Wednesday, 19 December 2018
Kelebihan Orang Yang Pemaaf dan Merendah Diri
Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah saw bersabda,
"Tiada berkurang harta kerana sedekah, dan Allah tiada menambah pada seorang yg memaafkan melainkan kemuliaan. Dan tiada seorang yg bertawadhu' (merendah diri) kerana Allah, melainkan dimuliakan oleh Allah."
HR Muslim
RS466
ahlifikirnegara: kekalkanlah aku dalam beragama...Ya Allah.
Monday, 17 December 2018
ISTIDRAJ
Assalamualaikum w.b.t.
Islam sememangnya mahukan penganutnya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Sepengetahuan kita bahawa siapa yang berbuat baik dan taat kepada Allah S.W.T dipermudahkan kehidupannya. Kita melihat kawan-kawan kita tidak solat, namun perniagaannya maju, hidupnya mewah. Sedangkan kita hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa Islam agama yang benar, tetapi sering kita melihat golongan bukan Islam lebih berjaya, dan umat Islam tertindas dengan kehidupan yang sempit.
Istidraj merujuk kepada keadaan seseorang yang dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam hidupnya secara berterusan, walaupun dia bukan hamba Allah S.W.T yang taat. Istidraj adalah apabila Allah S.W.T memberikan kejayaan, harta kekayaan, dan rezeki yang melimpah ruah kepada manusia, dan menjadikan manusia itu lebih jauh daripada Allah S.W.T. Pada kebiasaannya, orang yang mendapat istidraj adalah mereka yang tidak berusaha mengenali Islam dan mengenali Allah S.W.T dalam kehidupannya.
Qarun seorang manusia yang kaya. Diceritakan bahawa kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Ini menunjukkan betapa kayanya Qarun. Dia hidup pada zaman nabi Musa a.s. hartanya melimpah ruah. Semua perniagaannya berjaya. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya semakin hari semakin bertambah, bahkan tidak luak apabila digunakan.
Apabila Nabi Musa a.s cuba mengingatkan bahawa semua kekayaannya itu datang daripada Allah S.W.T. Qarun menjawab dengan sombong. Sepertimana dinyatakan dalam surah Al-Qasas ayat 78 yang berbunyi;
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي ۚ أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا ۚ وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ (78)
Maksudnya : “Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya)”
Lihat apa yang dikatakan oleh Qarun. Ternyata dia semakin jauh daripada Allah S.W.T, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya bertambah dan sebagainya. Apakah pengakhiran hidup Qarun? Akhirnya dia ditenggelamkan oleh Allah S.W.T ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Qasas ayat 81 yang berbunyi;
فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنتَصِرِينَ (81)
Maksudnya : “Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri”
Oleh sebab itu kita semua perlu berfikir. Apabila kita melazimkan dosa-dosa, melakukan maksiat dan kemudian kita berjaya. Ditakuti Allah telah menjatuhkan istidraj ke atas kita. Oleh itu kita wajib untuk tidak merasa tenang sekiranya kita membuat dosa, kemudian kita berjaya. Oleh itu, muhasabah diri adalah penting. Supaya kita sentiasa memeriksa dan meneliti bagaimanakah hubungan kita dengan Allah.
ahlifikirnegara: Minta jauh lah ….nauzubillah hi min zalik.
Sumber:
ڤوست إسلام
Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka
Telefon: 06-270 2091
Fax: 06-270 1042
Monday, 10 December 2018
OSEM - Online Tuition / Tuisyen Atas Talian
OSEM Dokumen Flyer
Satu projek
Kementerian Pendidikan untuk dikongsikan. Berminat
untuk Bersama?
Untuk detail
penerangan - Call/Whatsapp:
019-671 6879 - Mohamad Bin Minhat
011-33284468
0196881867 - Afidah Binti Bidin
Excel In Examinations |
Cemerlang Peperiksaan |
Certification - M B Records, MSC dan ISO |
Satu program pendidikan yang telah dibangunkan serta dirangka dengan begitu menarik oleh
tenaga-tenaga pakar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan
Universiti Malaya (UM) bersama rakan strategik dari syarikat APPLE dan GOOGLE.
