Sunday, 29 January 2023

Bosan Piang

 *BILA BOSAN BERBICARA*

Oleh FY Al Haj




Nama melayu saya Bosan. Nama English saya Boredom.

Saya bersifat emosi yang tak kelihatan tapi saya boleh dirasa dalam hati manusia.

Hakikatnya saya makhluk ciptaan Allah. Tahukan Allah yang mencipta segala di langit dan di bumi termasuklah anda dan saya.

Kalau Allah tak cipta saya maka tak ada manusia yang akan bosan di dunia ini.

Owh! Saya juga tak wujud dalam syurga. Sebab kalau saya wujud di sana pasti semua manusia akan bosan duduk dalam syurga selama-lamanya.


*FUNGSI DAN TUGAS SAYA*


Tugas saya ialah untuk membosankan manusia.

Saya tak bosankan matahari, angin, gunung, malaikat mahupun binatang dll. Itu bukan tugas saya.

Kalau matahari bosan maka mahu dia taknak bersinar pagi ni.

Kalau lembu bosan makan rumput maka apalah yang akan dimakannya pula.

Kalau malaikat maut bosan mau tak ada sesiapa yang dicabut nyawa hari ini.


Tak! Tak! Mereka semua tak pernah rasa bosan kerana mereka semua sama seperti saya patuh kepada perintah Allah dan buat apa sahaja yang disuruh tanpa soal.


Apapun memang tugas saya membosankan manusia.

Bila manusia diduga dengan saya makhluk bosan maka mereka buat memacam perkara antaranya ;


- Mereka buat itu ini, mereka pergi melancong, mereka berhubungan, mereka bersenam, berbasikal, ride, mereka bunjee jumping, mereka bersukan, main games, mereka karaoke, mereka pergi shopping dll.

- Lebih teruk lagi mereka pergi clubbing, mereka merokok, minum arak, hisap dadah, aktiviti seksual dan macam-macam lagi perkara yang dicipta untuk menghilangkan saya dari dalam hati mereka.







Sebenarnya anda manusia tak payah buat semua perkara tu. Ia akan hanya menghilangkan saya sementara sahaja. Hakikatnya hanya ada satu cara sahaja untuk menghilangkan saya dari hati 

para manusia sekelian.


Firman Allah SWT;


“Sesungguhnya HANYA dengan mengingati Allah hati akan tenteram.”


Surah Ar- Ra’d ayat 28


Ingatlah Allah, berzikir, bertasbih, bertahmid, mengaji Al Quran, solat, sentiasa ingat kepada Allah maka makhluk bernama tenteram atau tenang akan datang ke dalam hati anda mengambil alih tempat saya si bosan. Sebenarnya bukan saya sahaja tapi kawan-kawan saya juga antaranya makhluk tekanan atau stress, putus asa, resah gelisah, kecewa, geram, marah, sedih dan seangkatan dengannya semuanya akan keluar dan berpindah dan menetap dalam hati manusia yang lain pula.


Hati mereka yang melazimi ingatan kepada Allah dengan zikrullah akan menetap di dalamnya sifat tenang lagi tenteram, bahagia, lapang, tabah dan sifat-sifat mahmudah yang lain. Tiada tempat untuk saya dan kawan-kawan saya dalam hati mereka.


Hurm… Terpaksalah saya keluar dari hati anda dan pergi cari mangsa yang lain pula iaitu mereka-mereka yang tak ingat kepada Allah dan mereka-mereka yang percaya dengan kaedah dunia untuk menghilangkan saya si bosan… Biarlah mereka mengembara dan melancong ke seluruh dunia tapi saya akan tetap berada di hati mereka… Hawhawhaw…


Jom kita jadikan zikrullah satu kelaziman sepanjang kehidupan supaya kita punya hati yang sejahtera. Pemilik hati yang sejahtera bakal berada di dalam syurga… InshaAllah.


Nukilan, 

FY Al Haj

#mindaakhirat 


PS - Ini adalah antara pengisian dalam blog Minda Akhirat. Layari www.mindaakhirat.com untuk mendapatkan pengisian lengkap dan menyeluruh mengenainya.


