Sunday, 4 February 2024

AZAM - Sempurnakan Sholat Ku.

 60 tahun Solat tidak diterima Allah

1. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapat seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi solatnya tidak diterima Allah. Sabda Rasulullah SAW:

إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ، لعله يتمُّ الركوعَ، ولا يتمُّ السُّجودَ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ

“Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku'nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.” (HR Ibn Abi Syaibah)



2. Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Bahkan Rasulullah SAW di sini secara spesifik mengingatkan kita tentang rukuk dan sujud yang sering diabaikan oleh sebahagian manusia. Sabda Rasulullah SAW:

وأسوأُ السَّرقَةِ الذِي يسرِقُ صلاتَهُ قالوا: وكيف يسرقُ صلاتَهُ؟ قالَ: لا يُتِمُّ رُكُوعَهَا ولا سُجُودَهَا

“Seburuk-buruk pencuri adalah mereka yang mencuri di dalam solat. Sahabat lalu bertanya: Bagaimana seseorang itu mencuri di dalam solatnya? Rasulullah lalu menjelaskan: (pencuri solat ini ialah) mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merekanya.” (HR Ahmad)


Kredit: Dr.Ahmad Sanusi Azmi

Sempena bulan Rejab ini perbaikilah solat kita, kerana kemuncak peristiwa epik Israk dan Mikraj adalah turunnya pensyariatan solat, memperbaiki solat kita adalah cara terbaik memaknai dan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj.


Sempurnakan wuduk ku dan Sholat Ku, Ya Allah.


Thursday, 11 January 2024

Selamat Tahun 2024. Semuga Segera Segera Sahaja, Jangan Ditangguh Tangguh.

 

TEMPAT ISTIRAHAT ITU BERNAMA SURGA.

 

Ustadz KhalidBasalamah.

 

Dunia ini memang tempat lelah.

Segala macam keindahannya bisa dinikmati, namun ia akan berakhir.

 

Namun, Muslimin paham ada satu tempat tujuan yang rasa lelah telah Allah cabut disana.

 

Tiada kesedihan serta semua hal disana sangat luar biasa indahnya dan manusia akan mendapatkan apa saja yang hati mereka inginkan pada saat menginjakkan kaki di sana.

 

Dalam Hadits Qudsi yang shahih, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

 

أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّا لحِينَ مَ لاَ عَيْنٌ رَأَتْ وَلاَ أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلاَ خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرِ

 

“Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang shalih kenikmatan (tinggi di surga) yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas dalam hati manusia.”

(HR. Bukhari No. 3072 & HR. Muslim No. 2824)

 

Allah dan Rasul-Nya telah menjelaskan sangat banyak jelas kepada kita tentang fasilitas yang telah Allah sediakan bagi orang beriman di Surga, seolah-olah kita bisa melihatnya langsung dengan mata kepala kita.

 

Dengan mengingat Surga insya Allah akan membuat kita termotivasi untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan maksiat, karena kesenangan sementara dari maksiat yang kita kerjakan di dunia tidak bisa dibandingkan dengan luar biasanya kenikmatan yang telah Allah janjikan di Surga kelak.

 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

 

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

 

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi. Surga yang telah disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”

(QS. Ali Imran [3]: 133)

 

Taubat lah kepada Allah dan kejarlah Surga yang telah Allah janjikan bagi orang-orang beriman dan bertakwa.

 

Allahu Ta’ala A’lam bishawab

———————————————

Dari Abu Mas’ud Radhiyallahu anhu berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya.”

[HR. Muslim]

 

Allahu Ta’ala A’lam bishawab

 

 Demikian semoga bermanfaat🤲🤲🤲🖐️

 

Barokalloh fiikum❤️

 

 

 


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

 

 

 

 

Dulu, aku pernah rasa macam useless bila setiap kali tengok result ni.

.

.

Kau bayangkan, aku seorang yang suka belajar dan membaca, tapi tiba tiba orang kata aku bodoh.

.

 

Apa perasaan aku?

 

Bodoh??

.

 

Ya manusia kata aku bodoh sebab ambik jurusan agama

 

.

