Thursday, 2 November 2023

GAZA ku Sayang

 Beritahu anak anak kita, kenapa kita orang Islam kena pertahankan Palestin?



Wahai anak ku..


1) Sesungguhnya Palestin adalah tempat tinggal para Nabi;


a) Nabi kita, Ibrahim AS hijrah Ke Palestin.


b) Nabi Daud AS tinggal di Palestin dan bangunkan mihrabNya.


c) Nabi Sulaiman AS memerintah seluruh dunia dari Palestin


Kisahnya berbicara dgn semut "Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian (Wadi An-Naml) lembah semut di Palestin dekat ‘Asqalan,



d) Di Palestin juga terdapat mihrab Zakaria AS.


e) Sebagaimana Musa AS meminta kaumnya memasuki bumi Muqaddasah (Palestin)


(Maksud: yakni suci dari syirik) dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.


2) Banyak mukjizat yang terjadi di Bumi Palestin;



a) Kelahiran Nabi Isa AS oleh Maryam (zuriat tanpa suami) dan diolok olok & difitnah oleh puak Yahudi.


b) Nabi Isa ketika masih bayi, boleh berbicara dengan puak Yahudi yg memfitnah ibunya


أي من بين لحج و بات اللاعين لا ملل اربع عينا لاق


Dia (Isa) berkata, “Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberiku Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi (Surah Maryam ayat 30).


3) Tanda akhir zaman berlaku di Palestin. Nabi Isa turun di Bumi Palestin


(Timur Damaskus di menara putih) HR Muslim.


Palestin menjadi negeri tempat bertarungnya Nabi Isa dengan Dajjal hingga berhembusnya angin yang akan mewafatkan semua orang yang beriman,


Dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod Palestin.


4) Yakjuj & Makjuj akan dibunuh di Bumi Palestin.


5) Palestin adalah Padang Mahsyar Sabda Rasulullah s.a.w bahawa  adalah bumi Mahsyar dan kebangkitan. Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Najah.


6) Terdapatnya Masjid Al Aqsa


Masjid ketiga tersuci selepas Madinah & Tanah Haram.


Peristiwa Israq Mikraj Nabi Muhammad SAW dibawa oleh Malaikat Jibril berhenti di Palestin menaiki Buraq dari Mekah sebelum mikraj' ke 7 langit bertemu dgn Allah SWT.


7) Baitul Maqdis di bumi Palestin Kiblat pertama orang Islam..


Kemudian baru Allah SWT mengarahkan menukar arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah (Al-Baqarah: 142-150)


Anakku sebab itu betapa pentingnya Palestin & Masjid Al Aqsa sebagaimana solat di dalamnya.


dilipatgandakan menjadi 500 kali lipat.


Jangan kamu lupakan anak anak & penduduknya dalam doamu.. Semoga Allah memberkahi mu anakku.


Wahai anakku, tanah ini adalah tanah para Syuhada',

Jika ada yang bertanya pada anda tentang Palestin katakanlah;

Di Palestin ada Para Syahidin,

Luka dan parah dirawat oleh para medi yang syahid,

Di usung dan diiring jenazah oleh para syahid,

Lalu disolatkan oleh yang syahid,

Palestin negara yang subur yang disirami darah para Syuhada,


Ceritakan ini pada anak anak kita & Share supaya ramai tahu kenapa, kita tak patut bersifat 'neutral' dan bantu saudara Palestin kita di GAZA.


No comments:

Post a Comment