Sajak MUALLIM untuk muhasabah diri Selasa, 28 Julai 2026
NIAT YANG BETUL PASTI MENGHASILKAN SIFAT TAQWA
❤️🩹Kita bersolat, belum tentu benar-benar bersolat.
❤️🩹Solat yang diterima bukan sekadar gerakan,
❤️🩹Tetapi hadirnya hati yang khusyuk.
❤️🩹Lahir ibadah hanyalah rangka, khusyuk itulah roh yang menghidupkannya.
❤️🩹Tanpa roh, amal menjadi kosong,
❤️🩹Apakah layak dipersembahkan kepada Allah?
❤️🩹Kita bekerja setiap hari, tetapi untuk apakah sebenarnya?
❤️🩹Adakah untuk menambah taqwa kepada Allah?
❤️🩹Ataukah sekadar mengejar gaji, pangkat dan kemewahan?
❤️🩹Jika dunia sahaja yang dicari,
❤️🩹Dunia itulah yang akan kita peroleh.
❤️🩹Rezeki dunia datang melalui usaha dan ikhtiar.
❤️🩹Namun taqwa hanya lahir daripada niat yang ikhlas.
❤️🩹Roh setiap usaha ialah mencari keredaan Allah.
❤️🩹Jiwa setiap pekerjaan ialah berkhidmat kepada manusia.
❤️🩹Membantu mereka yang memerlukan.
❤️🩹Memudahkan urusan kehidupan sesama insan.
❤️🩹Menjadi manfaat walau sekecil mana sekalipun.
❤️🩹Itulah amal yang hidup di sisi Allah.
❤️🩹Hasil usaha tidak perlu diniatkan, kerana ia lazimnya akan datang.
❤️🩹Tetapi pahala tidak akan datang tanpa niat yang benar.
❤️🩹Niat kerana Allah menjadikan pekerjaan sebagai ibadah.
❤️🩹Khidmat kepada manusia menjadi jambatan menuju reda-Nya.
❤️🩹Beruntunglah mereka yang memperoleh dua keuntungan.
❤️🩹Keuntungan dunia melalui hasil usaha yang halal.
❤️🩹Keuntungan akhirat melalui keikhlasan hati yang bertaqwa.
❤️🩹Itulah bekalan yang kekal hingga bertemu Allah.
❤️🩹Niat yang betul ialah roh segala amal.
❤️🩹Roh kepada ibadah, usaha dan pekerjaan.
❤️🩹Daripadanya lahirlah sifat taqwa yang menghiasi jiwa.
❤️🩹Semoga setiap langkah kehidupan kita bernilai ibadah,
❤️🩹Dan menjadi bekalan menuju syurga yang abadi.
#muallimsalleh2356
#duniatenangtenangler
#akhiratsenangsenangler
notis: dari kawan kawan dalam grup media sosial.
| Jangan Takut. |
No comments:
Post a Comment