Cari dalil diatas ciptaan Allah Ta'ala!
Bila engkau bertafakur kepada ciptaan Tuhan akan membawamu kepada Penciptanya.
Seorang mukmin yang yakin lagi arif mempunyai dua mata yang zahir dan dua mata yg batin.
Dia akan melihat dengan kedua matanya yg zahir apa yg dicipta Tuhan dimuka bumi ini, dan dia melihat dengan kedua mata yg batin pula semua yg diciptakan Tuhan dilangit.
Lalu diangkat tabir dari hatinya sehingga dia dapat melihat semua itu tanpa persamaan dan kebagaimanaan, dan menjadilah kesemua itu terdekat dengannya dan sangat dicintai.
Sedang orang yg dicintai Allah itu tiada akan disembunyikan baginya apa pun. Tetapi tabir itu akan diangkat dari hati yg telah ditelanjangi, yakni dikosongi dari semua makhluk, dari jiwa, tabiat dan hawa nafsu serta syaitan.
Dia lontarkan kesemua kunci-kunci harta dunia dari dalam tangannya, dan kini akan dipandangnya sama saja diantara batu dan pasir!
Pakailah akalmu, dan teliti apa yg aku katakan ini dan fahamkannya baik-baik. Ingatlah aku sentiasa berkata dengan pati bicara, dengan jauharnya, dengan arti kebatinannya dan dengan nasihat yg berguna!
_SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI R.A
Keindahan Pelangi adalah Keindahan Ciptaan Ilahi. |
-------------------------------------------------------------------------------------------
LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
WAKTU SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
WAKTU DZUHUR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.
------
Menarikkan ilmu ni? Saya dapat dari kawan2 yg fwd di whatsapp.
P/s - Hanya berkesan apabila di awal waktu dan aura berjemaah tempat azan dilaungkan sahaja.
Sholat itu tidak PAYAH.....mudah. |
SOLAT LAMBAT LAGI ------------------------------------------------------------------------------------------- |
Selamat Hari SUAMI
" Suami itu macam Motorsikal. Makin lama makin banyak masalah, makin mahal utk di maintain dan........makin susah dihidupkannya.......hahahahahahahaha ..!!!
HARI INI HARI SUAMI SE DUNIA
LAKI-LAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling KUAT
Dia membina MASA DEPAN mereka sekeluarga dengan hutang dan membayar hutang.
Dia telah bersusah payah tapi masih selalu dimarahi,
Bayangkan masih kecil di Marahi Orang Tua,
Sekolah di Marahi GURU,
Kerja di Marahi BOSS,
Nikah di Marahi ISTERi,
Tua di Marahi ANAK CUCU,
Matipun masih di Marahi MALAIKAT
Kehidupan dia berakhir hanya untuk MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain
Kalau dia keluar rumah, kata orang dia MERAYAP
Kalau dia tinggal di rumah, kata orang dia MALAS
Kalau dia marahi anak2, kata orang dia GARANG
Kalau dia tak marah, kata orang dia laki-laki TIDAK TEGAS
Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, kata orang dia MENGONGKONG
Kalau dia bolehkan isteri bekerja, kata orang dia MAKAN GAJI ISTERI
Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia ANAK MAK
Kalau dia dengar kata isterinya, kata orang dia DKI (Di bawah Ketiak Isteri)😃😢
Kalau dia banyak MENOLONG wanita lain yg memerlukan, dikata HIDUNG BELANG😇😃
Kalau TAK MAU TOLONG wanita lain, katanya KEJAM
Tapi di tengah segala macam tuduhan, dia tetap KUAT💪🏻💪🏻
Kirim ke semua LAKI-LAKI, supaya mereka TERSENYUM; dan kepada semua wanita, supaya mereka SEDAR,
Bahwa LAKI-LAKI itu amat BERHARGA.
^^Selamat Hari SUAMI``` Sedunia
Perjalanan Ke HANOI 2016 |