Aku dikata bodoh sebab ambik aliran Tahfiz, tapi menolak tawaran MARA, tolak tawaran Medic, tolak full biasiswa Telekom bahagian finance.

.

 

Dan yang paling sakit, disebabkan sijil ni, orang cakap baba dan Mommy tak pandai didik anak hanya disebabkan aku tak sambung Medic..

.

.

 

Tapi, semakin aku belajar agama, walaupun dah ada sijil Tahfiz, dah degree Usuluddin, dah dapat sanad qiraat Hafs, ada syahadah Tafsir sampai sekarang aku masih lagi bodoh rupanya😂 .

.

.

 

Rupanya bukan aku saja rasa macam tu. Syeikh aku di Jordan yang ada 3 Master dan 3 PHD pun mengaku yang dia juga masih jahil😣😭. Ada lagi dakatir yang tengah ambik 2nd PHD sebab juga masih terasa jahil..

.

 

Tapi, hari ini, baru aku boleh tersenyum dengan Sijil ni. Sijil yang membodohkan aku🤣.

 

Sebab..

 

.

 

1. Bila aku mula hafaz AlQuran, itulah detik pertama aku rasa kebodohan luar biasa.

 

.

Kenapa takde siapa yang bagitau aku yang hafaz alQuran ni lagi susah dari Addmath dan Physics😣?

 

Whyy whyyy..

 

addmath, physics dan subjek subjek lain tu, just need extra latihan dan tahu fungsi formula saja.

 

Then, soalan yang keluar hanya berbeza angka dan digit. Tahu fungsi formula saja, then match makerkan formula dengan soalan, then, dapatlah jawapan..

 

tapi, Hifz AlQuran ni, kalau kau tak bersungguh untuk dia, kaurekalah sejuta formula pun, kau tetap takkan dapat ingat.

 

2. Segala subjek yang aku belajar, tak perlukan disiplin setinggi dan sebanyak Hafaz AlQuran.

 

.

Nak jadi penghafaz AlQuran yang baik, kaukena ada rutin sendiri.

 

AlQuran perlukan waktu dia sendiri. Setiap hari. Berjam jam. Better sebelum subuh, waktu yang super fresh

 

3. Once kau nak alQuran kau kena perbaiki 100% kehidupan.

 

Terutama dari segi pemakanan.

 

Sebab proses menghafaz ni meletihkan.

 

Dia proses yang kaukena perah otak kau 24 jam setiap hari. Subjek lain ada ke?

 

Nak taknak, kena amalkan pemakanan sihat dan seimbang supaya fungsi otak dapat dimaksimakan penggunaannya.

 

4. Bila kau nak AlQuran, paling penting, kaukena jaga akhlak.

 

Terutama dengan keluarga dan orang terdekat.

 

Kena selalu get rid punca yang boleh menyebabkan kautak  tenang.

 

AlQuran dan ketenangan adalah dua benda yang bertaut rapat.

 

Bila salah satunya hilang, mesti ada something fishy. Mesti ada something yang tak kena.

 

5. Sepanjang hidup aku yang sentiasa straight A untuk Exam besar memang dari kecik, aku tak pernah lagi rasa looser nak jawab exam.

 

Pokoknya, aku memang akan masuk dewan exam dengan super confident hahaha.

 

Tapi, for the first time in my life, I feel a REAL LOOSER sebab banyak aku yang hafaz, dan BANYAAKK lagiiii aku tak ingat.

 

Dan keadaan tak ingat tu, ada certain situation yang aku rasa asal macam tak pernah hafaz eh ayat ni? Haaa time tu memang rasa looser gila.😣😭

 

dan first time juga aku menangis sebab susah nak belajar untuk hafazan.

 

FIRST TIME EVER.

 

aku tak pernah nangis, tak reti nangis dan tangisan ni memang tak ditakdirkan untuk aku sampailah aku jumpa AlQuran hahaha.

 

Haa time tu, aku dan air mata dah jadi BFF. Sampailah sekarang🤣🤣

 

6. Menyesal ke hafaz AlQuran?

 

Nopee.

 

Hafazan AlQuran baru permulaan langkah nak kenal AlQuran. Its not the end of the journey.

 

Langkah baru bermula. Perjalanan dengan AlQuran ni PANJANGGGGGGG.

