Thursday, 14 December 2017

# PESANAN_ YANG_ MEMBUAT_ SAYA_ TERSENTAK ..

di ciplak dari sosial media maya..............


"Ingat tak?.... Kadang-kadang orang beli rumah, mereka terlupa yang umur dia makin lama makin meningkat tua.

Tenaga kita pun bukan semakin bertambah.




Berapa ramai orang yang beli rumah dua tingkat, tiga tingkat, akhirnya cuma guna bilik kecil di tingkat bawah dan yang paling hampir dengan tandas.

Katil yang tinggi dan mewah, turun ke lantai. Dapur yang di 'renovate' berpuluh ribu diganti dengan meja makan 20x40 inci tepi katil. Kolam renang cuma mampu dilihat. Besen berisi kain buruk yang diletak ditepi katillah kolam renang kita.




Kita fikir nak senangkan anak-anak, tapi bila kita tua dan mati, anak-anak dah ada rumah sendiri.

Design rumah 30 tahun akan datang tak sama dengan sekarang. Tak nak mereka duduk rumah pusaka.

Akhirnya dijual. Kalau rambang mata silap-silap pusaka kita jadi fitnah bergaduh sesama saudara.




Ambillah jalan sederhana. Beli rumah yang cukup-cukup untuk kita berselisih bahu dengan ahli keluarga. Lebih mesra. Bukan yang 10 kali laung pun tak muncul-muncul depan muka.



 Lebihan duit yang ada, binalah rumah mewah untuk keluarga kita disyurga sana"



ahlifikirnegara: Perkongsian yg cukup hebat untuk kita semua  😊😊😊. Rumah yang nak ditinggalkan, bukan main heboh. Rumah abadi yang nak dituju, ...buat tak reti.

Monday, 4 December 2017

Gulungan Perbahasan

Aku di diagnosed by HBP Hypertension pada usia 17 tahun,

dan Doctor pada ketika itu beritahu yang dalam tempoh 20 tahun (jika aku tak jaga-jaga kesihatan dan pengambilan makanan)

maka,

organ dalaman aku akan 'failed' (gagal/kecewa/konichiwa) satu persatu dimulai dengan buah pinggang dan seterusnya lain- lain organ dalaman. 

Jadi, Doctor dah ikut aku dan aku dah follow up dengan Medic semula umur aku 17 tahun dengan doktor pakar (awam dan swasta)>

Key word Doctor cakap dalam 20 tahun sahaja umur aku (Jika tidak jaga-jaga kesihatan)>

17 tahun campur 20 tahun iaitu umur aku dalam 37 akan berlaku failure terhadap sistem organ aku satu persatu.

Ada benarnya Doctor itu dan ada ketidaktepatan data/fakta secara total.

Yang penting masing-masing diri kita kena jaga jaga kesihatan dan sentiasa follow up dengan pakar dan buat ujian darah (dan Dara).



Medical History ahlifikinegara dot com


ahlifikinegara: Wallahualam....Kali ni aku gulung pagi hari
sebab hari ni aku half day lagi.

Pieces of Advice

Credit to Dr Shigeaki Hinohara.


1. Take the stairs and always carry your own stuff
This represents firm proponent of Doctor Hinohara, he still takes two steps at a time climbing the stairs.

2. Do not believe everything your doctor recommends or says
Explore, read and educated yourself. You do not have to believe in everything your doctor says.

3. Share what you know
Dr. Hinohara gives 150 lectures on an annual basis in schools, business communities etc. He often shares lessons on war and peace. Do not forget that most of the lessons (90 min) are done standing up.

4. You do not have to retire
If you love the work you do, you do not have to retire.

5. Plan ahead
If you want to enjoy your life better, you have to have busy schedule fill with different appointments, lectures, work, etc. Dr. Hinohara is planning to attend the 2020 Tokyo Olympics.