Inisiatif Peringkat Sekolah |
Penuh dengan aplikasi permainan minda, battle sesama rakan
yang sedang online, latih tubi, nota-nota, soal jawap dan lain-lain yang
disertakan dengan pelbagai HADIAH BERNILAI untuk pelajar menangi.
Revision Apps for UPSR, PT3 and SPM |
Program Osem Online Tuition ini semestinya akan menarik minat
pelajar serta tanpa disedari, mereka ini akan TERulangkaji pelajaran tanpa
dipaksa, menyeronokkan, lebih efektif dan telah terbukti sangat berkesan.
Testimoni keputusan peperiksaan oleh pelajar Osem telah
membuktikannya!
Kami memerlukan pengedar seluruh Malaysia untuk mengagihkan
aplikasi Online Tution ini.
Success is measured by the rules |
Keberkesanan
program telah pun terbukti oleh pelajar Osem dan amat digemari dikalangan
mereka.
Peluang dan Ruang |
Dengan hanya
membeli QR code pack dengan minima RM68/bulan, pelajar akan menikmati semua
keseronokkan pembelajaran diatas talian bersama KESELURUHAN subjek utk UPSR,
PT3 dan SPM.
Academic achievement |
Hanya di
rumah.
Hanya di
hujung jari.
Tak payah
bayar tuition mahal-mahal di luar.
Tak payah
buang masa hantar dan ambil anak.
Kami
menawarkan kepada anda peluang sebagai KONSULTAN berlesen terawal untuk
memperluaskan pasaran program Osem Online Tuition ini.
*Pelbagai
insentif kewangan.
*Gerak kerja
yang sangat-sangat mudah.
*Idea
pemasaran dari mentor yang
berpengalaman.
Osem….
*Sokongan
baik..Guinness Malaysia Books of Record, MSC, ISO
*Produk
baik. Education program..Keperluan terkini.
*Produk
tiada pesaing.
*Selling and
closing senang.
Nilai-nilai
murni Osem..
*Bantu
pelajar tingkatkan kejayaan pelajaran.
*Bantu nilai
tambah dalam sistem perguruan..KPI cikgu naik.
*Penjimatan
bayaran tuition..bermula RM68/bulan full subject.
*Penjimatan
masa ibubapa.
Work profit
$$$
*Untung dari
produk.. 51%
*Untung dari
networking
*Untung dari
pembangunan kumpulan.
*Dan
lain-lain
So...grab
peluang ini tuan/puan. Jadi lah consultan terawal di Malaysia.
Products / Pricing |
DiUlangSuara.
OSEM adalah satu program aplikasi Online Tution PERTAMA di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan kerajaan sejajar dengan halatuju serta matlamat sistem pendidikan abad ke-21.
Satu program
pendidikan yang telah dibangunkan serta
dirangka dengan begitu menarik oleh tenaga-tenaga pakar dari UPSI dan UM
bersama rakan strategik dari syarikat APPLE dan GOOGLE.
Penuh dengan
aplikasi permainan minda, battle sesama rakan yang sedang online, latih tubi,
nota2,soal jawap dan lain-lain yang disertakan dengan pelbagai hadiah bernilai untuk
pelajar menangi.
Program Osem
Online Tuition ini semestinya akan menarik minat pelajar serta tanpa disedari
mereka TERulangkaji pelajaran tanpa dipaksa , menyeronokkan, lebih efektif dan
telah terbukti sangat berkesan.
Testimoni
keputusan peperiksaan oleh pelajar Osem telah membuktikannya!
Collaboration |
Pejabat OSEM HQ, 53 &55 Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13, Shah Alam |
Wednesday, 21 November 2018
BIODATA RASULULLAH S.A.W
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim.
*Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
* Khadijah Binti Khuwailid.
* Saudah Binti Zam'ah.
* Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
* Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
* Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
* Zainab Binti Jahsy.
* Maimunah Binti Harith.
* Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
* Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *
* Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
* Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
* Aku melihat cahaya dari lidahnya.
* Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
* Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
* Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
* Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
* Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
* Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
* Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
* Wajahnya seperti bulan purnama.
* Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
* Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
* Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
* Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
* Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
* Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
* Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
* Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
* Janggutnya penuh dan tebal menawan.
* Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
* Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
* Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
* Rambutnya sedikit ikal.
* Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
* Rambutnya terbelah di tengah.
* Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
* Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
* Seimbang antara kedua bahunya.
* Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
* Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
* Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
* Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
* Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
* Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
* Warna putihnya lebih banyak.
* Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
* Warna kulitnya putih tapi sihat.
* Kulitnya putih lagi bercahaya.
* Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
* Badannya tidak gemuk.
* Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
* Perutnya tidak buncit.
* Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
Dalam sebuah Hadith diriwayatkan oleh Abu Ammar daripada al- Husain Qutaibah bin Sa'id dari imam At-Tirmidzi, mereka menerimanya daripada Sufyan bin Uyainah daripada Az- Zuhri yang bersumber daripada Sayyidina Anas bin Malik Radliyallahu . Anas bin Malik Radliyallahu berkata :- Kali terakhir aku melihat Rasulullah SAW adalah ketika baginda menyingkap kian tabir ( rumah Baginda ) pada hari Isnin. Aku memandang wajah baginda seperti lembaran mushaf ( iaitu indah , bersih , dan cerah) . Pada waktu itu orang ramai sedang mendirikan solat (subuh ) dengan berimamkan Abu bakar. [Melihat Rasulullah SAW di muka pintu, mereka hampir gaduh bergerak ] .Namun ,Rasulullah SAW memberi isyarat kepada makmum supaya tidak bergerak dari tempat mereka, dalam keadaan abu bakar tetap mengimami mereka. Selepas itu Rasulullah SAW menjatuhkan kain tabir. Baginda wafat pada penghujung hari itu".
( Hadith diriwayatkan oleh al- Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )
Rasulullah SAW wafat /Nyawa Rasulullah SAW dicabut pada waktu Dhuha pada hari Isnin. Namun khabar berita kewafatan Rasulullah baru dipercayai secara sepakat oleh para sahabat di penghujung hari itu ( petang )
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh.
ahlifikirnegara: Salam MaulidurRasul saw
Tuesday, 13 November 2018
Bahaya Golongan al-Ruwaibidhah
Assalamualaikum w.b.t. Kita sekarang berada di fasa akhir zaman yang mana fitnah semakin berleluasa. Al-Ruwaibidhah adalah satu golongan yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w akan kemunculannya menjelang kiamat.
Kami mulakan dengan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ
Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibidhah ? maka baginda s.a.w menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.
(Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, Ibn Majah)
Hadis ini merupakan amaran Nabi s.a.w kepada kita semua, bahawa akan muncul sebelum kiamat golongan manusia yang tidak berkelayakan tetapi bercakap dalam urusan umat yang membabitkan kepentingan umum dan ramai. Ini akan menjadikan porak-perandanya pemikiran manusia, kegawatan dalam kefahaman dan kecelaruan ilmu dalam bidang agama. Apabila orang yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin lalu bercakap dalam urusan umat, yang jahil berlagak alim, yang hanya menghafal sepatah dua ayat berlagak seperti ulama dan orang yang bukan ulama mengaku sebagai ulama.
Sekadar Hiasan |
Golongan al-Ruwaibidhah muncul di kalangan masyarakat. Mereka sebenarnya tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri. Samada melalui pentas kepimpinan masyarakat, ataupun dalam gelanggang ilmu. Inilah dua peluang besar untuk seseorang muncul dan dapat bercakap, berbicara, memberikan pandangan mengenai urusan-urusan awam dan persoalan-persoalan besar. Bukannya kesalahan itu kerana mereka memberi pandangan, tetapi kerana ketidaklayakan mereka berbicara mengenai sesuatu yang bukan bidang mereka.
