Assalamualaikum w.b.t. Kita sekarang berada di fasa akhir zaman yang mana fitnah semakin berleluasa. Al-Ruwaibidhah adalah satu golongan yang diberi amaran oleh Nabi s.a.w akan kemunculannya menjelang kiamat.
Kami mulakan dengan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ
Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibidhah ? maka baginda s.a.w menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.
(Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, Ibn Majah)
Hadis ini merupakan amaran Nabi s.a.w kepada kita semua, bahawa akan muncul sebelum kiamat golongan manusia yang tidak berkelayakan tetapi bercakap dalam urusan umat yang membabitkan kepentingan umum dan ramai. Ini akan menjadikan porak-perandanya pemikiran manusia, kegawatan dalam kefahaman dan kecelaruan ilmu dalam bidang agama. Apabila orang yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin lalu bercakap dalam urusan umat, yang jahil berlagak alim, yang hanya menghafal sepatah dua ayat berlagak seperti ulama dan orang yang bukan ulama mengaku sebagai ulama.
Sekadar Hiasan |
Golongan al-Ruwaibidhah muncul di kalangan masyarakat. Mereka sebenarnya tidak berkelayakan tetapi cuba menonjolkan diri. Samada melalui pentas kepimpinan masyarakat, ataupun dalam gelanggang ilmu. Inilah dua peluang besar untuk seseorang muncul dan dapat bercakap, berbicara, memberikan pandangan mengenai urusan-urusan awam dan persoalan-persoalan besar. Bukannya kesalahan itu kerana mereka memberi pandangan, tetapi kerana ketidaklayakan mereka berbicara mengenai sesuatu yang bukan bidang mereka.
Sekadar Hiasan |
Inilah yang sedang kita saksikan di pentas dunia hari ini. Apabila urusan politik umat cuba diuruskan oleh mereka yang tidak mendalami ilmu al-siyasah al-syar’iyyah, lalu memberikan pandangan yang bukan-bukan mengenai politik Islami maka kefahaman umat bawahan menjadi kelam kabut. Kuliah-kuliah agama di masjid dan surau kurang membuahkan hasil iaitu menimbulkan perasaan takut kepada Allah S.W.T. Para penceramah agama juga lebih melihat kepada imbuhan yang boleh didapati daripada manfaat ilmu yang disampaikan kepada masyarakat.
Inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat Islam. Ilmu Islam dianggap begitu murah dan lekeh. Bidang-bidang lain, orang tidak berani masuk campur melainkan jika memiliki pengetahuan yang cukup mengenainya. Ilmu agama pula sebaliknya.. Jika tidak ditakuti akan tergolong dalam golongan al-Ruwaibidhah, kepada Allah S.W.T kita pohon agar kita tidak tergolong dalam golongan ini.
ahlifikirnegara: Pengkhianat pada amanah dan tanggungjawab sosial.
Sumber:
ڤوست إسلام
Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka
Telefon: 06-270 2091
Fax: 06-270 1042
No comments:
Post a Comment