Thursday, 21 December 2023

AGAMA ITU AKHLAK .... AKHLAK ITU KEMULIAAN


Tuan tuan, "Kita dalam islam, akhlak itu ada nilai. la tanda iman kita. Akhlak itu tanda agama kita. Makin baik agama kita, makin baik akhlak kita"


Kerana, orang yang akhlak buruk jangan dakwa dia orang kuat agama. Kerana akhlak mencerminkan agama kita. Bahkan mencerminkan,


• agama kita

• ilmu kita

• kefahaman kita


Antara benda yang berat timbangan akhirat kelak taqwa dan akhlak yang baik.


Bila Allah memuji Nabi SAW, Allah puji pada akhlak Rasulullah. Allah tak puji pada muka nabi yang hensem. Allah tak puji fizikal Rasulullah yang mantap, Allah tak puji keturunan Rasulullah SAW. Allah puji akhlak supaya kita sedar dalam perjuangan kita nak jadi baik ialah pada budi bicara dan akhlaknya.


Kalau kita nak mulia, mulialah pada berperangai baik.


Kita tak mulia dengan jawatan banyak.


Kalau mulia pun, ianya palsu. Hari di mana kita tak ada jawatan, habis kita dikutuk.


Kita tak mulia sebab,


• anak kita ramai

• kawan dan followers kita ramai


Kita mulia kerana AKHLAK kita ΒΑΙΚ.

Bila akhlak baik, walau...


• tak berharta kita

• tak ada rupa kita

• tak ada pengikut kita

• apa pun keturunan kita


✓ Maka, orang nampak kemuliaan.


SEBAB itu, Rasulullah SAW menyebut antara misi besar yang Nabi bawa,


"Aku diutuskan untuk membawa akhlak yang baik dan orang islam diminta bersaing untuk menunjukkan akhlak yang baik"


Kita BUKAN suruh bersaing,


• siapa harta banyak

• pengikut ramai

• siapa pangkat banyak


✓ Kita bersaing untuk akhlak yang baik.


Kalau kita lihat seorang yang berakhlak baik BUKAN kita ambil kesempatan pada dia.


"Pinjam seratus"

"Pinjam seribu"


Bukan!! Kalau benar kita melihat orang yang berakhlak baik, maka kita bersaing untuk lebih baik daripada dia.


Dan itulah watak,


• para sahabat

• para ulama'

• para solihin


Terdidik mereka nak jadi lebih baik daripada orang lain. Kalau ada yang beri kebaikan, mereka nak pulangkan balik kebaikan. Mereka akan sibuk memikirkan macam mana nak balas kebaikan.


Kita kalau orang tu baik, kalau kita buat je baik kat dia, dia tak akan tidur lena SEBELUM balas kebaikan kita kerana dia orang baik. Dia akan cari apa pun kaedah. Kalau pun dia tak doakan kita di depan kita, dia doakan di belakang kita.


Kalau pun dia tak balas secara material, dia balas dengan doa. Sebagaimana sahabat muhajirin yang mengadu dengan Rasulullah,


"Ya Rasulullah, orang Ansar ni baik baik sangat, beri macam macam. Kami dah tak mampu untuk balas"


Kata Rasulullah, "doakan"


"Kalau kamu mampu balas doakan. Sebut kepada orang yang beri kebaikan kepada kamu dengan jazakallahu khair (moga Allah memberi balasan yang baik pada kamu). Maka kamu dengan dia sama, dapat pahala".


Dia beri benda, kita beri doa sama.


Tuan tuan,

"Kalau orang tak baik, dia tak akan doakan orang yang buat baik pada dia. Dia cuma ambil kesempatan. Kita boleh kenal orang yang ambil kesempatan. Bila dia tak pernah fikir untuk mendoakan kita atau berfikir satu hari nanti bagaimana dia nak balas baik pada kita"


Bahkan,


Kadang kala kalau pun dia balas baik dia tak rasa lebih baik pada kita sebab dia tengok kita yang memulakan.


Sebab dari sudut neraca pahala lebih besar yang memulakan kebaikan pahalanya lebih besar walaupun yang lawan kebaikannya lebih banyak.


Ada benda sunat yang pahalanya lebih besar daripada benda wajib kerana perkara itu dimulakan.


Contoh:


Beri salam, "assalammualaikum" Apa hukum BERI salam sunat Apa hukum JAWAB salam wajib


Mana besar pahala sunat dengan wajib? Besar pahala sunat, yang beri salam.


Yang jawab salam itu pahala besar, walhal yang jawab salam itu dalam posisi wajib.


Yang beri salam dalam posisi sunat kerana kaedah menyatakan yang MEMULAKAN kebaikan pahalanya lebih besar.


Kita jumpa orang kita senyum dulu (pahala kita besar)


Kalau dia senyum dulu dekat kita pahala dia lebih besar.

Kalau kita berbalah,


☑ Yang memulakan hulur minta maaf lebih besar pahalanya daripada yang memaafkan (yang memulakan).


Maka,

✓ Siapa yang memulakannya pahala


Sekian.🖐️





No comments:

Post a Comment