6. Don’t be overweight
Dr. Hinohara consumes a tbsp of olive oil, orange juice and coffee for breakfast. Cookies and milk for lunch and rice, fish and veggies for dinner. He consumes 100g of lean meat two times a week.

7. Energy does not come from sleeping a lot or eating well, it comes from feeling good
You will be more happy and energetic if you eliminate strict time-regulated rules, be like children – have a lots of fun until you feel sleepy or hungry.

8. It is wonderful to live long
He continues serving society, he volunteers, works 18h per day, 7 days a week and he also enjoy every single moment of his life.

9. Find a role model
The doctor usually asks himself what his father would do when he faces with some issue.

10. Do not worry too much, life is unpredictable and full of incidents
The doctor was hijacked by the communist Red Army when he has 59 years old. He spent 4 days under 40 degree heat and handcuffed to his seat. He is also amazed how his body slowed down to adapt to deprivation.

11. Science alone can not help or cure people
The doctor believes that every illness can be cured with liberal and visual arts. He also believes in the uniqueness of every single individual.

12. Do not be crazy for money
The doctor is more than aware that he can not take anything when he goes!

13. Pain is mysterious
You have to do something fun if you want to forget about pain. The doctor found that music and animals can really help you to get rid of and mange your pain.

14. Be inspired
You must find inspiration in the World in order to motivate yourself. For ex: he finds motivation in the poem “Abt Vogler” by Robert Browning.


ahlifikirnegara: I met my FMS (family medical specialist) every 3 month once since 1985. Occasionally for a consecutive years of 2013 to 2015 I will end in the hospital ward twice a year. That's life buddy!


Tuesday, 28 November 2017

throwback - sedikit kenangan di NZ, berita bergambar

circa 2006-2009

Local Fruitties

Big KIWI................

Might be after the phd completion period.......

Waiheke Island -by ferry from Auckland

Paparazzi in action

NWGB - No Work Go Back (go back to your country)

SpeechLess..........................
ahlifikirnegara: apa lagi kau nak? Nikmat tuhan kamu yang mana, ingin kamu dustakan?

Monday, 27 November 2017

Galakan Berfikir

Daripada Abu Zar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

تقكروا في خلق الله, ولا تقكروا في الله فتهلكوا

Maksudnya : “Berfikirlah kamu berkenaan makhluk Allah, dan jangan kamu berfikir berkenaan Allah nescaya kamu binasa.”

Riwayat Abu al-Syeikh



Pedoman dan Iktihar Hadis

Antaranya :


  1. Keistimewaan ciptaan Allah yang membezakan manusia dengan haiwan ialah akal yang membolehkan manusia berfikir dan mendapat hidayah ke arah yang benar dan betul dengan taufik Allah SWT. Berfikir adalah aktiviti menggunakan maklumat yang sedia ada dan diketahui untuk mengenali hakikat sesuatu yang belum diketahui. Selagi maklumat tersebut menepati syarat yang benar, selagi itulah ia menghasilkan natijah yang baik.
  2. Ada pun maklumat dan pengetahuan yang benar dan tepat akan mendorong seseorang ke arah keperibadian yang mulia dan beramal soleh yang membawa mereka ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
  3. Manusia ialah makhluk yang tidak boleh dikuasai dengan paksaan semata-mata. Sebaliknya, mereka boleh dibentuk dan dipimpin melalui pemikiran dan prinsip nilai serta harga diri. Justeru, apabila manusia mengamalkan nilai-nilai tersebut maka seluruh tingkah laku dan akhlak mereka menjadi cemerlang.
  4. Menurut kamus dewan edisi Keempat  berfikir ialah menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu, mempertimbangkan baik-baik dan sebagainya.
  5. Islam menggalakkan umatnya menggunakan akal fikiran untuk mencapai kepada matlamat kehidupan yang lebih baik dengan menggunakan fikiran yang bernas bersumberkan wahyu Ilahi dan petunjuk nabi. Begitu juga pengalaman orang-orang soleh sudah tentu dapat menyelesaikan banyak kemelut kehidupan.
  6. Abu Laith berkata : Jika seseorang ingin mencapai fadhilat tafakur, maka hendaklah berfikir dalam lima cara.

