Thursday, 25 December 2025

MASUK TANDAS BAYAR RM0.50

 MASUK TANDAS BAYAR RM0.50


Mari kita renungkan


Penjaga Tandas : Maaf Pak Cik..!!!

Untuk masuk tandas ni Pak Cik kena bayar RM0.50.


Pak Cik : (Menitiskan air mata)


Penjaga Tandas : Eh... Kenapa Pak Cik menangis, kalau Pak Cik tak ada duit cakap saja, nanti saya tolong bayarkan. Silakan Pak Cik masuk.


Pak Cik : Nak... Aku menangis bukan kerana tidak ada duit. Malah aku ada banyak duit. Jangankan hanya untuk membayar harga masuk tandas, membeli tandas ini pun aku mampu jika aku mahu.


Penjaga Tandas : Kalau begitu kenapa Pak Cik menangis?


Pak Cik : Aku menangis kerana tempat senajis dan sekotor ini pun mempunyai nilai harga yang harus dibayar bila ingin masuk. Apalagi untuk masuk syurga yang begitu harum dan indah. Berapa harga yang harus kita bayar. Cukupkah amal kita untuk membayar harga untuk masuk syurga?






Penjaga Tandas : 😔😭(Hanya terdiam dan turut menangis)


Ingat...Ketika anda masuk ke masjid apakah anda mengisi kotak amal atau tidak? Jika anda bersedekah itulah yg akan menjadi amal soleh kita.


Semoga Allah memudahkan kita, orang tua kita, keluarga kita dan semua umat Islam untuk masuk ke dalam Syurga. Aamiin Allahumma Amin..


BOLEH DISHARE SEBANYAK MUNGKIN BIAR TAMBAH MANFAAT.. 

In Shaa ALLAH🤲







Tuesday, 23 December 2025

Rejab

 Berikut perkara yang disunatkan & digalakkan dibuat dalam bulan Rejab:

🌙 1. Memperbanyakkan Taubat & Istighfar

Rejab dianggap bulan persediaan rohani sebelum Ramadan

Amalkan:

Astaghfirullahal ‘azim (100 kali atau lebih)

Taubat nasuha dengan benar-benar menyesal & berazam berubah

🕌 2. Menjaga Solat Wajib & Tambah Solat Sunat

Utamakan kualiti solat:

Solat sunat rawatib

Solat tahajud

Solat dhuha

Solat taubat

📿 3. Banyakkan Zikir

Antara zikir yang baik diamalkan:

Subhanallah

Alhamdulillah

Allahu Akbar

La ilaha illallah

Selawat ke atas Nabi ﷺ

📖 4. Membaca & Tadabbur Al-Quran

Tidak perlu target besar, yang penting konsisten

Contoh: 1–2 muka surat sehari

Fahami maksud ayat, bukan sekadar bacaan

🍽️ 5. Puasa Sunat

Tiada puasa khusus wajib dalam Rejab, tetapi puasa sunat umum digalakkan:

Isnin & Khamis

Puasa Ayyamul Bidh (13, 14, 15 Rejab)

⚠️ Nota penting: Tiada hadis sahih yang menetapkan puasa khusus pada 1 Rejab atau hari tertentu secara wajib.

🤲 6. Perbanyakkan Doa

Minta:

Keampunan

Kesihatan

Ketenangan keluarga

Rezeki yang berkat

Doa yang masyhur:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

(Ya Allah, berkatilah kami dalam Rejab & Syaaban, dan sampaikan kami ke Ramadan)

❤️ 7. Jaga Akhlak & Tinggalkan Maksiat

Kawal marah

Jaga lidah

Elakkan fitnah & mengumpat

Perbaiki hubungan keluarga

🎯 Ringkasnya:

Rejab = bulan taubat & muhasabah

Syaaban = bulan persediaan amal

Ramadan = bulan puncak ibadah










Thursday, 18 December 2025

Lawatan Wakil EAC serta Pemeriksa Luar Disember 2025


Lawatan Wakil Engineering Accreditation Council EAC serta Pemeriksa Luar External Examiner  Disember 2025


Laporan kontot oleh Mohamad Bin Minhat.


