Tuesday 23 August 2022

Rumah Pusaka

 






RUMAH ibu bapa adalah rumah bagi anak2 tapi tak semua rumah anak2 adalah rumah ibu bapa

Anak2 boleh bebas dlm rumah ibubapa

Makan apa sahaja

Tengok siaran tv ikut suka

Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka.. 


Tapi,

Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak2

Tak boleh masak sesuka hati

Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka...

Buat apa sahaja ikut suka..

Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa.. 


Begitu juga...

Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak2

Anak2 boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati

Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.

Kalau rosak semua ibubapa tanggung.. 


Tapi..

Tak semua kenderaan anak2 ibubapa boleh guna

Apatah lg dgn sesuka hati.

Takut rosak lah

Takut langgar lah

Takut calar lah

Kalau guna pun

Pastikan minyak penuh semula

Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak2 


Itulah bezanya ibu bapa dgn anak2

Ibubapa sentiasa mengasihi anak2 


Tetapi anak2

Belum tentu mengasihi ibubapa....

Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa

Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan 


Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti

Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...

Mereka syg ambil cuti utk melawat emak..

Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan

Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin 


Ibubapa ingin melihat anak2 sempurna walaupun semampu yg ada 


Tetapi..

Anak2 belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak2 berharta... 


Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan

Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan..

Ibubapa tidak akn meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa 


Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti, insyallah..


Kreadit : OWNER

No comments:

Post a Comment