  • Memikirkan ayat-ayat yang membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah.
  • Memikirkan nikmat pemberian Allah.
  • Memikirkan pahala yang dijanjikan oleh Allah.
  • Memikirkan seksaan hukuman Allah.
  • Memikirkan apa yang diredai dan dimurkai oleh Allah.


7. Adapun memikirkan ayat-ayat tentang kekuasaan Allah kekuasaan Allah, dalam menciptakan langit dan bumi, terbit dan terbenamnya matahari, silih bergantinya malam dan siang serta kejadian manusia itu sendiri sebagaimana firman Allah SWT:

 

وفى الأرض ءايت للموقنين (20) وفى أنفسكم أفلا تبصرون

 

Maksudnya : Dan di bumi bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan Allah bagi orang yang yakin. Pada dirimu sendiri tidakkah kamu melihat?

8. Apabila seseorang memikirkan tentang bukti-bukti kebesaran tersebut akan bertambah dekat dan yakin kepada Allah.






9. Fikirlah secara positif dengan melihat sesuatu penuh hikmah daripada Ilahi dan membaiki serta mengislahkan diri kearah yang lebih baik. Jangan sekali-kali berfikir dalam bentuk negatif kerana ianya akan menjadikan seseorang tidak bermaya dan dikuasai dengan sifat-sifat mazmumah. Hal ini sudah pasti akan menatijahkan kehidupan yang tidak baik.

 



Antara faedah berfikir ialah :




  • Apabila fikiran manusia berkembang ianya menyebabkan daya tafakur manusia turut berkembang. Oleh itu, wujud kepelbagaian buah fikiran dalam kejadian dan kehidupan manusia.
  • Daya Tafakur menyebabkan manusia bersikap kreatif. Kreativiti manusia melakukan rekaan dan gubahan menyebabkan fikiran mereka berkembang dan memberi manfaat kepada yang lain. Sekiranya fikiran manusia membeku, tidak aka nada kemajuan dan perubahan.
  • Bukan sekadar itu sahaja, malah berfikir boleh melonjakkan seseorang untuk merentasi masa dan kemajuan tamadun dengan pantas. Berfikir merupakan langkah pertama yang akan dapat melahirkan dan merealisasikan perkara yang dianggap mustahil pada hukum adat. Itulah kekuatan berfikir.
  • Dengan berfikir, manusia sudah pasti menjadikan kehidupannya lebih bermakna di dunia mahupun di akhirat. Lebih-lebih lagi dengan mengamalkan terfikir secara positif.

ahlifikirnegara: Jika kita tidak berfikir, maka syaitan akan mengambil ruang yang kosong tersebut. Fikir-fikir kan lah.

Kredit to: Pusat Islam UTeM.

Doa Pagi Selasa

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن
ِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak .
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhanku.


Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosaku.
Aku berlindung pada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam.



Ya Allah , Jadikan aku diantara pasukan-Mu, karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan aku diantara kekasih-kekasihMu, karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.

Ya Allah Baikkan agamaku, karena itulah sandaran urusanku. Baikkan akhiratku, karena itulah kampung kembaliku, tempat lari menjauhi kejahatanku.Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan, Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan.


Ya Allah Sampaikan shalawat kepada Muhammad, kepada keluarganya dan  kepada para sahabatnya. Berilah aku pada hari Selasa, tiga hal:Jangan biarkan pada diriku dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diriku kesusahan kecuali Engkau hilangkan.


Jangan biarkan pada diriku musuh kecuali Engkau tolakkan. Dengan asma Allah, sebaik-baik asma.
Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi. Aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya.Aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya.Akhirilah hidupku dengan keampunan...


ahlifikirnegara: اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ

Tuesday, 31 October 2017

Believe it or not..........kenapa, tak percaya?

