Tuesday, 13 January 2026

INFO KESIHATAN 02/2026: BAHAYA SERANGAN ASMA DAN "SILENT CHEST"

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Datin / Profesor / Profesor Madya / Dr. / Tuan / Puan/ Siswa/ Siswi UTeM,

 

Bacaan oksigen cantik (99%) tapi anak tiba-tiba rebah? Ini fenomena silent killer yang ramai terlepas pandang.

Salam Takziah buat keluarga yang kehilangan anak syurga akibat serangan asma baru-baru ini.

Ada satu iktibar besar dari sudut perubatan yang wajib kita semua faham.

 

Ramai ibu bapa menyangka:

 

"Asalkan bacaan oksigen anak 98%-99%, anak selamat."

Tuan-Puan, dalam kes serangan asma (lelah), NOMBOR OKSIGEN BOLEH MENIPU.

Memahami bagaimana "oksigen penuh" boleh bertukar menjadi tragedi dalam beberapa saat adalah ilmu mahal yang boleh menyelamatkan nyawa.

 

Kenapa Oksigen 99% Tiba-Tiba Jatuh Mendadak?

Pakar perubatan kecemasan menjelaskan situasi ini sebagai "Physiological Cliff" (Jatuh Gaung).

 

1. Oksigen Penuh, Tapi "Pintu" Sedang Tertutup 

Pada awal serangan, anak mungkin bernafas laju (hyperventilate) untuk kekalkan oksigen 99%.

Tapi di dalam badan, saluran nafas sedang perlahan-lahan kejang dan tertutup rapat (bronchospasm).

Oksigen dalam darah nampak cantik, tapi kemasukan udara baru sebenarnya makin tipis.

 

2. Bahaya "Meronta" (Fighting The Air)

Apabila anak mula stres, menangis, atau meronta (contohnya kerana dipaksa pakai mask oksigen), penggunaan oksigen badannya meningkat 200-300%.

Bayangkan: Bekalan udara masuk sikit (sebab saluran sempit), tapi badan guna oksigen macam orang berlari pecut (sebab meronta).

Akibatnya? Oksigen dalam darah "kering" serta-merta. Anak collapse.

 

Sebab Itu Doktor Utamakan "Asap" (Nebulizer) Berbanding Oksigen Semata-Mata

 

Sebagai info kesihatan awam, kami ingin jelaskan kenapa protokol rawatan di hospital/klinik begitu:

 

Fungsi Nebulizer (Wap)

Ia adalah KUNCI untuk membuka "pintu" saluran nafas yang terkunci. Tanpa saluran terbuka, oksigen tambahan tidak boleh masuk ke paru-paru.

Fungsi Oksigen

Ia adalah sokongan. Jika saluran tertutup rapat, memberi oksigen sahaja ibarat menembak angin ke dinding, ia tidak sampai ke dalam.

 

 

Apa Yang Ibu Bapa Boleh Belajar?

 

1. Jangan Terpedaya Nombor: Jangan rasa selesa walau oksigen 99% jika nafas anak masih laju, berbunyi, atau dada berombak kuat.

2. Ketenangan Itu Nyawa: Jika anak meronta-ronta menolak mask oksigen, jangan paksa secara kasar. Pujuk dan tenangkan. Tangisan dan rontaan memburukkan keadaan asma.

3. Fahami Rawatan: Jika doktor fokus memberi Nebulizer, itu kerana mereka sedang berusaha membuka laluan nafas anak secepat mungkin.

 

Nyawa anak asma sangat rapuh.

Semoga penjelasan ini membuka mata kita semua supaya lebih peka dengan tanda-tanda amaran yang tidak tertulis pada skrin monitor.

 

 



 

Sekian terima kasih,

 “MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN"

 "MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“KOMPETENSI TERAS KEGEMILANGAN”

 Unit Perubatan Pesakit luar

Pusat Kesihatan Universiti

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

06-2292308

https://www.instagram.com/pusatkesihatanutem/

https://www.facebook.com/PusatKesihatanUTeM

https://www.tiktok.com/@pkuutem?_t=8lZMS8zyqLo&_r=1

 

Emel Ini Tidak perlu Di Balas .

INFO UTeM Hanyalah sebagai Medium Untuk Hebahan Makluman Kepada Semua Warga UTeM.

 Sekiranya Memerlukan Maklumbalas Lanjut, Sila Hubungi Penama Yang Disertakan Di Dalam Emel Ini.

https://cdo.utem.edu.my/ms/rujukan/tatacara.html

 

No comments:

Post a Comment