Ini lah jawapan Fatris Bakaram (bekas Mufti Singapura)
apabila ada orang ajukan pertanyaan;
'Takut Allah atau takut virus?'
Dia menjawab;
Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut
kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya.
Di antara perintahNya adalah;
1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan;
2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat;
3. Taat kepada perintahNya dan ajaran Rasul, yakni menyuruh
kita untuk mengelak dari wabak;
Maka, jika benar takut Allah
semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu
diambil.
Dia turut memberi nasihat;
Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan
membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan.
Ada yang berkata begini, “Kenapa nak takut, Virus itu juga
makhluk Tuhan?”
Beginilah :-
Pergilah berenang di sungai penuh buaya, redha kerana buaya
juga makhluk Tuhan;
Pergi ke lautan penuh dengan jerung, redha kerana jerung
juga makhluk Tuhan;
Pergi masuk hutan penuh dengan ular, redha kerana ular ialah
makhluk Tuhan;
Pergi lah ke zoo, masuk kandang singa, jangan takut dan
redha, singa juga makhluk Tuhan.
Firman Allah (bermaksud):
”Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195).
Firman-Nya juga (bermaksud):
”Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat
kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).
Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan
adalah tuntutan Islam.
Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan
diri. Nabi SAW ketika berbicara tentang Taun menyebut (bermaksud):
”Jika kamu mendengar Taun di sesuatu tempat, jangan kamu
pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ,
jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit
atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf
kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam
semasa wabak Taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar
hadis ini. .Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn
Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya
untuk berubat. Sabda Nabi SAW:
”Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya,
maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).
Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi
isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab
al-Syafie), kebanyakan Salaf dan keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam
hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu
perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya. Hadis-hadis ini juga
menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata:
“Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.
Semoga ada manfaat buat kita semua. Aamiinnn
🌹
Buat KAMU seluruh
sahabat JIWAku,
"UKHUWAH itu terbina atas ranting
kejujuran.Bertunjangkan mahabbah fillah... lalu membuahkan kemanisan ikatan..
JIKA terpesong... MAKA ibarat patahlah ranting,reputlah akar...lalu rosaklah
buah pokoknya.. teman tidak semestinya sentiasa dekat jaraknya,tetapi yang
sentiasa diingati dalam setiap bisikan DOANYA.
🌹✍🏻Semuga ALLAH
jua yang MEMBALASNYA.
Semuga semuanya dalam perlindungan ALLAH, dikurniakan ILMU,
AMAL, IMAN, UMUR serta REZKI yang lebih BAROKAH dan sihat dalam RAHMAT jua
REDHA Allah.*
○❁🍃🌹
Orang-orang yang beriman itu bersaudara.
Ruh-ruh yang saling menyapa dan berpeluk mesra.
Dengan iman yang sentiasa menyala.
Meski lisan belum saling sebut nama.
Dan tangan belum berjabat seeratnya.
Namun kita berhimpun di dalam doa.
Kita mungkin tak pernah berjumpa.
Terpisah oleh ruang dan masa.
Namun kita bersatu dalam doa.
Dalam iman kasih saudara.
لا إلـه إلا الـلٌٰــه مـحـمـد رسـول الـلٌٰـه
Memohon Pertimbangan Dato' Sri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
(YAB Menteri Besar Terengganu Darul Iman) untuk Terengganu kembali kepada PKPP.
Semoga YAB MB sentiasa diberkati dan dirahmati serta
diberikan kesembuhan yang segera untuk kembali bertugas seperti biasa.
Sejak hari pertama PBKB 2.0 dijalankan di Terengganu pada 9
November 2020, Terengganu tidak mencatatkan sebarang kes sehingga semalam 14
November 2020, Terengganu masih lagi tidak mencatatkan sebarang kes.
Bahkan, zon-zon yang dikategorikan sebagai oren juga telah
diklasifikasikan sebagai zon kuning yang mana keseluruhan kumulatif kes aktif
di Terengganu ialah 20 kes yang melibatkan daerah Dungun dan Marang sahaja.
YAB MB,
Sekalipun PKPB 2.0 tidak menghalang mana-mana aktiviti
ekonomi untuk bergerak. Tetapi kesannya masih lagi besar. Kedai dibuka, tapi
kurang pengunjung.
Bahkan, ramai yang memilih tutup lebih baik daripada buka
kerana kurangnya sambutan pelanggan.
Apabila pusat-pusat pendidikan juga ditutup, ia juga memberi
kesan kepada ibu bapa, penjaga, guru, pengusaha pusat asuhan dan pengendali
kelas-kelas pengajian.
Anak-anak yang tidak dapat keluar rumah 'terpaksa' menatap
skrin 24 jam, tekanan perasaan dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa dan banyak
lagi isu yang YAB MB arif dan maklum.