Bila ada keramaian, re-union dan pertemuan rakan-rakan serta adik beradik, ramai pulak yang tak percaya dengan kareer aku sebagai Pensyarah. No problem lah, nak percaya ke tak nak percaya. Tetapi korang mesti (wajib) percaya bahawa aku memang sudah terlanjur dan terlajak dengan kareer pensyarah ni.

Sebelum menjadi Pensyarah, aku bertugas sebagai Jurutera dan tak ada membebel dengan specimen (students) melainkan berborak dengan subordinates (technicians) aku dan sesekali dengan pelajar internship hatta dengan pelajar UKM, Politeknik dan menerima pelajar KOREA sebagai tetamu.

Jurutera:
1. R&D Engineer - Keyboards Switches dengan Mitsumi.
2. Utility Engineer - Construction Team Civil & Architectural dengan Samsung SEDM.
3. Operation Engineer - HVAC serta Utilities Building dengan Samsung SDI.

4. Manufacturing Engineer - Aero-Composites Tech/CTRM. 
5. Jurutera Pengajar di Fakulti FKP KUTKM/UTeM.
6. Jurutera Mekanikal di Pejabat Pembangunan KUTKM.



Pada tahun 2004 baru lah dengan rasmi nya aku menjadi Pensyarah. Ramai betol yang bertanya, apa yang kau ajar?.....malas betol aku nak jawab. Kalau aku jawab kang, nanti kata aku SHOW OFF pulak. Kalau aku tak jawab, nanti kata aku tak layak jadi Pensyarah.

In short, tengok rekod Pengajaran aja lah.



Bachelor Degree Subjects M Minhat




Yang diatas tuh subjek Ijazah Sarjana Muda..First Degree....Bachelor Engineering (BEng).


Master Degree Subjects M Minhat

Yang ni pulak subjek Master Engineering (MEng atau MSc). Tak ada kena mengena dengan mambang kuning ke, mambang merah ke atau sebarang mambang balik dari Seberang.

Cuba korang tengok sendiri lah. Nampak tak?
Setakat ini siapa ada soalan?
Sampai mana tadi?


MHS Class of 1986/1987 Seri Malaysia 28 Oktober 2017

Tee Shirt Re-Union

VI Class of 1985 Reunion 21 Oktober 2017 Shah Alam.


ahlifikirnegara: Puas hati aku.
In life do not expect anything from anyone.
Because expectations, when not fulfilled, gives you pain.
When you get something without expecting it, it gives you pleasure.
Keep doing your part.
And leave the rest to the Almighty. 

Thursday, 7 September 2017

Kemurungan



[Al An'aam Ayat 32 ]
 
 
Masa murung, boleh baca ayat ini, buat kurangkan kekusutan jiwa. Hendak-hendak kalau dalam kocek ada RM 8 hinggit sahaja...alaaaaa hai.
 
 
 
 
 
 
ahlifikirnegara: Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Rezeki tak datang bergolek. Ikhtiar usaha, hasilnya pulangkan ke Allah s.w.t.

Makbul Doa





Now, Allah has lightened [the hardship] for you, and He knows that among you is weakness. So if there are from you one hundred [who are] steadfast, they will overcome two hundred. And if there are among you a thousand, they will overcome two thousand by permission of Allah . And Allah is with the steadfast.


Sekarang, Allah telah ringankan [kesusahan] untuk anda, dan dia mengetahui bahawa antara kamu ada kelemahan. Jadi, jika ada daripada anda seratus [yang] sabar, mereka akan mengatasi dua ratus. Dan jika ada antara kamu seribu, mereka akan mengatasi dua ribu dengan izin Allah. Dan Allah adalah bersama dengan orang yang sabar.


