Wednesday, 24 October 2018

MENGINGATI MATI ADALAH SIFAT TERPUJI

Dalam kita menjalani kehidupan di dunia ini, terlalu banyak perkara yang telah kita lakukan. Ada yang baik, ada yang buruk dan ada yang sia-sia. Bijak dan berfikirkah kita sebelum melakukan sesuatu perbuatan itu?  Bila kita memikirkan kematian ini ia akan menyukarkan untuk kita melakukan sebarang kejahatan. Bagaimana kita menjadi orang yang sentiasa mengingati kematian.

 
Sekadar Hiasan

Menurut Imam Al-Ghazali bahawa antara sifat mahmudah adalah sentiasa mengingati kematian.  Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :


 
Sekadar Hiasan

“Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.”

 
Sekadar Hiasan

 

Firman Allah S.W.T:  
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ.



Maksudnya:

Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan.

                                                                                                                                                Surah al-Jumu’ah: 8 
Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa. Selagi kita masih diberi peluang untuk hidup ini, gunakanlah masa dengan baik. Apabila ingin melakukan sesuatu, ingatlah akan kematian.                                                                       اعمل لدنياك كأنك تعيش أبداً واعمل لآخرتك كأنك تموت غداً

            “Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan kamu akan hidup selamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seakan-akan kamu mati esok hari ”



ahlifikirnegara: Namun umat Islam dilarang sama sekali berdoa untuk mempercepatkan kematiannya.


Sumber:
ڤوست إسلام

Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka 
Telefon: 06-270 2091
Fax: 06-270 1042 

No comments:

Post a Comment