Tazkirah pagi
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
PETUA PETUA PENAWAR SAKIT HATI
Diantara petua-petua Rasulullah SAW, untuk dijadikan penawar sakit hati diantaranya adalah:
✅BANYAKKAN MUHASABAH DIRI
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnya kita melihat kesalahan diri kita sendiri dahulu.
✅MENJAUHKAN DIRI DARI SIFAT HASAD DENGKI
Hasad dengki adalah ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia. Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan pekak dengan kebenaran.
- DENGKI boleh membawa maut - (Denggi) -
✅MENJAUHKAN DIRI DARI SIFAT MARAH DAN KERAS HATI
Marah yang timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal yang waras. Jika akal sudah lemah, yang tinggal hanyalah hawa nafsu. Dan syaitan pun berleluasa untuk melancarkan serangannya, lalu mempermainkan manusia untuk mengikut perintahnya.
✅MENYEMAI SIFAT PEMAAF ANTARA SESAMA KITA
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
✅HUSNU DZON (BERBAIK SANGKA)
Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa.
✅IKHLASKAN DIRI DALAM SETIAP AMALAN
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya hanya semata-mata kepada Allah SWT.
✅BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH SWT.
Bersyukur adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah seorang hamba kepada Allah SWT, kerana hamba yang bersyukur bermakna nikmat yang di berikan Allah SWT dapat jalani dengan yang sebaiknya .
Semoga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment