Tuesday, 20 December 2016

Kaya hingga ke langit


 

2008/08/11
 

Peringatan setelah lama menyepi diri.

Qatadah Tabii (rah.) merupakan seorang tabiin, meriwayatkan bahawa pada suatu ketika seseorang bertanya kepada Baginda saw, "Ya Rasulullah! orang kaya telah mendapat seluruh pahala kerana
sedekah mereka."


Baginda Rasulullah saw menjawab, "Beritahulah kepadaku, jika disusun harta kekayaan satu demi satu dari bawah ke atas adakah kekayaan seseorang itu boleh naik ke langit?

Tidakkah ingin aku memberitahu kepada kamu mengenai satu perkara yang akarnya terpacak ke dalam bumi dan dahan-dahannya pula menjulang sampai ke langit.

Bacalah setiap kali selepas solah, "

Kaya_1

Akarnya dalam bumi dan dahan-dahannya menjulang sampai ke langit"

Kaya_2

"Sesiapa yang berkehendakkan kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan semuanya. KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkanNya". [al-Fatir : 10]
 
 
 

ahlifikirnegara: Rakan2 sering nyatakan kepada saya yang sedang sambung pengajian PhD, "Kau sedaplah, dapat "Pergi himpunkan Duit',,dia orang tak tahu yang saya di luar negara dah naik semput "Pergi habiskan Duit". Sabar aje lah ubatnya.

 

Thursday, 15 December 2016

Let me give my comment in Bahasa.




ahlifikirnegara: Apalah yang nak di MEGAH kan dengan harta dunia, pangkat kuasa, anak-pinak yang hebat dan wang ringgit berbillionaire kat DUNIA nih.
Kalau Allah tak buatkan sendi kat jari kita ni,,,,,,,,,,macamana lah kita nak mencuci najis selepas kita menunaikan hajat masing-masing.
Itu belum lagi rambut yang berbagai rambut, berbagai nama dan berbagai tempat serta berbagai tempoh memanjangnya.
'Imagine' rambut di kening ikut memanjang sama macam rambut di kepala?
Tak ke susah nak menguruskannya.

Macam Macam Ada.


 
2008/09/21
 
Saya baru sahaja hadir seminar kumpulan penyelidik 'Electrical and Computer Engineering' dan mereka ada mencadangkan berkenaan;
“Restoren berteknologi sisipan ('embedded') dan automasi robot”.
Eanyak juga elemen dan 'features' yang diterangkan pada sessi tersebut. Dan ada aplikasi yang telah dilaksanakan terutama di Europe seperti di Vienna. Antara elemen yang dicadangkan adalah ROBO CHEF (Robo-Chef tu lebih kurang macam RoboCop –Cyborg campuran manusia dengan susunan alatan/instrumen mekatronik).
Menarik dan projek penyelidikan ini adalah bertaraf professional serta dipelopori oleh calon ijazah kedoktoran. Ianya memiliki gran sebanyak NZD100,000.00. Saya tidak boleh menggariskan sebarang 'detail' atau isi kandungan projek tersebut kerana penyelidikan ini masih lagi dalam tempoh cadangan awal (infancy).
Sesiapa yang berminat boleh lah terus ke Auckland atau bertemu saya untuk ”berborak” kosong sahaja dengan saya kerana ianya bukanlah projek yang saya kendalikan. Kebetulan kehadiran saya di seminar tersebut memungkinkan saya bercerita atau jual temberang.
 

ahlifikirnegara: Saya ada memberitahu anak-anak saya yang di rumah ibu ayah saya dahulu kala, semasa umur saya 15 tahun barulah ayah saya membeli sebuah peti TV di rumah. Kamu pula sekarang ini "Macam Macam Ada".
 

GAZA: Emosi dan Realiti


 


 

Ramai marah kalau dikatakan bahawa perjuangan Palestin adalah perjuangan sia-sia, perjuangan yang kecewa dan perjuangan yang penuh pura-pura.


Pedih dan menyakitkan hati. Tetapi itulah realitinya sejak penubuhan negara Israel – Medinat Yisra’el – melalui rampasan ke atas British Mandated Palestine oleh pengganas Yahudi pada 14 Mei, 1948.


Sejak itu jugalah jentera propaganda dan peperangan Yahudi bekerja lebih masa mencuba menghalalkan rampasan mereka ke atas Palestin.


Pada mulanya mereka mendakwa kononnya mereka membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Inggeris dan Liga Bangsa-Bangsa.


 

Fakta-fakta berikut untuk pertimbangan pembacaan dan sedikit kefahaman:


1. Negara-Negara Arab yang berjiran dengan Israel serta merta melanggar negara itu dan mengulanginya beberapa kali dengan mengalami kekalahan teruk;


2. Akhirnya semakin banyak negara Arab sama ada mengiktiraf Israel dan menandatangani perjanjian damai dengannya atau tidak lagi memberi keutamaan kepada isu Palestin;

 

3. Melalui perang psikologi, Israel dan penyokong Yahudinya dari seluruh dunia menyusup masuk dan menguasai politik, ekonomi serta media massa Amerika Syarikat (AS);

 

4. Israel dan gerakan Yahudi antarabangsa berjaya menjadikan Amerika boneka, pelindung dan pembiayanya; Cuba semak sumbangan negara Arab Saudi ke Amerika.

