggang- lenggok, rambut mereka seperti bonggol unta, mereka tidak masuk syurga serta tidak mencium baunya, sedangkan bau syurga itu boleh dihidu sejauh sekian sekian”.
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Apa yang kita lihat pada hari ini, sebahagian besar wanita berpakaian tetapi terlalu ketat dan jarang sehingga menampakkan bahagian dada dan susuk badan mereka seolah-olah tidak berpakaian. Begitu juga ada wanita yang bertudung tetapi kedua lengannya terdedah dan seluar yang dipakainya terlalu ketat. Wanita yang seperti ini tidak akan mencium bau syurga sekiranya ia beriktikad menghalalkan perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Hiasan |
Marilah kita bersama-sama menjaga ahli keluarga kita daripada menjadi golongan yang mengabaikan perintah Allah S.W.T dalam segala hal khususnya menutup aurat. Mudah-mudahan dengan menutup aurat menjadikan keluarga kita terpelihara daripada segala gangguan dan menyelamatkan masyarakat daripada perbuatan yang boleh mencabul kehormatan wanita dan sebagainya.
Senyum itu SEDEQAH |
ahlifikirnegara: Ikutlah perintah Boss (Allah Azza Wa Jalla) wahai lelaki dan perempuan.
Kredit:
ڤوست إسلام
Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka
Telefon: 06-270 2091
Fax: 06-270 1042
No comments:
Post a Comment