PSS - Tolong viralkan yer… Biar ramai yang dapat manfaat ilmu Minda Akhirat ini. InshaAllah.


Nota tambahan ;

Makhluk lain gunung, pokok, binatang, malaikat dll semuanya bertasbih kepada Allah.

Wednesday, 25 January 2023

Selamat Tahun Baru 2023

 *Usia Semua Orang Hari Ini adalah 2023...❗* 





Tahukah Anda bahwa hari ini seluruh dunia memiliki usia yang sama..! Hari ini adalah hari yang sangat istimewa dan hanya terjadi sekali dalam seribu (1.000) tahun. 


Usia Anda + tahun lahir Anda, setiap orang = *2023*.


Sangat aneh bahkan para ahli tidak dapat menjelaskannya! Anda memeriksanya dan melihat apakah ini tahun 2023. Ini telah menunggu selama seribu tahun! 


Contoh: 

Saya berusia 69 tahun. Saya lahir pada tahun 1954. Jadi 69+1954= 2023


Gunakan usia Anda selama tahun ini. Contoh: 

Saya lahir pada tahun 1950 dan saya berusia 73 tahun - 1950 +73= 2023 


Sangat menarik. Magic kan Odeng....

Selamat mencoba...๐Ÿ’–

Warisan Madani

 TANAH AIR YANG TERGADAI.





Perjanjian Bangkok 1909...108 tahun dulu banyak Tanah Melayu terlepas kepada Siam.


Kelantan hilang Tak Bai, Kedah hilang Satun, Pulau Tarutao dan Wilayah Sadao, Perlis hilang Wilayah Pujo.


1965.....kita kehilangan Singapura.

2008.....kita kehilangan Pulau Batu Puteh

2011.....kita kehilangan Stesen KTM, Tanjong Pagar


Dan sekarang kita tidak hilang tanah kerana politik ataupun kerana perang...tapi kita jual.

Jual tanah sendiri ibaratkan kita menjual maruah bangsa kita.


Kita jual tanah TUDM Sg.Besi....

Kita jual tanah atas alasan pembangunan di Forest City... hak kekal.

Kita jual syarikat dan aset strategik negara kepada negara asing.


Kali ini kita dipaksa untuk menjual syarikat automotif nasional yang kita bangunkan daripada keringat dan darah anak bangsa kita...jual kepada bangsa asing... mungkin China.


Katanya kepentingan Proton di Tanjung Malim. 

Dan untuk makluman Proton Tanjung Malim ada 1,500 ekar tanah di Proton City milik Proton.


Betullah kata orang...kita menumpang di tanah sendiri.


Teringat kisah saudara Palestin kita... walaupun ditawarkan cek kosong, untuk diisikan sendiri jumlah yang mereka mahu, tidak sekali tanah sekangkang kera mereka lepaskan kepada Israel.


Tapi kita...


Tahukah..?


Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan hina. Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun. Dia tinggalkan istana dengan hati yang pilu. Dadanya sesak. 


Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra. Dia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dengan air mata. 


Melihat hal itu, ibunya berkata, Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa!


Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia. Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.


Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?


1. Cinta dunia

2. Meninggalkan dakwah dan jihad

3. Bergelumang dengan perkara-perkara dosa

4. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya

5. Jahil agama


Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, ketika itu barulah pemuda-pemuda Islam akan menangis... dan ibu2 mereka berkata, 


Menangislah seperti perempuan! engkau tidak menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa!


Maka bersiaplah wahai pemuda Islam.

Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia; game, lepak, FB yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya... Faktor kejatuhan itu akan berulang & selalu sama.


Wahai ibu & ayah bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna. 


Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak-anak muda, Jika kamu tidak dapat menjadi garam yang dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya. 

Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, jangan pula menjadi pengkhianat (penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya) 


Wallahul musta'an


Kongsi lah ya, saham akhirat... walaupun kita dah meninggal tapi orang2 lain share@ambil pengajaran dari kisah ni, kita tetap peroleh pahala……

BerPergian Seorang Seorang

 *SEORANG DEMI SEORANG PERGI*




Masa sekolah, suka tengok orang pergi kerja; tentu seronok jadi dewasa.