 

5. Menurut John J. Mearsheimer dan Stephen M. Waltdalam tulisan mereka berjudul “The Israel Lobby and U. S. Foreign Policy” (Lobi Israel dan Dasar Luar Amerika Syarikat), Israel menerima bantuan langsung bernilai AS$3 bilion (RM10.62 bilion) setiap tahun atau 20 peratus daripada bantuan luar AS; Cuba semak sumbangan tidak langsung negara Arab Saudi pula.

 

6. Setiap orang penduduk Israel menerima subsidi daripada AS bernilai AS$500 (RM1,770) setahun walaupun Israel adalah negara perindustrian yang sama pendapatan per kapitanya dengan Korea Selatan dan Sepanyol; Cuba semak sumbangan negara Arab Saudi ke rakyat Israel pula.

 

7. Menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika, bantuan kepada Israel bagi tahun 2007 berjumlah tidak kurang daripada AS$2.5 bilion (RM8.85 bilion). Ini tidak termasuk AS$138 juta (488.5 juta) bagi projek pertahanan bersama peluru berpandu dan jaminan hutang sebanyak AS$$1.4 bilion (RM4.95 bilion);

 

8. Purata AS memberikan AS$6.8 juta (RM24 juta) kepada Israel setiap hari berbanding AS$300,000 (RM1.06 juta) kepada Palestin pada tahun 2007;

 

9. Janji Amerika membantu Palestin adalah janji kosong sejak daripada tertubuhnya Medinat Yisra’el pada tahun 1948;

 

10. President Truman dalam ucapannya pada 28 Oktober, 1948 – lima bulan selepas rampasan bumi Palestin oleh Yahudi -- antara lain, berkata: “Adalah tanggungjawab saya memastikan dasar kita di Israel menepati dasar kita di seluruh dunia; kedua adalah hasrat saya membantu membina negara Palestin yang kuat, makmur, bebas, merdeka dan demokratik. Ia perlu cukup luas, cukup bebas dan cukup kuat untuk membolehkan rakyatnya berdikari dan selamat.”

 

[ “It is my responsibility to see that our policy in Israel fits in with our policy throughout the world; second, it is my desire to help build in Palestine a strong, prosperous, free and independent democratic state. It must be large enough, free enough, and strong enough to make its people self-supporting and secure.”]

 

11. Dan bolehkah Presiden US (????) diharap untuk mengatasi pembohongan AS selama ini? Pertimbangkan kenyataan beliau ketika kempen pilihan raya Presiden baru lalu yang berbunyi: “Kita jangan sekali-kali mencuba mengatakan apa yang terbaik untuk orang Israel dan keselamatan mereka dan tidak seorang pun Perdana Menteri Israel yang patut diseret ke meja perundingan...”

 

[We should never seek to dictate what is best for the Israelis and their security interests" and that no Israeli prime minister should ever feel "dragged" to the negotiating table...];

 

12. Yahudi mempunyai perwakilan yang kuat dalam politik nasional AS. Pada bulan Jun tahun lalu (2008), 7.8 peratus Ahli Kongres adalah Yahudi walaupun penganut agama Yahudi di AS dianggarkan hanya 1.4 peratus daripada penduduknya;

 

13. Kalau AS menjadi boneka, pelindung dan pembiaya Israel, banyak negara Islam, khasnya negara-negara Arab, menjadi boneka dan pak turut AS;

 

14. Dari mula lagi banyak negara Arab tidak mahu Hamas berjaya di Palestin. Hamas adalah singkatan kepada Harakat al-Muqāwamat al-Islāmiyyah atau Pergerakan Penentangan Islam yang terdiri daripada pengikut Sunnah. Ia ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Sheikh Ahmed Yassin, Abdel Aziz al-Rantisi dan Mohammad Taha yang berupa penggiat Ikhwanul Muslimin cawangan Palestin pada permulaan gerakan Intifadah pertama;

 

15. Oleh sebab Hamas diasaskan atas landasan Ikhwanul Muslimin maka ia dicurigai dan ditolak oleh banyak negara Arab. Ikhwanul Muslimin diharamkan atau dikawal kegiatannya di banyak negara Arab;

 

16. Ikhwanul Muslimin atau Persaudaraan Muslim adalah organisasi Muslim yang diasaskan oleh Hassan al Banna di Mesir pada tahun 1928 berikutan keruntuhan Empayar Ottoman;

 

17. Pada mulanya Ikhwanul Muslimin menyokong kerajaan sekular Presiden Gamal Abdel Nasser tetapi apabila seorang anggotanya dituduh membunuh Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi Nokrashi, pada 28 Dis. 1948, pertubuhan itu diharamkan dan Al Banna sendiri dibunuh oleh agen-agen perisik kerajaan pada bulan Februari tahun berikutnya;

 

18. Majoriti negara-negara Arab tidak demokratik. Mereka bimbang jika kerajaan Hamas berjaya di Palestin mereka akan menghadapi tekanan daripada rakyat jelata mereka sendiri agar memperkenalkan demokrasi;

 

19. Negara-negara Arab sendiri terus bercakaran dan serentak itu menjadi tali barut kepada hegemoni AS di Asia Barat seperti yang terserlah dengan sokongan mereka terhadap serangan dan penaklukan AS ke atas Iraq;

 

20. Akhir sekali, politik Palestin sendiri kucar-kacir akibat ketidaksepaduan sokongan negara-negara Arab dan persengketaan di kalangan pelbagai kelompok agama di Asia Barat, khasnya pergeseran antara pengikut Sunnah dan Syiah.