Ya Tuhan kami

Ampunilah bagi kami dosa dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbuat bakti.


ahlifikirnegara: Kita memang tak tahu bila Allah akan makbulkannya. Namun Allah tidak memungkiri janjiNYa.

Robbana Afrig Alaina

Ya Tuhan Kami
Limpahkanlah Kesabaran Kepada Kami dan Wafatkanlah Kami Dalam Keadaan Berserah Diri.

ahlifikirnegara: Amin Amin Amin Ya Robbal Alamin,

Doa Istikharah 1992-1994

Doa ini saya baca pada tempoh Tahun berikut 1992 hingga 1994 ketika bergelumang dengan pengajian Degree Pertama saya di University of Wales College of Cardiff UWCC.
Universiti tersebut tidak ujud lagi akibat ditelan zaman setelah ditukar namanya ke Cardiff Univesity..CU.


Mafhumnya:
Terjemahan lebih kurang begini:


Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengharap dapat memilih sesuatu kepada yang mentakdirkan sesuatu dan tiadalah aku dapat mentakdirkan dan Engkaulah Maha Mengetahui dan adalah aku tidak mengetahui dan Engkaulah yang mengetahui segala yang ghaib-gahib.

Ya Allah,
Jika adalah menurut pendapatMu pekerjaan ini [sesuatu yang hendak dilakukan] kebaikan bagiku untuk agamaku dan kehidupanku dan berakibat yanag baik pada pekerjaanku ini, maka takdirkanlah ia bagiku dan kemudian berilah keberkahannya padaku dan jika menurut pengetahuanMu, bahawa pekerjaan ini keburukan bagiku pada agamaku dan kehidupanku dan memburukkan akibahnya maka agar Engkau jauhkan dia daripadaku dan kurniakanlah bagiku kebaikan di mana sahaja berada dan kemudian ridhailah dengannya bagiku.

Amin.

ahlifikirnegara: Semuga Allah terima amalan doa ku yang sedikit ini.

Monday, 28 August 2017

Kisah-Kisah Dicelah Masyarakat 2017


Jantung -----Ingatan utk semua pembaca......
 
Kita
       makan🍴
                   jantung
                                jalan.
Kita
       minum
                   jantung
                                jalan.
Kita
       tidur😴
               jantung
                             jalan.
Kita
       mandi🚿
                  jantung
                               jalan.
Kita
       Beribadah👳
                jantung
                              jalan.
Kita
       berjalan🚶
                     jantung
                                  jalan.
Kita
       berlari🏃
                  jantung
                               jalan.
Kita
       berhenti
                     jantung
                                   jalan.
Jantung
              
             berhenti💔
 
                          kita
 
               J A L A N
🌾🍂🍂🍂
 
😂😂😂😂
 
 
 
 
 



Tiga Perkara ----RENUNGAN PAGI NI.
 
 Tiga perkara
 
Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama:  sahabatnya & bertanya kepada mereka.
 
💎 bermulaIah di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:
 
"apa yg kamu suka dari dunia ini?"  dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra
 
aku suka dari dunia ini 3 perkara
 
💞 1.duduk duduk bersama rasulullah SAW.
💞 2.melihat wajah mu ya rasulullah SAW
💞 3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah SAW"
 
lalu rasulullah SAW bertanya dengan saidina umar ra.  "bagaimana pula dengan mu ya umar?"
 
jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:
 
💞 1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
💞 2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
💞 3.berkata yg benar walaupun pahit"
 
"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"
 
berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:
 
💞 1.memberi makan
💞 2.memberi salam
💞 3.bersolat malam di waktu manusia tidur"
 
"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"
 
"aku juga cintakan 3 perkara:
 
💞 1.memuliakan tetamu
💞 2.berpuasa di musim panas
💞 3.dan memukul musuh dengan pedang"
 
kemudian bertanya rasulullah SAW pada Abu Dzar. ra
 
"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:
 