 

Hafaz ni baru first step.

 

Bak kata Dr Tafsir aku, "Kamu nak belajar tafsir tapi tak hafaz AlQuran? Ini Musibahhh ya Jama'ah! Ini musibah!"

 

Yaa.. musibah besar kalau kau nak kuasai tafsir tapi AlQuran sendiri belum ada dalam dada. Sungguh, aku rasa musibah itu.

 

7. Menyesal ke ambik subjek sains study separuh nyawa then end up hafaz AlQuran?

 

NOPEEEEE.

Never.

 

Teori Old Physics, concept biology, dengan segala mak nenek theory scientific tu kau akan jumpa secara berperingkat dalam kajian kajian bidang AlQuran on your next journey.

 

Its never a loose when you have Kalam Allah 'The Allah's Word'.

 

Alhamdulillah Mujur aku ambik subjek science dulu, my journey become easier.

 

Ingat senang ke nak faham tafsir Ibnu Asyur dan Arrazi tanpa ada asas ilmu Bio Physics and Chemist?

 

Susah.

 

Sungguh tak tipu. Next entry nanti aku cerita pulak perjalanan untold story about usuluddin. Satu bidang yang majority 90% rakyat Malaysia masih tiada klu apa itu usuluddin.

 

Stay tune. Harap tak bosan la baca confession aku hahahahaha.

 

8. Di zaman kegemilangan Islam, hafaz AlQuran ni level level budak tadika ja time tu.

 

Hahaha.

 

Kata Imam Malik: di zaman kami, tak diajarkan ilmu kecuali kepada penghafaz AlQuran.

 

Tak kisah lah sains ka matematik ka feqh ka apa ka, hanya selepas selesai tadika hafazan AlQuran.

 

Sebab tu, ulama besar dalam bidang sains atau medic macam Arrazi, Ibnu Sina, depa masing masing ada kitab tafsir sendiri.

 

Haaa siap menulis tafsir lagi.

 

Cuma, kita muslim tak baca kitab depa, omputih yang baca. Pastu depa buat kajian, kita pun puji la depa kata power la superb la omputih tu, tapi ilmu asas tu ambik dari kitab ulama Islam yang orang islam taknak baca.

 

Sebab?

 

AlQuran pun tak baca, tetiba nak baca tafsir?

Jauhhhhh..

 

9. Kalau orang kata, tak penting pun hafaz AlQuran ni. Macam gagak patuk patuk.

 

Mai ni nak cakap.

 

Kata Sayyidah Aisyah: ilmu tu terdiri dari dua perkara.

1) Hafaz

2) faham.

 

Tanpa keduanya, itu bukanlah ilmu.. boleh check dalam kitab Attibyan karya imam nawawi.

 

Jadi, sesiapa cerdik pandai yang claim hafaz AlQuran tak penting, sebenarnya word dia sendiri yang mendowngrade kan dia huhuhuhuhu.

 

Sebab, perkataan dia sendiri bertentangan dengan ulama wanita paling besar dalam sejarah tamadun umat Islam.

 

Jadi, harini aku senyum tengok result ni. Setelah hampir 10tahun, baru aku nampak hikmah betapa besarnya nilai sebuah SPM, nilai sebuah struggle dan betapa pentingnya ilmu ini dalam hidup aku.

.

.

 

Itulah aku. Alhamdulillah. Moga Allah izinkan aku menapak jauh lagi.. Ilmu AlQuran ni takkan pernah habis.

 

Menghafaz AlQuran ni baru first attempt huhuhu.

 

Jadi, untuk mak mak yang ada anak dalam bidang tahfiz, tolong ya.. Janganlah berhenti bagi semangat dekat anak. Bidang ni susah. Seriusly.

 

Untuk pelajar pelajar agama, tolong ya, jangan ambik mudah hafazan AlQuran.

 

Kalau betul nak kuasai agama, mulakanlah menghafaz AlQuran. Mulakanlah journey menghafaz, baru hampa akan rasa, betapa beratnya nak pegang agama ni.

 

Jangan main main.

 

Nak ingat kalam Allah pun susah, apatah lagi nak buat agama ikut kepala sendiri, mampukah nak bertanggungjawab?