YAB MB,
Tiada keperluan rasanya disenarai panjang kesan-kesan besar
dan sampingan terhadap pelaksanaan PKPB 2.0 di Terengganu.
Mohon kepada pihak YAB MB untuk mengambil satu keputusan
dengan segera bagi memendekkan tempoh PKPB 2.0 ini dan kembali kepada PKPP yang
dilaksanakan sebelum ini.
Perhatian pihak YAB MB, ahli-ahli MMKN serta MKN adalah satu
perkara yang sangat dihargai.
Sekali lagi, mohon pertimbangan YAB MB dan pihak yang
berautoriti
Wan Makhtar Al Rahmati
YPDA Kusza Co
Kepada
Menteri Pendidikan
Menteri Pengajian Tinggi
PEMBELAJARAN ONLINE YANG KELIHATAN MULAI GAGAL
1) Norma baharu menjadikan sistem perniagaan, sosial hatta
pendidikan dan pembelajaran mula diubah kepada sistem online secara agresif.
Tidak hairan golongan yang berfikirah teori konspirasi menganggap Covid19
adalah konspirasi untuk mendigitalkan semua bentuk interaksi dan merancakkan
penggunaan teknologi IoT dan 5G.
2) Dalam kerancakan membudayakan pengajian dan pembelajarn
online, pastilah akan ada pihak yang akan tertinggal jauh ke belakang.
Pelajar-pelajar di kawasan pedalaman ada yang tidak punyai komputer atau laptop,
dan akses internet yang teruk menyebabkan berlakunya gap dalam pembelajaran
antara kawasan pedalaman dan bandar.
3) Dari sudut pendidik seperti guru, mereka perlu mendalami
ilmu teknologi IoT, software untuk pembelajarn, software untuk video conferencing,
dan beberapa kepakaran lain lagi untuk membolehkan penyampaian ilmu dan
pembalajaran dalat dibuat dengan efektif.
4) Bahkan di peringkat universiti juga ada masalah
tersendiri. Para pensyarah mula merungut mengenai pengajian secara online.
Mereka mula skeptikal apakah penyampaian online mereka difahami oleh para
siswazah online? Bagaimana mereka mahu akses kefahaman pelajar mereka secara
online?
5) Jika pembelajaran manual bersemuka sebelum ini, mereka
boleh akses dengan memberikan kerja kursus, assignment, quiz dan ujian. Tetapi
sepanjang pembelajaran online, mereka mendapati semua bentuk assignment, ujian
dan kuiz, sangat tidak efektif.
6) Para pensyarah bersusah payah menggunakan masa dan tenaga
untuk memikirkan soalan ujian dan kuiz untuk menguji kefahaman pada sudut
tertentu, tetapi para pelajar hanya mengambil masa tak sampai 5 minit untuk
menjawab soalan assignment dan ujian - dengan bantuan Google sahaja.
7) What's the point untuk terus berikan assignment dan ujian
jika studnet lebih cekap mengGoogle mendapatkan jawapan. Jawapan itu tidak
boleh menjadi kayu ukur untuk pensyarah mengetahui tahap kefahaman pelajarnya.
Bukan sahaja ujian dan kuiz, bahkan peperiksaan akhir juga sangat tidak efektif
jika dibuat online.
8 ) Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi perlu
hadap benda ini mencari solusi. Ekonomi, ekonomi juga. Politik, politik juga.
Untuk survival anak-anak generasi pada zaman mereka kelak, mereka harus
diberikan pendidikan yang yerbaik pada hari ini. Pendidikan adalah pelaburan
jangka panjang untuk kemajuan, keharmonian dan kedaulatan sesebuah negara.
Sekian
Gambar hiasan: Contoh bagaimana pensyarah bertungkus lumus
buat kerja, studentnya menGoogle saja kerja buat pensyarahnya.
Wan Makhtar ArRahmati
YDPA Kusza Co
20/11/2020
Pernah seorang sahabat Nabi s.a.w iaitu Utsman bin Abul Ash
Ats-Tsaqafi datang berjumpa Nabi s.a.w lalu beliau mengadu tentang penyakit yg
terlalu lama ia hadapi sejak dia masuk Islam. Lalu kata Nabi s.a.w kpd sahabat
itu :
" Letakkan tanganmu pada bahagian tubuhmu yang sakit,
kemudian bacalah bismillah (dengan nama Allah) sebanyak tiga kali, kemudian
bacalah doa berikut ini sebanyak tujuh kali:
أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
A'u dzhu billahi wa qudratihi min sharri ma ajidu wa 'uha
dzir.
Terjemahan: “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya
dari keburukan (penyakit) yang aku dapatkan dan aku khawatirkan.” (7X.)
Kata Utsman bin Abul Ash Ats-Tsaqafi, “Aku pun mengerjakan
pesan Nabi s.a.w sehingga Allah menghilangkan penyakitku. Maka aku senantiasa
memerintahkan pesan tersebut kepada keluargaku dan orang-orang lain.” (HR.
