Masjid Jamek SRI PETALING....!!
Nama masjid ni "MELETOP" setahun yg lalu..dari masjid inilah wujudnya kluster terbesar Covid 19 ketika itu yang dikenali sebagai KLUSTER TABLIGH....!!
Masjid ini merupakan pusat dakwah bagi jemaah TABLIGH di Malaysia selepas mereka berpindah dari masjid India pada tahun 1995 kerana sudah tidak mampu menampung jumlah bilangan jemaah yg semakin bertambah..
Masjid ini menimbulkan persoalan kepada masyarakat ketika itu dan pernah menjadi tajuk berita di akhbar kerana ianya dibina tanpa peruntukan dari kerajaan mahupun sektor koprat..ianya hasil dari kutipan derma 99% sesama ahli jemaah mereka & dibina sendiri...cuma kren utk mengangkat kubah menggunakan khidmat kontraktor bukan Islam kerana ketiadaan kontraktor Muslim yg memiliki jentera pada masa itu.
Masjid ini jugalah yang satuxnya masjid yg sentiasa hidup 24 jam..jemaah dlm negara ataupun dari luar negara masuk dan keluar silih berganti setiap hari..Dan amalan
didalam masjid juga hidup 24 jam..Di mana waktu sepertiga mlm kita boleh
kita lihat gang² berjanggut yg sedang berqiamulai, bertahajud..yg sedang membaca al Qur'an..yg sedang berzikir..yg sedang menangis bermunajat kpd TuhanNya..
Adalah dimaklumi masjid ini adalah masjid awam. Sesiapa sahaja boleh datang masuk untuk solat dan duduk dalam setiap program yang diadakan. Ijtima juga dibuat di dewan solat yang terbuka. Tabligh tidak buat program 'for members only' @ tertutup dan tidak pernah melarang orang awam untuk hadir.
Jemaah beribu orang, dengan latar belakang dan pendidikan yang berbeza. Ada
golongan professional, ada ulama, ada kakitangan awam, ada peniaga, ada petani, pekebun, peladang, org pencen, penganggur. Malah ada bekas gangster, bekas maknyah, bekas mat pet, rempit, artis dan sebagainya.
Ramai pemimpin negara termasuk sultan pernah menghadiri Ijtima Tabligh. Pernah satu ketika dahulu di Masjid Daerah Sri Iskandar Perak, mengadakan Ijtima ini dan ia
dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Menteri Besar Perak masa itu Dato Zamry dan Mufti Perak Dato Harusani. Jelasnya, Ijtima Tabligh dengan kehadiran berpuluh ribu jemaah adalah perkara biasa.
Keistimewan masjid ini ia tidak mempunyai pintu dan tidak mempunyai Tabung Derma..? Dan dgn hanya membayar rm2 kita boleh makan Dan minum Di masjid ini (harga utk satu talam nasi rm10 dikongsi 5 org)....siap boleh tambah lagi 😂 itu hari tak biasa, tapi sekiranya ada perhimpunan ijtima' ia tidak dikenakan sebarang bayaran kerana ditanggong oleh pihak penganjur selama beberapa hari itu.
Dari masjid ini jugalah lahirnya para dai'e Hafiz Dan ustaz yg pernah belajar disini....
Jemaah tabligh ni bukannya satu pertubuhan, persatuan atau NGO. Jemaah tabligh adalah satu gerakan untuk menghidupkan dakwah cara nabi ke seluruh alam. Mengembalikan umat ini kepada kehidupan sunnah dan sirah nabi.
Tidak ada nama pun jemaah ini. Orang sahaja yang memanggil 'jemaah tabligh'. Tidak ada borang keahlian dan tidak ada yuran tahunan. Sesiapa sahaja mempunyai kalimah syahadah layak untuk ikut keluar 3 hari.
Markas SP, markas negeri, halqah, syura dan sebagainya itu hanya untuk menyusun kerja supaya semua jemaah yang keluar mengikut tertib yang betul.
Kini masjid ini telah menjadi sepi....sepi seorang perindu walaupun ianya masih dibuka tetapi aktiviti dan pengunjungnya dihadkan..Dan yg pasti, masjid ini merindui mereka yg pernah memakmurkannya...Allahu Akbar!!
#....sa😢
No comments:
Post a Comment