Assalamualaikum wbt wkt. untuk makluman, bengkel bersama Pemeriksa Luar (EE) BMIG (Prof Ir Ts Dr Wan Sharuzi - UMPSA -)

Link: https://apps.ump.edu.my/expertDirectory/profile.jsp?email=sharuzi@ump.edu.my

akan diadakan pada 17-18 ni (Rabu-Khamis) 2025. Untuk makluman, sesi bersama Jabatan adalah pada hari Khamis (8.30 pagi - 10.00 pagi), diteruskan selepas itu dengan research sharing di Dewan Kuliah. Saya menjemput staf-staf Jabatan yang berkelapangan untuk bersama-sama saya/Dr Masni pada 2 slot ini (Khamis pagi). Terima kasih.

HoD.



Lawatan ke makmal

Makmal Kimpalan

Makmal Kimpalan

Makmal Termaju SEM

Makmal Simulasi

Penutup Lawatan

Mesyuarat Hari Penutup

Wakil Fakulti Hari Penutup

Mendengar Rintihan Staf Fakulti

Mohamad Bin Minhat sedang berbahas secara batin

Sila dengar dengan  teliti......

Senaman Muka

Melepaskan lelah apabila terlalu lama dalam bilik tertutup

Wakil EAC dan EE



Tuesday, 16 December 2025

Perjalanan Ke UTARA - Journey To The NORTH

 

Jadual Waktu untuk Program Pesisir OffShore Pusat Latihan INFOERA Penang

Sky Bridge KOMTAR

Tuan Haji Anas Ibrahim - AP Dr Univ of Auckland UITM Kepala Batas

Complimentary - Hotel IXORA

Linear Programming - Ini pun students tak boleh figure out the answer.

Family times

My Brother in HEART - Tuan Haji Nizam Yaakob. KUSZA 1987-1990

Journey Tickets



Tickets

Ku Cari Hanya AL-Ghazali - Bukan Wang BerJUTA Rupees

Melantak

Maps

Maps

Muzium Kamera Asia Armenian Road

Rojak Buah Haji Chendul

SKY Bridge KOMTAR 2

Rasa macam nak demam selepas trip ke UTARA ----Journey to the NORTH>
sudah tidak berapa FIT - STAMINA dah merudum. Kesan makan Obat.

Monday, 8 December 2025

SUAMI ‘MESYUARAT’ TERPERANGKAP DI HAATYAI

 SUAMI ‘MESYUARAT’ TERPERANGKAP DI HAATYAI

Bacalah dengan hati yang TENANG, tenang is COOL.


Haatyai, 22 November – Seorang lelaki tempatan, Encik Razali (45 bukan nama sebenar), yang sebelum ini memaklumkan kepada isterinya bahawa beliau menghadiri “mesyuarat penting di Kuala Lumpur”, kini dilaporkan terperangkap di Haatyai, Thailand, selepas bandar itu dinaiki air setinggi dada akibat hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu.


Menurut sumber yang sangat dekat dengan keluarga mangsa, Encik Razali sebenarnya ke Haatyai untuk “berehat minda” bersama rakan-rakan, tetapi memilih untuk menggunakan alasan mesyuarat.


Bagaimanapun, penipuannya terbongkar apabila isterinya, Puan Marlia, menerima mesej WhatsApp dari Razali berbunyi:


“Sayang, KL banjir teruk ni. Tenggelam sampai paras paha.”


Namun, mesej tersebut disertakan lokasi live yang menunjukkan beliau berada di sebuah hotel berdekatan Hatyai Floating Market.


Kini, Razali dilaporkan terkandas di tingkat 2 sebuah hotel murah setelah air naik terlalu cepat sehingga beliau tidak sempat menyelamatkan motorsikal kuasa besarnya.


Pihak berkuasa Thailand memaklumkan bahawa operasi menyelamat sedang dijalankan, tetapi Razali menjadi satu-satunya mangsa yang mereka lihat mengelak kamera media, tiba-tiba rajin sembahyang sunat taubat, dan asyik minta bil hotel ditukar nama.


Sementara itu, Puan Marlia ketika dihubungi wartawan berkata beliau “tidak terkejut langsung”.


“Saya dah pelik kenapa dia bawa baju Hawaii dan seluar pendek masa kata nak pergi mesyuarat KL. KL mana yang ada pantai?” katanya sambil menyatakan bahawa Razali “akan menghadiri mesyuarat sebenar di rumah bila dia balik nanti.”


Setakat laporan ini ditulis, air di Haatyai masih naik… dan tekanan darah Razali juga dilaporkan naik sama.


Amaran: Bukan Kisah Sebenar.


Nantes FootBall Club




Selera Tajam


Degree of Freedom