Wednesday 25 January 2023

BerPergian Seorang Seorang

 *SEORANG DEMI SEORANG PERGI*




Masa sekolah, suka tengok orang pergi kerja; tentu seronok jadi dewasa.


Masa dewasa dan belum berkeluarga; suka tengok kawan kawan berkahwin, hati tertanya bagaimana hidup berkeluarga. Kita pun akan tiba juga gilirannya.


Bila tengok kawan kawan berpindah, hati pun tertanya tanya bagaimana hidup di tempat baru. Akan tiba juga giliran kita.


Bila tengok kawan kawan menamatkan perkhidmatan, hati kita pun tertanya tanya bagaimana hidup selepas bersara, itu pun akan dilalui juga bila tiba gilirannya.


Dan sekarang bila seorang demi seorang pergi tidak kembali lagi ... kita pun tertanya-tanya, bagaimana hidup di alam sana. Cukupkah bekalan yang nak dibawa? Akan tiba juga giliran kita suatu hari nanti....


Semoga di usia berbaki, kita dapat membuat sebaik baik bekalan demi beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.


SEORANG DEMI SEORANG PERGI...KEPASTIAN DLM HIDUP...MARILAH KITA SAMA2 MENPERSIAPKAN BEKALAN UTK ALAM KUBUR DAN AKHIRAT KITA..


SEMOGA BERMENAFAAT

No comments:

Post a Comment