(Nasihat untuk aku jugak sebenarnya huhuhu)

.

.

 

Aku beruntung dan bertuah sebab baba aku memang tok guru AlQuran, penghafaz AlQuran, jadi aku bertuah sebab ada baba yang sealiran dan faham my struggle.

.

 

Dia takpernah lagi la mendosakan kelupaan aku atau menerakakan kemalasan aku. Sebab, masing masing faham, bahawa..

 

THE STRUGGLE IS REAL

 

and

 

THE STRUGGLE NEVER END

Sehingga hujung nafas

 

Penghafaz AlQuran ni takdak pencen. Gajinya di syurga. Usahanya tak boleh berhenti, tapi, dia yang paling dekat dengan Allah SELAGIMANA dia menjaga hak hak AlQuran..

 

اللهم زينا بزينة القران وأكرمنا يا الله بكرامة القران

Ya Allah hiasilah kami dengan perhiasan AlQuran, dan muliakanlah kami ya Allah dengan kemuliaan AlQuran.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SENARAI IKAN YG BAKAL DITANGKAP!??

 

According to the Department of Fisheries (Big Fish Section), the following big fishes have recently been found and awaiting official verification.....by the Malaysian Aqua Culture Centre. (MACC)

 

They are, in no particular order,

 

Ikan Diam Ilham,

Ikan Kutty Mahal

Ikan His Sham

Ikan Ace Min

Ikan Moo Hidden

Ikan Cor Vid Vaksin

 

The Director of the Malaysian Aqua Culture Centre (MACC) has issued notices to haul in these species of big fishes for further examination and investigation.

 

These big fishes, if proven economically-viable should be able to contribute billions to the federal coffers.

 

Judging by the scale of the fishery operations, these big fishes seem to be very capable of swimming in troubled waters.

 

Some had proven to be as slippery as eels and were able to elude the MACC's dragnets for decades.

 

However, the Malaysian political tsunami of 2018 had washed them ashore into shallow waters and allowed the Fisheries Department to rope in the officers from the Malaysian Aqua Culture Centre (MACC), to contain them.

 

Unless something fishy happens, we believe this collaboration between the Department of Fisheries (Big Fish Section) and the Malaysian Aqua Culture Centre will yield positive and prosperous results for the country.

 

We wish them all the best...!!!👍👍🏼👍🏾🤪🤪🤪👍👍🏼👍🏾🤪🤪🤪

 

-------------------------------------------------

 

 





 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, 26 December 2023

Life Sucks

 Something to think about…


You work 8 hours to live 4.


You work 6 days to enjoy 1.


You work 8 hours to eat in 15 minutes.


You work 8 hours of sleep 5.


You work all year just to take a week or two vacation.


You work all your life to retire in old age.

And contemplate only your last breaths.


Eventually you realize that life is nothing but a parody of yourself practicing your own oblivion.


We have become so accustomed to material and social slavery that we no longer see the chains.


Life is a short journey, live it!




Thursday, 21 December 2023

AGAMA ITU AKHLAK .... AKHLAK ITU KEMULIAAN


Tuan tuan, "Kita dalam islam, akhlak itu ada nilai. la tanda iman kita. Akhlak itu tanda agama kita. Makin baik agama kita, makin baik akhlak kita"


Kerana, orang yang akhlak buruk jangan dakwa dia orang kuat agama. Kerana akhlak mencerminkan agama kita. Bahkan mencerminkan,


• agama kita

• ilmu kita

• kefahaman kita


Antara benda yang berat timbangan akhirat kelak taqwa dan akhlak yang baik.


Bila Allah memuji Nabi SAW, Allah puji pada akhlak Rasulullah. Allah tak puji pada muka nabi yang hensem. Allah tak puji fizikal Rasulullah yang mantap, Allah tak puji keturunan Rasulullah SAW. Allah puji akhlak supaya kita sedar dalam perjuangan kita nak jadi baik ialah pada budi bicara dan akhlaknya.


Kalau kita nak mulia, mulialah pada berperangai baik.


Kita tak mulia dengan jawatan banyak.


Kalau mulia pun, ianya palsu. Hari di mana kita tak ada jawatan, habis kita dikutuk.


