Friday, 4 July 2025

AKHIR ZAMAN

 


Satu per satu para ulama telah dipanggil oleh Allah swt. Sebenarnya, boleh dikatakan setiap hari kita mendengar pemergian para kekasih Allah. Ramai orang alim orang arifbillah sudah tiada. Tok-tok guru tua majoritinya sudah meninggal dunia. 


Maka, kita telah kehilangan rujukan agama yang benar. Maka oleh kerana itu, saya katakan zaman kekeliruan sudah tiba. Kekeliruan demi kekeliruan akan berlaku sehingga membawa dunia kembali kepada kejahilan. Walaupun teknologi semakin canggih dan hebat, namun pembawaan agama akan menjadi terasing.


Ditambah pula dengan gerakan gerakan yang menyeleweng yang cuba mengelirukan pegangan Ahlusunnah terutamanya dalam kalangan anak muda di Malaysia. Ini yang paling merisaukan saya dan kita semua. Jelas, zaman kekeliruan sudah tiba. Kita kehilangan para alim ulama yang benar-benar tegas menyampaikan risalah seperti Nabi Muhammad saw.


Di Arab Saudi ,sudah ramai ulama telah ditangkap dan dipenjarakan kerana tidak bersehaluan dengan kehendak kerajaan.Inilah realitinya untuk kita semua ketahui. 


Berkata Habib Abu Bakar al Adni, keadaan Umat manusia hari ini dalam zaman jahiliah kedua. Apa yang tak berlaku dizaman ini? Semua dosa umat terdahulu ada dizaman ini, jenis yang sembah berhala, jenis yang suka pasangan sejenis seperti umat Nabi Luth, jenis mengamalkan sihir dan syirik seperti Firaun, jenis zalim seperti Namrudz, jenis gila harta dan tamak haloba seperti Qarun, jenis yang menolak dan menentang kebenaran seperti Abu Jahal dan tidak lama lagi keluarlah yang jenis mengaku jadi tuhan dan itulah Dajjal.


Agama Islam yang sebenar yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW itu akan menjadi benar-benar terasing. Sekiranya ia cuba dimunculkan kembali, pasti 99.9% akan menolaknya. Hanya tinggal 0.1% sahaja yang berani menerima dan cabarannya begitu dahsyat sekali.


Di akhiruzzaman ini, perbanyakkan selawat dan istighfar. Jangan bercampur dengan urusan orang lain. Diam itu lebih baik. Biarkan diri kita sibuk untuk berkenal dengan Allah. 


Moga bermanfaat 

Aamiin🤲🤲🤲




------------------------------------------------------------------------------------


Apa Kita  Pelajari Dari Episod Iran dan Israel

Azad Jasmi l 28 Jun 2025

—————————

Saya menulis bukan dari posisi seorang jeneral, bukan dari lensa partisan politik atau simpati ideologi. Tetapi dari sudut seorang anak kampung yang prihatin, yang cuba menganalisis peristiwa geopolitik dengan mata hati dan minda intelektual.


Apabila Iran sebuah negara yang telah sekian lama dikenakan embargo dan sekatan mampu melancarkan serangan balistik dan UAV dalam bentuk serangan terkoordinasi terhadap negara paling kuat teknologinya di Timur Tengah, ini bukan sekadar berita sensasi. Ia adalah manifestasi kebangkitan negara berasaskan ILMU.


Mari kita singkap dengan tenang. Di TikTok, di Instagram, di media sosial kita disajikan dengan “influencer” yang memaparkan kekayaan, gaya hidup mewah, kereta mahal, beg tangan bernilai ribuan, dan percutian ke Maldives. Ini menjadi aspirasi anak muda kita. Ini juga menjadi kayu ukur kejayaan. Tetapi… cuba cari influencer dari Iran. Ada? Hampir tiada. Yang ada hanyalah negara yang senyap, namun menyimpan satu rahsia besar: ILMU.


Apabila Iran melancarkan serangan terhadap Israel  dunia tergamam. Bukan kerana skala peperangan. Tetapi kerana tahap presisi, koordinasi, dan keberkesanan sistem senjata yang mereka hasilkan sendiri. Bukan dibeli. Bukan disewa. Tetapi dibangunkan dari dalam negara sendiri.


Iran telah membina:


1. Peluru berpandu balistik (ballistic missiles) yang menempuh jarak antara benua.

2. Dron serangan jarak jauh (long-range UAVs) yang boleh dikawal dengan AI dan GPS tanpa isyarat luar.

3. Sistem radar dan pertahanan udara yang mampu menangkis serangan bertubi.

4. Pengkalan bawah tanah strategik yang dirancang melalui kejuruteraan pertahanan tahap tinggi.


Ini bukan perkara kecil. Ini adalah manifestasi ilmu kombinasi kejuruteraan, fizik, mekanikal, elektronik, AI dan sistem peperangan psiko-elektronik. Ini memerlukan penyelidikan bertahun-tahun, disiplin dalam R&D ketenteraan, dan kesungguhan membina kapasiti dalaman.


Dan bagi saya  di sinilah letaknya mesej yang patut menusuk dada para pemimpin Malaysia, para pendidik, pembuat dasar, para pembuat polisi negara,  anak muda Malaysia, dan institusi pengajian tinggi kita.


ANTARA ILMU DUNIAWI DAN ILMU STRATEGIK


Kita tidak kekurangan institusi pengajian tinggi. Kita punya universiti awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti. Tetapi apa yang diajar? Apa yang kita bentuk?


Adakah kita sekadar mencetak graduan untuk dunia pekerjaan sivil, atau kita membina “intellectual operatives” mereka yang mampu memahami taktik geopolitik, rekabentuk sistem pertahanan, dan strategi survival nasional dalam dunia multipolar ini?


Ilmu bukan lagi sekadar teori pengurusan, atau subjek pengantar ekonomi. Kita memerlukan ilmu kejuruteraan peperangan, teknologi ISR (Intelligence, Surveillance, Reconnaissance), kejuruteraan balistik, reka bentuk peluru berpandu (missile architecture), dan AI dalam warfare simulation. Ini bukan fantasi. Ini adalah doktrin pendidikan strategik. Lihat bagaimana Iran melakukannya.


 IRAN: UNIVERSITI YANG MENJADI “MILITARY-BRAIN ENGINE”


Universiti-universiti di Iran seperti Sharif University of Technology, Amirkabir University, dan University of Tehran tidak hanya menghasilkan jurutera petroleum dan doktor falsafah. Mereka juga menghasilkan arkitek kepada sistem pertahanan negara.


Setiap universiti utama mereka terikat kepada “Strategic National Objective” satu matlamat pembinaan negara yang merangkumi ketahanan ekonomi, ketahanan militer, dan ketahanan ideologi. Ini selari dengan konsep “Total Defence Strategy” yang menggabungkan elemen sivil dan ketenteraan.


UNIVERSITI DI MALAYSIA PERLU BERUBAH NARATIF ILMU


Kita di Malaysia masih terperangkap dalam naratif “graduate employability.” Kita masih mendidik agar pelajar “senang dapat kerja.” Tapi negara tidak maju kerana rakyat senang dapat kerja. Negara maju kerana rakyat mampu mencipta kerja yang belum wujud. Kita perlu mula mengajar subjek seperti:


i. Warfare Engineering & Defence Innovation

ii. Geopolitical Intell






No comments:

Post a Comment