Friday, 26 August 2022

Asam Garam Kehidupan


 Pernahkan anda terfikir berapa banyak 'GARAM' yang di letak dalam hidangan ketika memasak seperti mi goreng, char kuetiau, mi hailam dan yang seumpama dengannya❗️

Sebagai contoh, bagi satu pinggan mi goreng, kandungan garam (sodium) adalah lebih kurang 2185mg atau bersamaan 1 sudu teh. Walau bagaimanapun, pengambilan garam yang disarankan adalah sebanyak 2000mg sehari ataupun bersamaan dengan 1 SUDU TEH SEHARI.

Cuba bayangkan kalau anda makan lebih dari satu pinggan 😱, ianya sudah melebihi saranan pengambilan sehari tetapi hanya pada satu hidangan makanan sahaja.

Oleh itu, hadkan pengambilan garam harian anda termasuklah garam yang tersembunyi bagi mengurangkan risiko HIPERTENSI dan penyakit berkaitan lain.

No comments:

Post a Comment