Assalamualaikum
Pagi tadi saya dengar radio klasik dlm kereta....Satu kisah
yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah perempuan radio tersebut..
Kisahnya begini ...
Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat
angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya
teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan
meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun
pesan makanan lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.
Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap
makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg
kelihatan agak comot. Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2
pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik. Namun begitu anak
lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan
pandangan orang sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki
untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar
ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan
restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum
beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab
anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah,
towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada
yg tinggal..."
Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan
di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan
pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap
ayah kamu. Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya
kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak
atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.
Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu,
malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat
bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."
Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah,
saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat sembuh.
Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?
👪Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan
kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar
denganku.
Anakku...
Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar
apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..
Aku minta maaf anakku.
Aku semakin MENUA...
😟Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku
sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.
Anakku...
Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan
aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa
kecil.
Anakku...
Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada
bersamaku.
Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap
kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan
merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.
Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....
Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu
sendiri..
Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn postlah
posting diatas kpd group keluarga atau group peribadi keluarga sendiri sebab
kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa
mereka...
ALFATIHAH .........
RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN
SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK KITALAH AYAH PULA.....
YA ALLAH YA WADUD , TUHAN Yang Maha Penyayang ,
kami bermohon pada MU , keenakan bersujud , Syurga yang
kekal abadi , do'a yang dimakbulkan , keluasan dan Rahmat , Wahai Tuhan Yang
Sebaik-baik disembah .
YA ALLAH , Terimalah do'a kami , dan Jauhkanlah kami
daripada setiap bala' . AAMIIN .🤲🤲🤲
ان لله و ان اليه راجعون
Sesungguhnya untuk Allah dan Sesungguhnya kepada Allah
kembalinya kita .
AlFatihah buat ayahanda sahabat kita Ramlan . Semoga
Almarhum ayahanda di tempatkan bersama
orang Beriman dan diampuni segala dosanya.Aamiin Ya Rabb🤲🤲🤲😔
Kuali Hitam
Sebiji kuali hitam
Di dapur rumah kelahiran
Adalah teman ibuku
Siang dan malam
Sebiji kuali hitam
Terjerang di atas tungku
Adalah penghibur ibu
Ketika kami menunggu.
Sebiji kuali hitam
Di atas api siang dan malam
Tahun demi tahun
Kami tidak pernah menghitung.
Seorang ibu yang menyayangi sebiji kuali
Sering memeluk kami
Pernahkah kami perhatikan
Matanya yang ditikam serbuk arang
Kulitnya yang dikoyak percikan api
Lengan yang diserap abu hitam
Dahinya yang disengat pucuk api
Kami hanya tahu lena kekenyangan.
Begitu tahun demi tahun
Kuali yang setia menjalankan tugasnya
Hingga kami dewasa dan hidup di kota.
Kini didapur rumahku yang bersih
Tak ada kuali hitam yang hodoh
Cuma pada kesempatan
Yang tidak selalu sempat
Aku memasak untuk anak-anak
Dengan kuali non- stick
Yang tebal dan mahal
Dan sesudah itu membasuhnya
Dengan sabun yang lembut
Berhati hati seperti memandikan bayi
Mengikut arahan pada buku panduan.
Suatu hari ibu ke rumahku
Dengan kerajinan yang biasa
Memasak untuk kami
sekeluarga
Cucu-cucunya ternyata amat berselera
Dan ibu merasa terlalu bahagia.
Dan sesudah itu dengan cara yang dia tahu
Mengemas dan merapikan dapurku
Dan seperti yang biasa dibuat
Pada kuali nya di
kampung
Dia menyental kualiku yang mahal
Dengan berus yang kesat dan spontan aku menjerit
"Ibu merosakkan kuali saya...tahukah ibu berapa
harganya?"
Ibu terdiam..barangkali hatinya terguris
Barangkali dia hampir menangis
Melihat wajahku yang bengis
Dan kini...setelah ibu kembali kepada Ilahi
Aku menyesali ketelanjuranku
Kiranya aku mengukur kasih sayang ibu
Dengan harga sebiji kuali.
Ibu telah tiada
Kuali hitam tergantung sepi
Di dinding dapur rumah tua
Bolehkan kami menghitung
Berapa harganya?
Karya datuk dr. Zurinah
YA ALLAH ! ,
Sesungguh nya , aku terlalu banyak bersabar , aku menderita
pilu dan aku merasai kepenatan.
YA ALLAH ,
Berikanlah khabar gembira , dengan lonjakan kegembiraan yang
hebat ,
Yang dapat membuatkan aku bersujud pada MU , sebagai tanda
syukur seorang hamba , YA RABB ! .🤲🤲🤲
Ambillah hikmahNYA
Dunia adalah jalan untuk mereka yang sentiasa mencari
kebaikan. Hati yang selalu menagih keampunan daripada Allah SWT akan selalu
dilorongkan dengan perbuatan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Orang yang selalu mencari kebaikan akan mendapat kebaikan
dan yang selalu lupa kebaikan, kejahatan akan datang kepadanya. Justeru,
berdakwahlah di mana sahaja kerana dakwah sentiasa membuka jalan kebaikan bagi
sesiapa yang melakukannya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan
kamu pula beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah itu
lebih baik bagi mereka, antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka
adalah orang yang fasik."
(Surah Ali-Imran, ayat 110)
Di hati hanya Allah🤲🖐️❤️
ORANG YANG BENAR2 MENCINTAI RASULULLAH TIDAK AKAN DIBAKAR
OLEH PANASNYA API NERAKA
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلِّمْ
Ada seorang sahabat (sahabat wanita) ditantang oleh
sahabiyyah yang lain, bahwa dirinya dikatakan tidak mencintai Rasulullah
Sahabiyyah tersebut marah dan berkata :
"Demi Allah aku mencintai Rasulullah."
Saat itu di dalam suatu tempat umum tentunya ada juga
sahabat Rasulullah dari kalangan pria
Lalu para sahabiyah yang menantang berkata :
"Apa buktinya bahwa engkau benar-benar mencintai
Rasulullah?"
Lalu dijawab :
"Kalian mau bukti yang bagaimana?!"
"Beranikah engkau membuka cadarmu sebagai tanda bukti
kecintaanmu kepada Rasulullah?!"
Walaupun di tempat umum yang tentunya ada lelaki yang akan
melihat wajahnya, sahabiyyah tersebut dengan spontan membuka cadarnya, ditarik
ke atas lalu segera diturunkan lagi
Menyesal wajahnya telah dilihat pria yang bukan mahramnya
karena spontannya, segera pulang wanita tersebut dan mengadukan permasalahannya
kepada suaminya
Si suami setelah mendengar pengaduan istrinya, ia langsung
menemui Rasulullah
"Yaa Rasulullah, istriku telah ditantang oleh
sahabiyyah yang lain kalau ia mencintai engkau maka ia harus membuktikan tanda
cintanya, lalu spontan ia menarik keatas cadarnya lalu diturunkan kembali"
Mendengar pengaduan sahabatnya, maka Rasulullah berkata :
"Carilah kayu yang besar dan banyak, lalu letakkan di
belakang rumahmu"
"Marhaba yaa Rasulullah"
Segera ia mencari kayu yang banyak. Setelah terkumpul ia
balik lagi menghadap Rasulullah
"Yaa Rasulullah, kayu itu telah saya dapatkan dan telah
saya letakkan di belakang rumah saya"
Lalu Rasulullah berkata :
"Bakarlah kayu tersebut lalu letakkan di panci besar,
lalu tuangkan air didalamnya, rebuslah sampai air tersebut mendidih dan
tutuplah"
"Marhaba yaa Rasulullah"
Setelah air mendidih, ia kembali lagi kepada Rasulullah
"Yaa Rasulullah, air yang aku masak dalam panci besar
tersebut sudah mendidih"
Rasulullah berkata :
"Katakan kepada istrimu untuk masuk ke dalam air yang
mendidih tersebut lalu tutuplah atasnya"
"Marhaba yaa Rasulullah"
"Segera ia kembali pulang dan memerintahkan istrinya
untuk masuk ke dalam air tersebut. Si istri segera masuk ke dalam air lalu
ditutuplah atasnya.
Lalu suami dari sahabiyyah tersebut balik lagi menemui
Rasulullah dan berkata :
"Yaa Rasulullah, istriku telah masuk ke dalam panci
tersebut dan telah kututup atasnya"
Lalu Rasulullah berkata :
"Sekarang lihatlah dan bukalah tutupnya"
Segera ia kembali dan membuka penutup panci besar tersebut
dan dilihatlah istrinya seperti anak kecil yang sedang bermain air di dalam
tanpa merasakan panasnya air tersebut
Segera ia mengadukan kepada Rasulullah
"Yaa Rasulullah, mengapa istriku malah bermain air di
dalam panci tersebut?"
Rasulullah berkata :
"Orang yang benar-benar mencintaiku tidak akan dibakar
oleh panasnya api neraka".
اَللهم صل و سلم على سيدنا محمد نورك الساري و مدد الجاري واجمعني
به في كل أطوار وعلى آله و صحبه يا نور
√ Jangan pernah lelah untuk terus bersholawat atas baginda
Nabi Muhammad S.A.W
√ Biasakan Sholawat,Sholawat2...!!
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلِّمْ
Di Hati hanya Allah🤲❤️
Allahumma Sholli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad Wa'alaa Alihi
WaShohbihi Wasallim🤲❤️






No comments:
Post a Comment