Kita tak mulia sebab,


• anak kita ramai

• kawan dan followers kita ramai


Kita mulia kerana AKHLAK kita ΒΑΙΚ.

Bila akhlak baik, walau...


• tak berharta kita

• tak ada rupa kita

• tak ada pengikut kita

• apa pun keturunan kita


✓ Maka, orang nampak kemuliaan.


SEBAB itu, Rasulullah SAW menyebut antara misi besar yang Nabi bawa,


"Aku diutuskan untuk membawa akhlak yang baik dan orang islam diminta bersaing untuk menunjukkan akhlak yang baik"


Kita BUKAN suruh bersaing,


• siapa harta banyak

• pengikut ramai

• siapa pangkat banyak


✓ Kita bersaing untuk akhlak yang baik.


Kalau kita lihat seorang yang berakhlak baik BUKAN kita ambil kesempatan pada dia.


"Pinjam seratus"

"Pinjam seribu"


Bukan!! Kalau benar kita melihat orang yang berakhlak baik, maka kita bersaing untuk lebih baik daripada dia.


Dan itulah watak,


• para sahabat

• para ulama'

• para solihin


Terdidik mereka nak jadi lebih baik daripada orang lain. Kalau ada yang beri kebaikan, mereka nak pulangkan balik kebaikan. Mereka akan sibuk memikirkan macam mana nak balas kebaikan.


Kita kalau orang tu baik, kalau kita buat je baik kat dia, dia tak akan tidur lena SEBELUM balas kebaikan kita kerana dia orang baik. Dia akan cari apa pun kaedah. Kalau pun dia tak doakan kita di depan kita, dia doakan di belakang kita.


Kalau pun dia tak balas secara material, dia balas dengan doa. Sebagaimana sahabat muhajirin yang mengadu dengan Rasulullah,


"Ya Rasulullah, orang Ansar ni baik baik sangat, beri macam macam. Kami dah tak mampu untuk balas"


Kata Rasulullah, "doakan"


"Kalau kamu mampu balas doakan. Sebut kepada orang yang beri kebaikan kepada kamu dengan jazakallahu khair (moga Allah memberi balasan yang baik pada kamu). Maka kamu dengan dia sama, dapat pahala".


Dia beri benda, kita beri doa sama.


Tuan tuan,

"Kalau orang tak baik, dia tak akan doakan orang yang buat baik pada dia. Dia cuma ambil kesempatan. Kita boleh kenal orang yang ambil kesempatan. Bila dia tak pernah fikir untuk mendoakan kita atau berfikir satu hari nanti bagaimana dia nak balas baik pada kita"


Bahkan,


Kadang kala kalau pun dia balas baik dia tak rasa lebih baik pada kita sebab dia tengok kita yang memulakan.


Sebab dari sudut neraca pahala lebih besar yang memulakan kebaikan pahalanya lebih besar walaupun yang lawan kebaikannya lebih banyak.


Ada benda sunat yang pahalanya lebih besar daripada benda wajib kerana perkara itu dimulakan.


Contoh:


Beri salam, "assalammualaikum" Apa hukum BERI salam sunat Apa hukum JAWAB salam wajib


Mana besar pahala sunat dengan wajib? Besar pahala sunat, yang beri salam.


Yang jawab salam itu pahala besar, walhal yang jawab salam itu dalam posisi wajib.


Yang beri salam dalam posisi sunat kerana kaedah menyatakan yang MEMULAKAN kebaikan pahalanya lebih besar.


Kita jumpa orang kita senyum dulu (pahala kita besar)


Kalau dia senyum dulu dekat kita pahala dia lebih besar.

Kalau kita berbalah,


☑ Yang memulakan hulur minta maaf lebih besar pahalanya daripada yang memaafkan (yang memulakan).


