Monday, 31 October 2022

Sedikit lebih baik dari takde langsung

 *11 BERITA GEMBIRA UNTUK "KAKI SURAU ATAU MASJID"*



*"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu tersentuh sekali perkongsian kali ini. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;*


1👉Rasulullah berpesan: 

"Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). "

 (Riwayat Ibn Majah)


2👉Rasulullah bersabda:

 "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik."

 (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)


3👉Rasulullah bersabda:

 "Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." 

(Riwayat Ibn Majah)



4👉Rasulullah bersabda:

 "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:

i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.

ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.

iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. 

(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)


5👉Rasulullah bersabda: 

"Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat."

 (Riwayat Muslim)



6👉Rasulullah bersabda: 

"Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid."

 (Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."


7👉Rasulullah bersabda:

 "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." 

(Riwayat al-Tirmizi)


8👉Rasulullah bersabda: 

"Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." 

(Riwayat al-Tirmizi)


9👉Rasulullah bersabda: 

"Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan." 

(Riwayat al-Baihaqi)


10👉Rasulullah bersabda: 

"Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." 

(Riwayat Ahmad)


11👉Allah berfirman:

 "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)

Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa." (Al-Hujurat 49: 13)


"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."

(Riwayat Abu Dawud)


*Sampaikan walau sepotong ayat, moga bermanfaat.*

Friday, 28 October 2022

Kepimpinan Melalui Tauladan

 🏡Dikisahkan ada seorang Raja yang sedang termenung melihat taman di depan istananya.



Ia gelisah kerana tak pernah merasakan ketenangan dan sulit sekali menemukan kebahagiaan...


Kesihatannya menurun, dia mulai susah tidur kerana beban fikiran yang mengganggu..

padahal selama ini ia tidur didalam kamar yang mewah dan tilam yang empuk.



Ditengah lamunannya, sang raja melihat seorang tukang kebun yang sedang bekerja sambil tertawa. 

Setiap hari ia datang dengan senyuman dan pulang dengan keceriaan. Gajinya hanya cukup makan dan rumahnya pun begitu sederhana.

Tak pernah tampak kesedihan di wajahnya. 

Saat dia pulang keluarganya telah menunggu dengan hidangan makan yang seadanya dan keluarga kecil ini pun makan dengan bahagia..


Raja pun hairan melihat orang ini. 

Ia memanggil penasihatnya dan bertanya, 

“Hai penasihatku,

telah lama aku hidup ditengah kegelisahan sedangkan aku memiliki segalanya. Tapi aku sungguh hairan melihat tukang kebun itu. Tak pernah tampak kesedihan di wajahnya, kadang2 ia tertidur di bawah rendangnya pohon, seperti tak ada beban dalam hidupnya, padahal ia tidak memiliki apa2.. !”


Si penasihat tersenyum dan berkata, 

*“Semuanya ditentukan dengan formula 99.* 

Bila tukang kebun itu terkena formula ini, maka hidupnya akan gelisah dan ia tak akan boleh tidur.”


“Apa yang kau maksud dengan formula 99..?” 

tanya raja.



“Besok malam perintahkan perajurit untuk menghantarkan hadiah kepadanya. Sediakan satu kotak wang dan tulislah 100 Dinar. Namun isi lah kotak itu dengan 99 dinar saja...”


Raja pun menuruti saran dari penasihatnya. 

Ketika hari mulai gelap, perajurit mengetuk pintu rumah tukang kebun ini dengan membawa hadiah.


Si tukang kebun membuka pintu rumahnya dan terkejut melihat perajurit membawa kotak hadiah.


“Ini hadiah dari raja untukmu.” 

kata si perajurit.


“Ya, sampaikan terima kasihku kepada raja.”

jawab tukang kebun sambil kegirangan melihat kotak dgn tulisan 100 dinar. 


Belum pernah ia memiliki wang sebanyak itu.

Ia segera membawa masuk kotak itu dan menghitungnya bersama keluarga. Namun anehnya, jumlah wang didalam kotak itu hanya 99 dinar. Dia pun menghitung semula, tapi tetap jumlahnya 99.. 


Dia yakin, pasti ada wang yang jatuh. 

Dia mencari2 di-sekitar pintu, tapi tak menemukan apa2.. 

Akhirnya dia mencuba untuk menelusuri sepanjang jalan menuju istana.

Semalaman ia mencari, tapi tetap tidak menemukan apa2..


Matahari mulai terbit, raja beserta penasihatnya menanti tukang kebun ini. 


Tak berapa lama dia datang dengan wajah yang masam dan berkerut...


Raja pun terkejut dan bertanya kepada penasihatnya, 

“Apa yang terjadi..?

biasanya dia datang tidak dengan wajah seperti in...!”


Penasihat raja menjawab, 

“Duhai raja, begitulah kehidupan.. kita memiliki banyak hal namun kita mencari yang tidak kita miliki.

Orang ini mendapatkan 99 dinar secara percuma, namun ia sibuk mencari 1 dinar yang hilang..!”


Munculnya kegelisahan hati kerana kita mencari sesuatu yang tidak kita miliki, sementara kita tidak pernah mensyukuri banyaknya anugerah yang kita punya..!


