Garis Panduan Wsup Alumni
Group ini diwujudkan untuk hebahan rasmi, perkongsian kebaikan dan pengukuhan ukhuwah dalam kalangan Alumni. Mohon kerjasama semua Alumni untuk mematuhi panduan berikut.
✅ DIBENARKAN
- Hebahan & makluman rasmi aktiviti PAU dan Alumni
- Perkongsian tazkirah ringkas, doa & peringatan yang membina
- Pertanyaan berkaitan program Alumni
- Bahasa sopan, beradab dan saling menghormati
- Cadangan membina untuk Alumni disampaikan dengan hikmah
❌ TIDAK DIBENARKAN
- Politik kepartian, isu perkauman & provokasi sensitif
- Perbalahan terbuka, sindiran atau membuka aib individu
- Penyebaran berita tidak sahih / screenshot tanpa konteks
- Iklan, jualan & kutipan dana peribadi tanpa kebenaran admin
- Spam, forward berlebihan & mesej tidak berkaitan
⚠️ Tindakan Admin
Admin berhak memadam mesej, memberi peringatan atau mengambil tindakan sewajarnya demi keharmonian group
Budi Bicara Admin
Admin berhak menggunakan budi bicara untuk menilai dan mengambil tindakan terhadap sebarang kandungan yang dirasakan tidak sesuai, demi menjaga adab, keharmonian dan maslahat Alumni
![]() |
| Amachiam ??? |
Semoga group ini menjadi medium penyatuan bukan medan perpecahan untuk Alumni semua.








No comments:
Post a Comment