1️⃣. Jangan mencari-cari kesalahan orang sehingga banyak kesalahan sendiri pun kita tidak sedar.
2️⃣. Jangan hina orang kerana Allah tidak pernah hina kita.
3️⃣. Jangan buka aib orang supaya Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.
4️⃣. Jangan meremehkan orang kerana Allah hargai setiap usaha hambaNya.
5️⃣. Jangan memburuk-burukkan orang. Mana tahu orang tersebut yang akan menolong kita sewaktu kita dalam kesusahan.
6️⃣. Jangan sakitkan hati orang kerana doa orang yang teraniaya itu makbul.
7️⃣. Jangan bangga dengan amal ibadah kita.
Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.
8️⃣. Jangan sombong dengan apa yang kita miliki kerana Allah boleh mengambilnya bila-bila masa.
9️⃣. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah memberi rezeki setiap orang itu berbeza-beza.
1️⃣0️⃣. Jangan sedih dengan kekurangan diri. Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
No comments:
Post a Comment