💞 1.lapar
💞 2.sakit
💞 3.mati"
 
kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"
 
berkata saidina Abu Dzar ra,
💞 1. "aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
💞2. aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.
💞3 aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"
 
kemudian bersabdalah rasulullah SAW "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
 
💞 1.wangian
💞 2.wanita yang solehah
💞 3.solat menjadi penyejuk mata ku"
 
kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah SAW & para sahabat.
 
kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :
 
💞 1.menyampaikan risalah
💞 2.menunaikan amanah
💞 3.cinta terhadap orang miskin"
 
kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya ALLAH swt mengucapkan salam kepada kamu semua & ALLAH swt berkata sesungguhnya ALLAH suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
 
💞 1.lidah yang sentiasa berzikir
💞 2.hati yang sentiasa khusyuk
💞 3.jasad yang sabar menanggung ujian"
 
*ALLAHuAkbar..
 
💎 Apa yang kita dengar dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar 💎
 
Wahai sekalian yang membaca ....
 
Maka, alangkah baiknya, jika kita dapat sebarkan maklumat ini kepada insan-insan yang kita kenali.
 
Moga2 bermanfaat & agar ada hati-hati insan yang ALLAH izinkan bergerak untuk menjadi lebih baik.
In Shaa ALLAH...
Wallahualam Bissawab.
 
 
 


Sifat laki-laki - Hasil survey terhadap sifat laki-laki di dunia :
 
1. Orang EROPAH: Mereka punya 1 isteri dan 1 kekasih,  tetapi mereka lebih mencintai isterinya" .
 
2. Orang AMERIKA : Mereka punya 1 isteri dan 1 kekasih,  tetapi mereka lebih mencintai kekasihnya.
 
3. Orang INDIA : Mereka punya 1 isteri dan 4 kekasih,  tetapi mereka lebih mencintai ibunya.
 
4. Orang ARAB : Mereka punya 4 isteri dan 1 kekasih,  tetapi mereka lebih mencintai pembantunya !!
 
5. Orang CHINA : Mereka punya 1 isteri dan beberapa kekasih,  tetapi mereka lebih mencintai wangnya.
 
6. Orang SINGAPURA : Mereka punya 1 isteri dan 1 kekasih, tetapi mereka kerap menangis kerana tidak mampu membayar perbelanjaannya.
 
7. Orang MALAYSIA : Mereka punya 1 isteri, tidak punya kekasih tetapi selalu berangan-angan untuk mempunyai isteri lebih daripada 1 tetapi takut  untuk memulakannya.
 
 
 
 

HARI SELASA ADALAH HARI AKHIR POTONG KUKU!
22 Ogos 2017
29 Zulkaedah 1438
🗣🗣🗣
 Adalah HARI TERAKHIR POTONG RAMBUT DAN KUKU BAGI MEREKA YANG NIAT UNTUK BERQURBAN.
 
Hadis riwayat Imam Muslim disunatkan bagi yg buat Qurban bila masuk  bulan Zulhijjah tidak lagi potong kuku dan rambut sehingga binatangnya di sembelih
 
Sekadar sebagai Peringatan..
📢📢📢🗣🗣
Mula1-9 Zulhijah Rabu 23 OGOS 🌹🌹 mari kita puasa bagi yg mampu berpuasa
 
Jawapan:
 
Assalamualaikum.
 
Hadis yang disebutkan adalah hadis Sahih.
 
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ‏"‏
Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis : 1977].
 
Menurut mazhab Syafie, dimakruh sesiapa yang ingin melakukan korban untuk memotong kuku dan sebarang bulu yang ada di tubuh badan bermula pada awal Zulhijjah sehinggalah dia melakukan korban.
 
Menurut Imam Malik dan Abu Hanifah: Tidak makruh.
 
Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Ishaq dan Daud pula berpendapat ia haram.
 
Mazhab Syafie berhujahkan dalil di bawah untuk menunjukkan bahawa larangan dalam hadis di atas adalah makruh dan bukan haram.
 