Masa dewasa dan belum berkeluarga; suka tengok kawan kawan berkahwin, hati tertanya bagaimana hidup berkeluarga. Kita pun akan tiba juga gilirannya.


Bila tengok kawan kawan berpindah, hati pun tertanya tanya bagaimana hidup di tempat baru. Akan tiba juga giliran kita.


Bila tengok kawan kawan menamatkan perkhidmatan, hati kita pun tertanya tanya bagaimana hidup selepas bersara, itu pun akan dilalui juga bila tiba gilirannya.


Dan sekarang bila seorang demi seorang pergi tidak kembali lagi ... kita pun tertanya-tanya, bagaimana hidup di alam sana. Cukupkah bekalan yang nak dibawa? Akan tiba juga giliran kita suatu hari nanti....


Semoga di usia berbaki, kita dapat membuat sebaik baik bekalan demi beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.


SEORANG DEMI SEORANG PERGI...KEPASTIAN DLM HIDUP...MARILAH KITA SAMA2 MENPERSIAPKAN BEKALAN UTK ALAM KUBUR DAN AKHIRAT KITA..


SEMOGA BERMENAFAAT

Contoh Ucapan Hari Ulangtahun Kelahiran

Sanah Helwah, 

Selamat Ulang Tahun , 

Barakallahu fii umrik ,

Happy Birthday ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’




*Si Polan bin Polan 2*


Ya *ุงَู„ู„ّู‡ُ*


๐Ÿ˜‡Muliakanlah dia, 

๐Ÿ’—Lapangkan Hatinya,

๐Ÿ‘ซ๐ŸปBahagia & tenangkan hatinya, 

๐Ÿ—บ️Luaskan Rezekinya Seluas Lautan yg Engkau Ciptakan. 

๐ŸŽกMudahkan Segala Urusannya, 

๐Ÿ‘จ๐Ÿป‍๐Ÿ’ผKabulkanlah doanya, 

๐ŸŒผPanjangkanlah umurnya, 

๐Ÿง˜๐Ÿป‍♂️Sihatkanlah tubuh badannya, 

๐ŸŒฟJauhkan dari Segala Penyakit.

๐Ÿš€ Jauhkan dari Segala Musibah,

๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ฆ Bahagiakan keluarganya, 

๐Ÿ•‹Serta Terimalah Amal Ibadahnya. 

๐Ÿ†Jayakanlah dia dgn cemerlang dlm kehidupannya di dunia dan akhirat. 

⛲Dan Kelak Jadikan dia sebagai Penghuni SyurgaMu...๐Ÿคฒ๐Ÿป❤️


ุขู…ู€ู€ูŠู†.ุขَู…ِูŠู€ٍู€ِู†ْ ุขَู…ِูŠู€ٍู€ِู†ْ ูŠَุข ุฑَุจَّ 

ุขู„ٌุนَุขู„َู…ِِูŠِู†ْ

Sunday, 22 January 2023

Kenangan Bersama

 Seumpama mimpi didalam mimpi.

Mercu tanda UoA, NZ

Mimpi 

Window shopping 

Malay Kiwi

Sheep Shearing

Kenangan Bersama.


Thursday, 19 January 2023

Selawat di Penghulu Hari

 *BERSELAWAT BERSUMBER HADIS SAHIH*




Marilah kita beramal dengan selawat2 yg diajarkan oleh nabi saw moga fadhilat hadis di atas diperolehi, insyaAllah 

Di dalam kitab hadis, telah disenaraikan ada 8 jenis lafadz selawat yang Sahih.


RUJUKAN DAN DALIL:-


1. Dari jalan Ka’ab bin ‘Ujrah


ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ูƒู…ุง ุตู„ูŠุช ุนู„ู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ุฅู†ูƒ ุญู…ูŠุฏ ู…ุฌูŠุฏ ุงู„ู„ู‡ู… ุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ูƒู…ุง ุจุงุฑูƒุช ุนู„ู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ุฅู†ูƒ ุญู…ูŠุฏ ู…ุฌูŠุฏ

“Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad kamaa shollaita ‘alaa ibroohiim wa ‘alaa aali ibroohiim innaka hamiidum majiid, Allaahumma baarik ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad kamaa baarokta ‘alaa ibroohiim wa ‘alaa aali ibroohiim innaka hamiidum majiid”.


“Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah bershalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkahilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia”


[SHAHIH, HR. Bukhari 4/118, 6/27, dan 7/156, Muslim 2/16, Abu Dawud no. 976, 977, 978, At Tirmidzi 1/301-302, An Nasa-i dalam “Sunan” 3/47-58 dan “Amalul Yaum wal Lailah” no 54, Ibnu Majah no. 904, Ahmad 4/243-244, Ibnu Hibban dalam “Shahih” nya no. 900, 1948, 1955, Al Baihaqi dalam “Sunanul Kubra” 2/148 dan yang lainnya]


2. Dari jalan Abu Humaid As Saa’diy


ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุฃุฒูˆุงุฌู‡ ูˆุฐุฑูŠุชู‡ ูƒู…ุง ุตู„ูŠุช ุนู„ู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ، ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุฃุฒูˆุงุฌู‡ ูˆุฐุฑูŠุชู‡ ูƒู…ุง ุจุงุฑูƒุช ุนู„ู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ، ุฅู†ูƒ ุญู…ูŠุฏ ู…ุฌูŠุฏ

Allaahumma sholli ‘alaa Muhammadin wa ‘alaa azwaajihi wa dzurriyyatihi kamaa shol laita ‘alaa ibroohiim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa ‘alaa azwaajihi wa dzurriyyatihi kamaa baarokta ‘alaa ibroohiim innaka hamiidum majiid.


“Ya Allah,berilah shalawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya,sebagaimana Engkau telah bershalawat kepada Ibrahim. Ya Allah, Berkahilah Muhammad dan isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi Ibrahim,Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia”


[SHAHIH, HR. Bukhari 4/118, 7/157, Muslim 2/17, Abu Dawud no. 979, An Nasa-i dalam “Sunan” nya 3/49, Ibnu Majah no. 905, Ahmad dalam “Musnad” nya 5/424, Baihaqi dalam “Sunanul Kubra” 2/150-151, Imam Malik dalam “Al Muwaththo’ 1/179 dan yang lainnya].


3. Dari jalan Abi Mas’ud Al Anshariy


ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ูƒู…ุง ุตู„ูŠุช ุนู„ู‰ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ูƒู…ุง ุจุงุฑูƒุช ุนู„ู‰ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ููŠ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู† ุฅู†ูƒ ุญู…ูŠุฏ ู…ุฌูŠุฏ

Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad kamaa shol laita ‘alaa aali ibroohiim ,wa baarik ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad kamaa baarokta ‘alaa aali ibroohiim fil ‘aalamiina innaka hamiidum majiid.


“Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah bershalawat kepada Ibrahim, dan berkahilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi keluarga Ibrahim atas sekalian alam, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia”


[SHAHIH, HR Muslim 2/16, Abu Dawud no. 980, At Tirmidzi 5/37-38, An Nasa-i dalam “Sunan” nya 3/45, Ahmad 4/118, 5/273-274, Ibnu Hibban dalam “Shahih” nya no. 1949, 1956, Baihaqi dalam “SUnanul Kubra” 2/146,dan Imam Malik dalam “AL Muwaththo’ (1/179-180 Tanwirul Hawalik Syarah Muwaththo'”]


4.Dari jalan Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al Anshariy (jalan kedua)


ู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ุงู„ู†ุจูŠ ุงู„ุฃู…ูŠ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ูƒู…ุง ุตู„ูŠุช ุนู„ู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ุงู„ู†ุจูŠ ุงู„ุฃู…ูŠ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ูƒู…ุง ุจุงุฑูƒุช ุนู„ู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ุฅู†ูƒ ุญู…ูŠุฏ ู…ุฌูŠุฏ

Allaahumma sholli ‘alaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa aali Muhammad kamaa shol laita ‘alaa ibroohiim wa ‘alaa aali ibroohiim, wa baarik ‘alaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa aali Muhammad kamaa baarokta ‘alaa ibroohiim wa ‘alaa aali ibroohiim innaka hamiidum majiid.

“Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi bershalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim.Dan berkahilah Muhammad Nabi yang ummi dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi keluarga Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia”


[SHAHIH, HR. Abu Dawud no. 981, An Nasa-i dalam “Amalul Yaum wal Lailah” no. 94, Ahmad dalam “Musnad” nya 4/119, Ibnu Hibban dalam “Shahih” nya no. 1950, Baihaqi dalam “Sunan” nya no 2/146-147, Ibnu Khuzaimah dalam “Shahih” nya no711, Daruquthni dalam “Sunan” nya no 1/354-355, Al Hakim dalam “Al Mustadrak” 1/268, dan Ath Thabrany dalam “Mu’jam Al Kabir” 17/251-252]


5. Dari jalan Abi Sa’id Al Khudriy


ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ุนุจุฏูƒ ูˆุฑุณูˆู„ูƒ ูƒู…ุง ุตู„ูŠุช ุนู„ู‰ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ูƒู…ุง ุจุงุฑูƒุช ุนู„ู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู…

Allaahumma sholli ‘alaa Muhammadin ‘abdika wa rosuulika kamaa shol laita ‘alaa aali ibroohiim, wa baarik ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad kamaa baarokta ‘alaa ibroohiim.

“Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad hambaMu dan RasulMu, sebagaimana Engkau telah bershalawat kepada Ibrahim. Dan berkahilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi Ibrahim”


[SHAHIH, HR Bukhari 6/27, 7/157, An Nasa-i 3/49, Ibnu Majah no. 903, Baihaqi 2/147, dan Ath Thahawiy dalam “Musykilul Atsaar” 3/73]


6. Dari jalan seorang laki2 shabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam


ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุฃู‡ู„ ุจูŠุชู‡ ูˆุนู„ู‰ ุฃุฒูˆุงุฌู‡ ูˆุฐุฑูŠุชู‡ ูƒู…ุง ุตู„ูŠุช ุนู„ู‰ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ุฅู†ูƒ ุญู…ูŠุฏ ู…ุฌูŠุฏ ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุฃู‡ู„ ุจูŠุชู‡ ูˆุนู„ู‰ ุฃุฒูˆุงุฌู‡ ูˆุฐุฑูŠุชู‡ ูƒู…ุง ุจุงุฑูƒุช ุนู„ู‰ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ุฅู†ูƒ ุญู…ูŠุฏ ู…ุฌูŠุฏ

Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa ‘alaa ahli baitihi wa ‘alaa azwaajihi wa dzurriyyatihi kamaa shollaita ‘alaa aali ibroohiim innaka hamiidum majiid , wa baarik ‘alaa Muhammad wa ‘alaa ahli baitihi wa ‘alaa azwaajihi wa dzurriyyatihi kamaa baarokta ‘alaa aali ibroohiim innaka hamiidum majiid.


“Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya dan istri-istrinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah bershalawat kepada Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkahilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan istri-istrinya dan keturunannya, sebagimana Engkau telah memberkahi Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia”


[SHAHIH, HR. Ahmad 5/347, Ini adalah lafazhnya, Ath Thowawiy dalam “Musykilul Atsaar” 3/74], dishahihkan oleh Al Albani dalam “Sifaat sahalat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam”, hal 178-179].


7. Dari jalan Abu Hurairah


ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆ ุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆ ุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ูƒู…ุง ุตู„ูŠุช ูˆุจุงุฑูƒุช ุนู„ู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ุฅู†ูƒ ุญู…ูŠุฏ ู…ุฌูŠุฏ

Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad wa baarik ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad, kamaa shollaita wa baarokta ‘alaa ibroohiim wa ‘alaa aali ibroohiim innaka hamiidum majiid.

“Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkahilah Muhammad dan keluarga Muhammad,sebagaimana Engkau telah bershalawat dan memberkahi Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia”


[SHAHIH, HR Ath Thowawiy dalam “Musykilul Atsaar” 3/75, An Nasa-i dalam “Amalul Yaum wal Lailah” no 47 dari jalan Dawud bin Qais dari Nu’aim bin Abdullah al Mujmir dari Abu Hurairah , Ibnul Qayyim dalam “Jalaa’ul Afhaam Fish Shalati Was Salaami ‘alaa Khairil Anaam (hal 13) berkata, “Isnad Hadist ini shahih atas syarat Syaikhaini (Bukhari dan Muslim), dan dishahihkan oleh Al Albani dalam “Sifaat sahalat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam”, hal 181 ]


8. Dari jalan Thalhah bin ‘Ubaidullah


ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆ ุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ูƒู…ุง ุตู„ูŠุช ุนู„ู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ูˆ ุนู„ู‰ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ุฅู†ูƒ ุญู…ูŠุฏ ู…ุฌูŠุฏ ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ู…ุญู…ุฏ ูˆ ุนู„ู‰ ุขู„ ู…ุญู…ุฏ ูƒู…ุง ุจุงุฑูƒุช ุนู„ู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ูˆ ุขู„ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ุฅู†ูƒ ุญู…ูŠุฏ ู…ุฌูŠุฏ

Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad kamaa shol laita ‘alaa ibroohiim wa ‘alaa aali ibroohiim innaka hamiidum majiid, wa baarik ‘alaa Muhammad wa ‘alaa aali Muhammad kamaa baarokta ‘alaa ibroohiim wa aali ibroohiim innaka hamiidum majiid.

“Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah bershalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkahilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkahi Ibrahim dan keluarga Ibrahim,sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia”.


[SHAHIH, HR. Ahmad 1/162, An Nasa-i dalam “Sunan: nya 3/48 dan “Amalul Yaum wal Lailah” no 48, Abu Nu’aim dalam “Al Hilyah” 4/373,semuanya dari jalan ‘Utsman bin Mauhab dari Musa bin Thalhah, dari bapaknya (Thalhah bin ‘Ubaidullah), dishahihkan oleh Al Albani].

Thursday, 5 January 2023

Kejayaan Sejati

 [1/6, 6:48 AM] M Minhat: Kejayaan sejati hanya berada dalam agama Allah.

Sejauh mana kita ikut perintah Dia

Dan

Sejauh mana kita jauhi larangan Nya.



[1/6, 7:06 AM] M Minhat: Dunia jematan Akhirat.

Jangan dikejar dunia sangat


[1/6, 7:07 AM] M Minhat: Kejayaan pada umur 55 adalah mampu mengeluarkan EPF pada masa nya.

Sunday, 1 January 2023

Yang hampir itu MATI

 Burung yg hebat terbang di udara, matinya dilanggar di daratan jua.



Ada org sakit barah, tapi matinya kerana lemas di sungai.


Ada org sakit jantung, tapi matinya kerana kemalangan.


Ada org kritikal 3 serangkai, tapi matinya kerana heart attack.




Ada org tua yg sakitnya dah lama, tapi anaknya yg baru 23 tahun mati dulu.


Ada org sihat bertenaga, tapi matinya kerana seekor nyamuk yg kecil.


Ada org rajin bersenam, tapi matinya kerana jatuh di rumah sendiri.


Ada org makan makanan berkhasiat, tapi sakit tak henti melanda.


Ada org jaga pantang pemakanan, tapi sebulan 3 kali wajib ke hospital sebab demam.


Ada org bersusah payah kumpul duit sampai puluh tahun, bila duit dah cukup rumah terbakar sekali dgn duit dlm rumahnya.


Kerana apa?


Kerana Allah dah tulis segalanya. 

Kerana kita hanyalah hamba.

Kerana Allah nak kita ingat pada-Nya.

Bahawa kuasa ditangan-Nya.


Jgn cakap besar, jgn riak, jgn lupa diri, jgn takabbur, jgn perlekehkan org lain. Kita semua hamba. 


Paling jangan ialah jangan putus asa dlm hidup. Ikhtiar & terus ikhtiar, usaha & terus usaha, biar apa org kata, biar apa doktor kata, biar apa yg kita rasa, kerana segalanya dgn izin Allah. Kun fayakun, keajaiban itu milik Allah.


Tiada istilah terlambat, kejarlah impian selagi mampu. Carilah rezeki selagi terdaya. Rebutlah akhirat kerana itu yg pasti. Pilihlah syurga kerana itu buatmu menang.


SELAMAT TINGGAL 2022

SELAMAT DATANG 2023