 

Bukan tujuan melemahkan semangat juang, sokongan dan simpati kita kepada rakyat Palestin. Tetapi fakta-fakta di atas tidak memberikan keyakinan bahawa masalah negara dan rakyat Palestin boleh diselesaikan dengan mudah dan segera.

 

Untuk mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata pun susah. Bayangkan untuk mencapai keamanan yang berkekalan.

 

ahlifikirnegara: Malah, setiap kali bom Israel membunuh orang Palestin dan pengebom berani mati Hamas membunuh orang Yahudi, setiap kali itu jugalah satu generasi baru pejuang dilahirkan. Takbir.

 

Domination


 

 

TOA bahasa Maori, dalam bahasa Marayo (Melayu) maknanya OTAI atau PAHLAWAN atau ORANG LAMA. 'Orang Baru' jangan menyesal lah (sedih) sebab satu hari nanti akan jadi 'Orang Lama' jugak!



 


ahlifikirnegara: Biar pun aku dah tua (TOA/OTAI)...cukup lah aku duduk dibawah. Tak payah naik atas. Nanti tiap tiap bulan masuk hospital.

Monday, 5 December 2016

Truly Blog


 

 Date Modified: 10/5/2008 07:03hrs

KONSEP ILMU

 

Dalam bahasa Melayu, ilmu bererti; pertama: pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain, atau pengetahuan berkenaan segala sesuatu selepas manusia itu mati.

 

Kedua, ilmu bererti kajian berkenaan sesuatu perkara.

 

Dalam bahasa Inggeris, ilmu dikenali dengan istilah 'knowledge'. Walau bagaimanapun, istilah 'knowledge' tidak membawa makna yang sama dengan ilmu dalam tradisi Islam. Sebab, ilmu adalah salah satu konsep yang mendominasi Islam itu sendiri.

 

Istilah ilmu berasal daripada perkataan ‘ilm dalam bahasa Arab. ‘Ilm bererti lawan jahil. Oleh itu, ilmu bukan sekadar bererti pengetahuan. Sebab, jahil bukan sekadar bererti tiada pengetahuan.

 

Istilah “zaman jahiliah” atau “hukum jahiliah” boleh dirujuk dalam hal ini.

 

Sebagai sebuah istilah khusus dengan konsep tersendiri, ilmu mempunyai lebih 1,200 definisi. Hal ini disebabkan ilmu dan definisinya amat penting dalam akidah Islam. Tidak ada buku tentang ilmu kalam yang tidak membincangkan definisi ilmu, walaupun sedikit.

 

Selain itu, jumlah definisi yang banyak, juga disebabkan kesukaran mendefinisikan ilmu. Walaupun begitu, merujuk kepada sifat-sifat dan ciri-cirinya, ilmu boleh didefinisikan.

 

Maka, ilmu ialah ketibaan makna tentang sesuatu dalam diri. Ilmu juga didefinisikan sebagai iktikad kukuh yang tepat dengan hakikat.

 

Kedua-dua definisi di atas, menolak maklumat, informasi, data atau fakta sebagai ilmu. Sebab, ilmu ialah maklumat, informasi, data, fakta atau apa-apa sahaja yang benar, yang bermakna dan memberi makna, berbentuk kepercayaan dan keyakinan, secara kukuh kepada diri seseorang.

 

Oleh itu, ilmu bukanlah sesuatu yang neutral. Ia adalah sesuatu yang mempunyai nilai dan memberi nilai.

 

Maksudnya, tidak semua ilmu sah. Ilmu boleh jadi benar atau salah, boleh jadi Islam atau kufur, boleh jadi timur atau barat. Maka, orang yang berilmu dengan ilmu-ilmu tertentu, memanifestasikan nilai ilmu itu.

 

Berkaitan dengan hal ini juga, ilmu yang benar itu adalah suci. Sebab, ilmu yang benar itu merupakan manifestasi keesaan, keagungan dan keilahian Allah. Kesannya, ilmu tidak terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira niat dan keupayaan. Hal ini merujuk kepada hierarki ilmu.

 

ahlifikirnegara: ......bersambung by the will of Al-Mighty.......

Post Shout Out


 

 

Worry and concern make things happen; unless and until you’re in a worry-and-concern state, you’re in a normal condition.


Kuih Pulut Tetal - Kuih orang Melaka.


Gosok gigi mahu kena hari-hari.


 

 ahlifikirnegara: Bloody busy recently. Have to squeeze somewhere somehow to tidy up my personal.