عَنْ عَائِشَةَ ـ رضى الله عنها ـ قَالَتْ كُنْتُ أَفْتِلُ قَلاَئِدَ الْغَنَمِ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَيَبْعَثُ بِهَا، ثُمَّ يَمْكُثُ حَلاَلاً‏.‏
Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Aku membuatkan kalung untuk kambing (yang akan dikorbankan) milik Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda mengirimkan kambing itu, kemudian baginda tinggal dalam keadaan tidak berihram. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, Bab Taqlid al-Ghanam, hadis no: 1703].
 
Seperti diketahui antara perkara yang dilarang dalam ihram ialah memotong kuku dan membuang bulu daripada badan.
 
Kesimpulan: Bermula 1 Zulhijjah yang dijangka pada Rabu ini janganlah kita memotong kuku dan membuang sebarang bulu di tubuh. Lakukan semua itu sebelum datangnya 1 Zulhijjah.
 
Wallahua'lam.
 -ADMIN-
 Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
 
 

Bestnya tazkirah ini... malu rasanya bila baca.
 

ADAKAH NAMA ANDA TERCATAT (TERUKIR) DALAM PENDAFTARAN MILIK ALLAH?

Kisah seorang persara (bukan group ini) bermusykil seorang Ustaz:

"Ustaz. Mengapa saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-gini juga? Terus hambar, tak tentu arah dan tak ada nikmatnya. Bosan saya Ustaz! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah sangat utk mendapatkannya?"

Ustaz pun menjawab: "Ooooh... Mungkin dimasa ini Allah juga sedang bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya bagaimana Ustaz?"

Ustaz menjelaskan: "Mungkin Allah telah letih mencari tuan, namun tuan tak pernah ditemui dimana-mana.

- Dicari diantara kumpulan solat Dhuha tak ada.

- Dicari diantara kumpulan solat Tahajjud tak ada.

- Dicari diantara kumpulan puasa sunnah juga tak ada.

- Dicari diantara kumpulan yg sering bersedekah, juga tak bertemu.

- Dicari diantara kumpulan Tadarrus Al-Qur'an, tuan juga tak ada disana.

 - Dicari diantara kumpulan orang orang melakukan ibadah Umrah, namun niat tuan pun belum ada.

- Dicari diantara orang2 yang khusyuk solatnya, tak ada.

- Dicari dimajlis Maulidur Rasul dan majlis Selawat tak ada.

- Dicari diantara yang menuntut ilmu agama pun tak ada. 

 

Allah SWT nak mencari tuan dimana?

Cuba tuan beritahu?

Maka menangislah si persara sambil mengusap air matanya lalu beristighfar berulang kali.

Segeralah kembali kepada Allah. Dekatkan dirimu pada Allah. Hanya Allah SWT sahaja ZAT yang boleh menenteramkan hidup kita. 
 

PASTIKAN NAMA KITA  SENTIASA TERTULIS DALAM DAFTAR YANG DISEBUT.

Selamat berjuang saudaraku.

In shaa Allah... Allah akan kurniakan rahmat bagimu.

 


PENAWAR DALAM ISLAM:

Sering sakit = berpuasa sunnah Rasulullah Isnin dan Khamis.

Wajah gelap = solat Tahajjud.

  Hati yang sempit = perbanyakkan baca Al-Qur'an.

Tidak bahagia = solatlah tepat pada waktunya.

Cepat marah = berwudhuk dan perbanyakkan istighfar.

Gelisah = perbanyakan berdoa.

Tertekan = perbanyakan berzikir "Lahaula walaquwwata illa billah".

Rezeki kurang barakah = sering berdoa untuk orang tuamu.

Hidup miskin= perbanyakan bersedekah jariah.

 

Kongsikan pesanan ini pada sahabat yang lain agar bermanfaat.

 

 # Peringatan buat diri sendiri juga.

 


ahlifikirnegara: Wallahu a'lam...