Thursday, 25 August 2016

VI Rugger Reunion (Friendly Classic Match Class '85 vs. Class '86)


February 1, 2010 at 9:13am

Salam,
Hi All.

Message dari Haspa (Team Manager and Captain of the Day.)

VI RUGGER RE-UNION. Classic Match 85 Vs 86.
Result: 10 ('85) - 15 ('86)


Dear 85 Players:
Haspa, Dr Sinclair, Jawa, Shaha, Rosli Roy, Hazri Rafi, Zack, Dr Sinclair Son,Thank You.
A very good and enjoy game.
Zack best player, pergi urut and take great rest.
Hazri bawak berehat, good forward.
Rafi, U control the game good.
Shaha, ko nyer lari macam dulu gak lari dari hostel, laju.
For supporters yang datang, thank you:
Ahmad Norfeizan, Raslan, PP, Azmi Kayu, Zainordin.



ahlifikirnegara: Permainan memang fight (sengit) dan enjoyable.
Great to see old friends and make my day.
Jumpa lagi.
Thanks to Haspa for the great effort and job done.
Thanks to others for being loyal to RUGBY and friendship.


Thanks for Haspa and all players, friends and supporters.

Thanks for Haspa and all players, friends and supporters.

Kisah Kisah Di Celah Masyarakat. (Kisah Pendek)


February 1, 2010 at 10:53am
Penyahnyataan (Disclaimer): Sebutan nama adalah samaran dan tiada kena mengena dengan mereka yang hidup atau juga mereka yang pernah hidup. Kehidupan ini sementara dan alam akan datang lebih abadi dan hakiki. Faham, Tak Apa!

Khairol (bukan nama sebenar).
Hambali (bukan nama sebenar) dan aku dah cuba untuk merapatkan hubungan Batch 2001/2002 bagi membincangkan berberapa perkara penting.

Jika tiada sambutan dari kalangan kita, maka aku anggap kita sendiri yang tidak mahu melihat kemajuan dalam diri kita sendiri dan .....ini adalah penyakit persendirian dan tiada ubatnya.

Maka,
Haluan akan menjadi sendiri sendiri dan amat malang bagi kita sendiri yang respon nya terlalu lemah dan kita terlalu selesa dengan keadaan kita sekarang (bak kata orang kampung aku...'Comfort Zone').

Itu sahaja lah usaha kau, Hambali dan aku. Kita boleh tarik kerbau ke tepi kubang tetapi kita tidak mampu bawak masukkan kerbau tuh dalam kubang.



Sekian,
Terima kasih.
ahlifikirnegara.

Masalah Paling Berat


March 10, 2010 at 12:35pm

Dr. Sopian sedang memberi kuliah tentang ‘Stress Management’.

Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada mahasiswanya "Berapa beratkah segelas air ini pada fikiran anda semua?"
Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram.

"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.

Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan menjadi semakin berat".

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya".

"Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi".

Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi.

Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan membawanya pulang.

Beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh. Setelah berehat ambilnya kembali.

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!



ahlifikirnegara: Hal terindah dan terbaik di dunia ini tak dapat dilihat atau disentuh, tetapi hanya dapat dirasakan jauh di lubuk hati anda. Have a nice day........

Q: Apakah masalah paling berat?
A: Angkat benda berat.

Wednesday, 24 August 2016

Cermat Semasa Hayat Membawa Berkat Menyebarkan Hidayat


March 11, 2010 at 6:23pm
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.


Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.


Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?


Dipetik Oleh Mohamad Minhat
Dari seorang Umat
Nabi Muhammad
s.a.w.

ahlifikirnegara: Jangan Liat Pada Bacaan Yang dibuat buat.

Thursday, 18 August 2016

Tips Kayu Tiga Dua Pasangan (Siri 1 dari 4) .


March 10, 2010 at 3:20pm

Ini bukan sebarang kayu dan tiada kena mengena dengan Azmi Kayu atau sebarang lagu Kayu oleh Wahid Satay. Ini kayu kalau sudah kena...memang menangis.
Ini juga tak ada kena mengena dengan sebarang ukiran kayu atau benda benda mengarut yang boleh buat ibu duit.


Baca baik baik, Bai (Lebai).


Tiada yang sanggup mengaku kalau diri bermain kayu tiga atau menduakan pasangan. Tak kira bagi pasangan suami atau isteri mahupun yang sedang bercinta. Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si orang sebelah atau si dia mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin. Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda. Di bawah adalah satu dari 4 petanda yang boleh anda perhatikan:


1. Tiba-tiba jadi terlalu sibuk

Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering diutarakan. Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu bersama atau bersenggama. Kalau anda meminta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.


Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif. Jika si dia sudah menunjukkan tanda-tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia telah menduakan anda.


Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya. Sambil itu, cuba selidik apa kegiatannya selama ini. Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi. Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.




ahlifikirnegara: Hafal tips di atas. Siri yang seterusnya akan tiba di kawasan anda dalam masa terdekat ini.

Tips Kayu Tiga Dua Pasangan (Siri 2 dari 4) .


March 24, 2010 at 3:22pm
Aaaa sambung sikit lagi kisah 'Kayu Tiga'...nak sama lebih kurang dengan kisah nya 'Madu Tiga'.
Tip yang kedua ini, perubahan nya agak nampak drastik sikit lah. Macam tak realistik pun ada. Memang berbeza betul jika kita bandingkan dengan keadaan sebelumnya.


Amacam Kayu? Boleh komen sikit?


Dimaklumkan tips yang kedua adalah;
Berubah menjadi terlalu setia dan romantik


Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelabui mata anda.


Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang jelas dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.


ahlifikirnegara: Faham ke tak, korang baca benda alah ni. Jangan segan nak tanya kalau tak faham sebab kalau buat buat faham, itu yang cepat jadi 'ISIM' tuh.

Wednesday, 10 August 2016

Mesin kisar berprogram

Mesin kisar berprogram

Mesin kisar berprogram

Mesin kisar berprogram

Monday, 1 August 2016

Tips seterusnya Kayu Tiga (Siri 3 dari 4)


Rahsia semua orang memang ada punya. Mana boleh bagitahu semua. Memang dengan orang rumah kita agak susah nak menyimpan rahsia especially perkara perkara yang terkini hatta lokasi kurap sekali pun, orang rumah boleh tahu 'Global Positioning Spot/State (GPS)'.

Betullah orang cakap. 'Birth Mark' hanya ibu sahaja yang tahu manakala kurap serta birth mark, kedua duanya sekali , orang rumah boleh tahu.

Sila layan tips seterusnya bagaimana hendak mengetahui berlakunya 'Kayu Tiga' dalam kehidupan seharian kita.

Terlalu banyak berahsia

Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap seperti berbisik. Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas. Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap sewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.

Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.




ahlifikirnegara: Sebab itu lah ramai yang mengambil peluang dengan kecanggihan telefon bimbit. Nak berjumpa dengan Pencipta pun, kena bawak telefon bimbit. 

Penutup_Tips kayu tiga dua pasangan (Siri 4 dari 4)


Ini penamat kepada tips main kayu tiga. Perubahan itu baik dan ada juga kurang baiknya jika tidak kena pada tempatnya.

Orang Jepun cukup suka mengubah ngubah sebahagian 'layout' / pelan pejabat. ('Plan' di pantai timur tidak diguna pakai sebagai 'Plan', tetapi perkataan 'Peta' lebih meluas penggunaannya, sama juga dengan 'buah mempelam', di pantai timur ianya di sebut 'buah pauh').

Baiklah, beralih kepada tips terakhir kayu tiga dan penamat bagi siri ini. Cuba lihat nota di bawah supaya menjadi pedoman. Sebelum membacanya, doa elok elok agar kita terhindar dari sebarang kayu terutama kayu mati.

Berubah penampilan dan pendapat

Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal. Jatuh cinta juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuklah penampilan, gaya hidup dan pendapat. Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi.

Ataupun dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan.

Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia tidak punya alasan yang kuat untuk berubah. Biarkan dia buat begitu semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tak perlu lama untuk berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.


ahlifikirnegara: Dulu kini dan selamanya cinta ku tak berubah. Kau tetap menjadi pujaanku.

Lama dok dengor berito kawe kengtot ku mak minhak [Balilar Wok]


Sayup mengelor anok dok balik
Menyembah sujud pada Mung
Seakang zaman doktong sudah sapok
Seakan zaman gelekek habih doh
Mung duk jauh Mok panggil dekat
Mung duk dekat Mok panggil rapat
Mung duk rapatt Mok sendal
Takmboh bui gogeh
Renungan si Ibu terandeng jauh
Seakang mengelor anok manih
Yang hatinya gelebek sumbing
Ingat air mata yang luroh berjelabok berlembang di lambor
Seakang noknya anok tembor berdecung dari Kuala Lumpor
Biar cokkoh depang mata
Biarlah mung dulu suka mengakas
Sedor sedor le ni senyap tuppas
Sampai gitu mbas menengung
Mok tunggu mu balik raya kappong
Mok tunggu mu jadi bejuruh jangan jadi cakduh
Mok doa' biar jadi manih dok kelat sebbat
Mok doa' lagi hari raya, biar tenang jangan kelecat barat
Rok jelibung mok tebah buat jalang
Takut mung kena pakoh pinggat lari meletang kalang
Nok tengoknya ke mung
Memang dok dang dang
Nok ramah jari mung anok ku anok kesayangan
Hari Raya andainya buleh aku kelor mung
Takut nak jeruwoh takut mung belohok
Bukang mok nak kereta tolok, bukang mok mitok mah setokol
Mok tahu mung makang burger, hotdog
Dulu mu berahi jering, gemo kuih badok
Mok cuba kelor lagi neh
Baliklah Wok baliklah
Hari raya dok baik bekok
Mok terima mung sayang
Salahnya cuma silap belaga buah getoh
Silap sikitnya rebus ubi kayu dok rebus ubi torok
Adik Adik mu tu nye je mung jadi bekok
Hari raya ning baliklah Wok
Mok sorang berlagu pilu sedih
Ayoh mu gi dok royat nok mati
Rasa nok gelekek tadok tepat geli
Raya sama mung dok tau tepat nok gi
Baliklah Wok
Anak anak ku
Kalau mu kenang duana mung tubek
Kalau mu kenang sapa beso ke mung
Kalau mu kenang sapa dia jaga mung jok kecik
Kalau mu kenang macang mana mung boleh baca nulih
Pagi raya ning mung ada cokoh dirumah
Pagi raya ning mung buat air dappor
Pagi raya ning ciung tangang orang tua
Pagi raya ning mitok maaf dengan mok
Pagi raya ning mok dok pernoh berniat nok kehel mung
Hari raya hari berkeluarga, cenderhati termahal
Hadiah paling comel, hamper paling beso
Hari raya, mung semualah paling beso
Anok beranok, warih waroh
(Sajak written & read by Ibrahim Mohd Taib of Ajil, Ulu Terengganu)


ahlifikirnegara: Ambe Buleh Belaka...berdecoh dok jadi mende. Lening ambe doh balaek Malaya.