Sekadar Hiasan |
Inilah yang sedang kita saksikan di pentas dunia hari ini. Apabila urusan politik umat cuba diuruskan oleh mereka yang tidak mendalami ilmu al-siyasah al-syar’iyyah, lalu memberikan pandangan yang bukan-bukan mengenai politik Islami maka kefahaman umat bawahan menjadi kelam kabut. Kuliah-kuliah agama di masjid dan surau kurang membuahkan hasil iaitu menimbulkan perasaan takut kepada Allah S.W.T. Para penceramah agama juga lebih melihat kepada imbuhan yang boleh didapati daripada manfaat ilmu yang disampaikan kepada masyarakat.
Inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat Islam. Ilmu Islam dianggap begitu murah dan lekeh. Bidang-bidang lain, orang tidak berani masuk campur melainkan jika memiliki pengetahuan yang cukup mengenainya. Ilmu agama pula sebaliknya.. Jika tidak ditakuti akan tergolong dalam golongan al-Ruwaibidhah, kepada Allah S.W.T kita pohon agar kita tidak tergolong dalam golongan ini.
ahlifikirnegara: Pengkhianat pada amanah dan tanggungjawab sosial.
Sumber:
ڤوست إسلام
Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka
Telefon: 06-270 2091
Fax: 06-270 1042
Sunday, 28 October 2018
Kelakuan Nabi Muhammad SAW صلوا عليه
1. Baginda selalu diam.
2. Berbicara ketika perlu.
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat.
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
5. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt).
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'.
7. Berfikir terus-menerus.
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu.
12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya.
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
16. Tidak pernah berteriak² di pasar.
17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan Allah swt.
19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.
20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak², lebih² lagi mencela orang lain.
24. Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.
25. Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
26. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah² ada burung melintas di atas kepala mereka.
29. Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
30. Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
31. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.
32. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
33. Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
34. Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
35. Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda.
36. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
37. Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
38. Paling berlapang dada.
39. Paling tepat dalam berbicara.
40. Paling halus keperibadiannya.
41. Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.
ahlifikirnegara: Sempurna, Kesempurnaan dan Ketinggian Akhlak.
Sumber:
(Ruj. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)
صلوا على النبي محمد صلى الله عليه وسلم
اللهم صل على محمد وعلى اله واصحابه اجمعين....
facebook.com/maulabillah
facebook.com/tradezara
Wednesday, 24 October 2018
MENGINGATI MATI ADALAH SIFAT TERPUJI
Dalam kita menjalani kehidupan di dunia ini, terlalu banyak perkara yang telah kita lakukan. Ada yang baik, ada yang buruk dan ada yang sia-sia. Bijak dan berfikirkah kita sebelum melakukan sesuatu perbuatan itu? Bila kita memikirkan kematian ini ia akan menyukarkan untuk kita melakukan sebarang kejahatan. Bagaimana kita menjadi orang yang sentiasa mengingati kematian.
Menurut Imam Al-Ghazali bahawa antara sifat mahmudah adalah sentiasa mengingati kematian. Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :
Sekadar Hiasan |
“Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.”
Sekadar Hiasan |
Firman Allah S.W.T:
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ.
Maksudnya:
Surah al-Jumu’ah: 8
Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa. Selagi kita masih diberi peluang untuk hidup ini, gunakanlah masa dengan baik. Apabila ingin melakukan sesuatu, ingatlah akan kematian. اعمل لدنياك كأنك تعيش أبداً واعمل لآخرتك كأنك تموت غداً
“Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan kamu akan hidup selamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seakan-akan kamu mati esok hari ”
ahlifikirnegara: Namun umat Islam dilarang sama sekali berdoa untuk mempercepatkan kematiannya.
Sumber:
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ.
Maksudnya:
Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan.
Surah al-Jumu’ah: 8
Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa. Selagi kita masih diberi peluang untuk hidup ini, gunakanlah masa dengan baik. Apabila ingin melakukan sesuatu, ingatlah akan kematian. اعمل لدنياك كأنك تعيش أبداً واعمل لآخرتك كأنك تموت غداً
“Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan kamu akan hidup selamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seakan-akan kamu mati esok hari ”
ahlifikirnegara: Namun umat Islam dilarang sama sekali berdoa untuk mempercepatkan kematiannya.
Sumber:
ڤوست إسلام
Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka
Telefon: 06-270 2091
Fax: 06-270 1042
Subscribe to:
Posts (Atom)