Maka,

✓ Siapa yang memulakannya pahala


Sekian.🖐️





Wednesday, 20 December 2023

Nikah itu WAJAR

 Suatu ketika Al Habib Zein bin Ibrahim bin Sumait ketika akan menikahkan salah seorang muridnya, beliau menyampaikan khutbah. Katanya, 


Nanti ketika sudah menikah suami isteri itu terbahagi menjadi 4 golongan :


1. Golongan pertama, di mana sang suami dan istri sama – sama rajin beribadah kepada Allah.


2. Golongan kedua, di mana suami rajin beribadah kepada Allah dan sang istri malas beribadah kepada Allah..


3. Golongan ketiga, di mana suami malas beribadah kepada Allah dan sang istri rajin beribadah kepada Allah…


4. Golongan terakhir, di mana sang suami dan istri sama – sama malas beribadah kepada Allah.


Setelah menjelaskan 4 golongan tersebut Habib Zein kemudian bertanya kepada muridnya: 


“Engkau ingin masuk kedalam golongan yang mana?”


“Saya ingin masuk golongan yang pertama ya Habib,” jawab muridnya.


“Kalau begitu niatkan dalam dirimu sekarang sebelum engkau aku aqadkan pernikahan, dengan berniat ingin menjadi golongan yang pertama,” jawab Habib Zein.


Dikatakan, ulama – ulama terdahulu jika keluar rumah dan lupa berniat untuk ibadah maka mereka akan pulang ke rumahnya kembali. 


Dan memasang niat dulu baru keluar rumah. Mereka tidak mahu setiap waktunya yang dilalui tanpa memasang niat untuk beribadah. 


Aktiviti mubah seperti makan, dan lain-lain pasti diniatkan agar kuat ibadah, agar khusyu’ ibadah. Sehingga meskipun amalan mubah tetap mendapatkan pahala.


Dari itulah mari kita pasang niat yang bagus, niat untuk ibadah di dalam setiap aktiviti kita agar tidak terlalu waktu kita sia-sia begitu saja. Dan jangan lupa juga memasang niat dalam aktiviti kehidupan kita seperti yang diniatkan para salafunasolleh.


Tarikh Nikah 10.11.1995



Monday, 4 December 2023

Old Young

 When I was YOUNG, I found it DIFFICULT to WAKE UP.

When I am OLD, I find it DIFFICULT to SLEEP.                     



The reality n truth of LIFE so beautifully written.



YOUNG and  OLD... 


When I was YOUNG, I was WORRIED about MY PIMPLES.

When I am OLD, I am WORRIED about MY WRINKLES.



When I was YOUNG, I was WAITING to HOLD someone's HAND.

When I am OLD, I am WAITING for SOMEONE to HOLD MY HAND.



When I was YOUNG, I wanted my parents to leave me alone.

When I am OLD, I am worried to be left alone.


When I was YOUNG, I HATED being ADVISED.

When I am OLD, there is NO ONE around to TALK or ADVISE.


When I was YOUNG, I ADMIRED BEAUTIFUL THINGS.

When I am OLD, I see BEAUTY in THINGS around ME.





When I was YOUNG, I felt I was ETERNAL.

When I am OLD, I know SOON it will be MY TURN.


When I was YOUNG, I CELEBRATED the MOMENTS.

When I am OLD, I am CHERISHING MY MEMORIES.


When I was YOUNG, I WANTED to be a HEART - THROB.

When I am OLD, I am WORRIED when will MY HEART STOP.


At EXTREME STAGES of OUR LIFE. WE WORRY but WE DON'T REALIZE, LIFE NEEDS to BE EXPERIENCED.


It DOESN'T MATTER whether YOUNG or OLD. LIFE needs to be lived and LIVED WITH LOVE & LOVED ONES. You are surely one of these. 




A wonderful message to be shared... 🙏

NASIHAT umum

 337 of 365 🗓   AHAD  💕 19 JAMADIL AWAL 1445H  03 DISEMBER 2023 

99 hari RAMADHAN 1445H

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Bismillahirrahmanirrahim 🌹

 Assalamualaikum dan Selamat Pagi 

 اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم 

 Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. 

 Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya 

 ••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘 

#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾🌏


NASIHAT IMAM AL-GHAZALI

 

Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara:


1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.


2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.


3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.


4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.


5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.


6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.


7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan. 


8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.


Kitab Tanbihul Ghofilin


SEMOGA BERMANFAAT 🥰


•══◎◎♡◎◎══•


 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 

 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 🤲🤲🤲

 

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر