# *Panduan Pengurusan Kewangan untuk
Staf yang Akan Bersara*.
Sebagai
persediaan menghadapi fasa persaraan, pengurusan kewangan yang bijak dan
tersusun amat penting bagi memastikan kehidupan yang stabil dan sejahtera.
| Assalamualaikum. Awal Mula Pertama Mula. |
## *1. Pengurusan Duit Ganjaran
(Gratuiti)*
* Sebaiknya,
gunakan maksimum *30% daripada duit ganjaran* untuk keperluan peribadi seperti
menunaikan haji atau tujuan penting lain.
* Baki *70%*
disyorkan untuk:
* Simpanan dalam KWSP (caruman tambahan)
* Akaun simpanan tetap (Fixed Deposit)
* Hadkan
pengeluaran daripada simpanan ini tidak melebihi *30%*, manakala selebihnya
dijadikan dana kecemasan.
| Sem II Sesi 2025/2026 |
## *2. Pemilihan Institusi Kewangan*
* Walaupun
sesuatu bank berlabel “Islamic”, pastikan anda memahami konsep sebenar muamalat
yang digunakan.
* Pilih
produk pembiayaan dengan *kadar keuntungan (profit) atau faedah terendah*.
* Sentiasa
membuat keputusan dengan ilmu dan diiringi tawakal.
| Cincin dijari manismu tanda bahagia. |
| Makan Makan Makan |
## *3. Peranan Keluarga dalam
Kewangan*
* Ibu bapa,
khususnya ibu, sering menjadi penasihat kewangan yang berhemah.
*
Menyerahkan sebahagian simpanan kepada ibu boleh menjadi satu bentuk disiplin
simpanan kerana kebiasaannya ibu lebih bijak menyimpan untuk masa susah.
| Lot 10 |
| Ekjos |
| Dimana?..... |
## *4. Bantuan Kewangan kepada
Anak-Anak*
* Kajian
menunjukkan ramai pesara menghadapi masalah kewangan kerana terlalu banyak
membantu anak.
* Boleh
membantu, tetapi *hadkan kepada maksimum 10% daripada simpanan*.
* Ingat,
simpanan tersebut adalah hasil usaha puluhan tahun.
## *5. Perancangan Kos Penjagaan Kesihatan*
| Ai Ai Cip. Jaga Kesihatan! |
| Jaga Kesihatan. Ramadhan Kareem. |
| Jaga Kesihatan ANDA! |
* Jika
menghadapi masalah kesihatan serius sehingga perlu penjagaan rapi:
* Pertimbangkan rumah jagaan jika tiada yang
mampu menjaga di rumah.
* Pastikan anda mempunyai *sokongan kewangan
yang kukuh* untuk menampung kos penjagaan.
## *6. Pengurusan Pinjaman*
* Jika ingin
membuat bayaran lebihan untuk pinjaman:
* Bayar di kaunter dan nyatakan bayaran untuk
*“prinsipal”*.
* Elakkan pembayaran lebihan melalui aplikasi
jika ia tidak mengurangkan prinsipal.
## *7. Nasihat untuk Anak-anak
(Perancangan Kewangan)*
* Untuk
membeli rumah/aset bernilai sekitar *RM180,000*:
* Pendapatan minimum disyorkan: *RM3,000
sebulan*
* Pastikan komitmen hutang tidak melebihi
*1/3 daripada gaji*
## *8. Keselamatan Transaksi
Kewangan*
* Elakkan melakukan
transaksi kewangan menggunakan *WiFi awam*
*
Berhati-hati dengan penggunaan aplikasi e-wallet seperti Touch ‘n Go
## *9. Tindakan Jika Ditipu (Scam)*
* Segera
hubungi:
* *997 (NSRC – National Scam Response
Centre)*
* Bank berkaitan untuk tindakan pantas
## *10. Elakkan Overlap Pinjaman*
* Jangan
membuat pinjaman baru untuk menutup pinjaman lama kerana ia hanya menambah
beban kewangan.
## *11. Berhati-hati dalam
Perniagaan*
* Elakkan
memulakan perniagaan seperti warung sekiranya memerlukan modal yang besar tanpa
perancangan rapi.
## *12. Perbelanjaan Perkahwinan
Anak*
* Jika anak
ingin berkahwin dan kekurangan dana:
* Elakkan membuat pinjaman bank
* Lebih baik bantu melalui pinjaman keluarga
yang tanpa beban faedah
# *Kesimpulan*
| Jom NZ |
| Dimana jua anda berada. |
Persaraan
bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada fasa kehidupan yang baharu. Dengan
perancangan kewangan yang berhemah, disiplin dalam perbelanjaan dan keutamaan
kepada simpanan, pesara mampu menikmati kehidupan yang lebih tenang dan
bermaruah.
No comments:
Post a Comment