Muslim no. 2202, Abu Daud no. 3891, Tirmidzi no. 2080, An-Nasai dalam As-Sunan
Al-Kubra no. 7546, Ahmad no. 16268 dan Ibnu Hibban no. 2965)
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ
وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ
اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami, pasangan
hidup dan anak2 kami, zuriat dan keturunan kami, guru2 kami, sahabat2 kami,
jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara2 seIslam kami…
Ya Allah..
Jadikanlah hari ini
bg kami lebih baik drpd semalam…
Ya Allah..
Jika hari ini ada diantara kami..
Yang sedang sakit,
Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah…
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezeki
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Karena hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di
antara kami
Yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan
menghadapi ujian-Mu…
Mohon Kuatkanlah dia utk dapat bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu.
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kemudahan..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya Allah..
Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa
tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang
tidak disengaja..
Bukakanlah pintu hatinya..
Agar memaafkan kami.
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا
لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Kalau kita dapat hidup hingga 70 tahun, itu maknanya hanya
tinggal sekitar 10 tahun lagi.
Kerana pada hari² yang tersisa ini ada waktu2nya kita jatuh
sakit.
Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi
sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun juga tidak ada yang dapat dibawa,
maka kita tidak usahlah terlalu berhemat.
Wang yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang
dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah,
lakukanlah segera.
Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia"
yang akan terjadi setelah kematian.
Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak
dapat lagi merasakan segala pujian & kritikan orang lain.
Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak2. Anak cucu
kita mempunyai rezeki mereka masing2.
Setelah mereka mempunyai anak, biarkanlah mereka mengurus
sendiri atau menggunakan wang mereka sendiri untuk membayar mengurus anak2
mereka.
Jangan biarkan mereka merampas lagi hak kesehatan, hak
istirehat, hak kesenangan & hak liburan orang tuannya.
Jangan terlalu banyak berharap pada anak2 kita. Anak yang
berbakti, sememangnya memiliki niat untuk berbakti.
Tetapi kerana pekerjaannya terlalu sibuk, apalagi jika
bekerja di bandar2 besar, maka tidak juga
akan dapat membantu kita.
Apatah lagi anak yang tidak berbakti, sewaktu kita masih
hidup saja sudah bikin kita susah.
Anak2 sebegini beranggapan bahwa jika harta kita berikan
kepada mereka itu adalah suatu hal yg wajar. Tapi pd masa yg sama, wang mereka
bukanlah wang kita.
Jika kita ingin minta wang kepada mereka dah tentu tidak
mudah bukan?
Kita yang berusia 60 tahun atau lebih, jangan lagi
menukarkan kesehatan kita dengan benda lain.
Kerana pd saat ini, belum tentu kita dapat membeli kesehatan dengan
harta benda & wang ringgit kita.
Mencari wang sampai bila?
Dalam sehari, kita hanya dapat makan 3 pinggan saja. Walau
pun mungkin kita memiliki banyak rumah, untuk tidur di malam hari kita hanya
perlukan ruang tempat sekadar 2 setengah meter saja. Maka cukup makan, cukup
wang.... ya sudahlah.
Ini yang Lebih Penting! :
Kita harus menjalani sisa hidup ini dengan bahagia serta
gembira, meskipun setiap keluarga mem bpunyai problem rumah tangga
masing-masing.
Kita jangan lagi berebut nama & kedudukan dengan orang
lain, memikirkan bagaimana masa depan anak cucu kita & hal2 lain.
Tetapi cukup sekadar membandingkan dengan orang lain bahawa
siapa antara kita yang hidupnya lebih gembira, lebih bahagia.
Untuk hal yang tidak
mampu kita ubah, janganlah terlalu dicemaskan... kerana cemas juga tidak
ada gunanya, malah akan mempengaruhi kesehatan diri kita.
Jika setiap hari berlalu dengan kita mencari kesenangan
sendiri, setiap hari kita pasti dapat menjalani hidup ini dengan perasaan
gembira.
Berlalunya sehari dlm hidup kita, maka berkuranglah sehari
lagi. Bergembiralah sehari, maka untunglah kita sehari lagi.
Memiliki semangat yang tinggi maka penyakit dapat
disembuhkan, insya Allah.
Suasana hati yang gembira, olahraga secukupnya (senam ringan, jalan pagi,
berbasikal etc), sering terkena sinar matahari, makan jenis makanan yang
berkhasiat (perbanyak sayuran & buahan), menyerap bermacam2 vitamin &
sedikit elemen logam yang seimbang, diharapkan dapat tetap hidup sehat sampai
20, 30 tahun lagi, insya Allah.
(Kiriman dari sahabat, seorang doktor).
Elok jugalah diforward kpd
teman2 seusia.
-----------------------
No comments:
Post a Comment