Kisah ini memberi pelajaran yang sangat berharga bahawa nikmat ALLAH telah dicurahkan begitu banyak kepada kita, namun kita sibuk menanti sesuatu yang belum datang.. 


ALLAH SWT berfirman,


لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


"Demi sesungguhnya.. Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras..".

(QS Ibrahim:7)


Bila kita selalu sibuk mencari sesuatu yang tidak kita miliki, maka kita tidak akan punya waktu untuk menikmati kenikmatan yang sudah kita miliki...


Maka, janganlah kita sibuk mencari sesuatu yang hilang, namun lupa dengan 99 kenikmatan yang ada di depan mata...


Salam Ukhwah

Selamat bersama keluarga di hujung minggu - - tazkirah jumaat.... 👌👌👌

Tuesday, 25 October 2022

Hari Sukan Negara 2022

 Ahmad Ikhwan Bin Mohamad

Hari Sukan Negara 2022

8 Oktober 2022

Dewan Melati 2

Perbadanan PutraJaya





Perbadanan Putrajaya

Ahmad Ikhwan Mohamad, Kuala Lumpur

Sijil Penghargaan

Monday, 24 October 2022

Sedikit Nasihat

 


Ini lah jawapan Fatris Bakaram (bekas Mufti Singapura) apabila ada orang ajukan pertanyaan;

 

'Takut Allah atau takut virus?'

 

Dia menjawab;

 

Manusia perlu takut kepada Allah, dan di antara bukti takut kepada Allah adalah mematuhi segala perintahNya.

 

Di antara perintahNya adalah;

 

1. Mensyukuri nikmat nyawa, tubuh badan dan kesihatan;

 

2. Memelihara kesihatan, nyawa dan hal mudarat;

 

3. Taat kepada perintahNya dan ajaran Rasul, yakni menyuruh kita untuk mengelak dari wabak;

 

Maka, jika benar takut Allah  semua langkah untuk mengelakkan diri dari terkena jangkitan perlu diambil.

 

Dia turut memberi nasihat;

 

Takut kepada Allah memerlukan kewarasan akal, bukan dengan membutakan mata hati atau membekukan otak yang dikurniakan tuhan.

 

Ada yang berkata begini, “Kenapa nak takut, Virus itu juga makhluk Tuhan?”

 

Beginilah :-

 

Pergilah berenang di sungai penuh buaya, redha kerana buaya juga makhluk Tuhan;

 

Pergi ke lautan penuh dengan jerung, redha kerana jerung juga makhluk Tuhan;

 

Pergi masuk hutan penuh dengan ular, redha kerana ular ialah makhluk Tuhan;

 

Pergi lah ke zoo, masuk kandang singa, jangan takut dan redha, singa juga makhluk Tuhan.

 

Firman Allah (bermaksud):

 

”Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.”  (Surah Al-Baqarah, ayat 195).

 

Firman-Nya juga (bermaksud):

 

”Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).

 

Dalam erti kata lain, menyelamatkan diri dari kemusnahan adalah tuntutan Islam.

 

Dilarang menghampiri sebab-sebab yang membawa kemusnahan diri. Nabi SAW ketika berbicara tentang Taun menyebut (bermaksud):

 

”Jika kamu mendengar Taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 

Hadis ini mengajar tentang tindakan kuarantin agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak Taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini. .Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

 

Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi SAW:

 

”Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

 

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafie), kebanyakan Salaf dan keseluruhan Khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya. Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”.

 

Semoga ada manfaat buat kita semua. Aamiinnn

 

 


 

🌹

 Buat KAMU seluruh sahabat JIWAku,

"UKHUWAH itu terbina atas ranting kejujuran.Bertunjangkan mahabbah fillah... lalu membuahkan kemanisan ikatan.. JIKA terpesong... MAKA ibarat patahlah ranting,reputlah akar...lalu rosaklah buah pokoknya.. teman tidak semestinya sentiasa dekat jaraknya,tetapi yang sentiasa diingati dalam setiap bisikan DOANYA.

 

🌹✍🏻Semuga ALLAH jua yang MEMBALASNYA.

Semuga semuanya dalam perlindungan ALLAH, dikurniakan ILMU, AMAL, IMAN, UMUR serta REZKI yang lebih BAROKAH dan sihat dalam RAHMAT jua REDHA Allah.*

 

❁🍃🌹

Orang-orang yang beriman itu bersaudara.

Ruh-ruh yang saling menyapa dan berpeluk mesra.

Dengan iman yang sentiasa menyala.

Meski lisan belum saling sebut nama.

Dan tangan belum berjabat seeratnya.

Namun kita berhimpun di dalam doa.

 

Kita mungkin tak pernah berjumpa.

Terpisah oleh ruang dan masa.

Namun kita bersatu dalam doa.

Dalam iman kasih saudara.

 

لا إلـه إلا الـلٌٰــه مـحـمـد رسـول الـلٌٰـه

 

 


Memohon Pertimbangan Dato' Sri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (YAB Menteri Besar Terengganu Darul Iman) untuk Terengganu kembali kepada PKPP.

 

Semoga YAB MB sentiasa diberkati dan dirahmati serta diberikan kesembuhan yang segera untuk kembali bertugas seperti biasa.

 

Sejak hari pertama PBKB 2.0 dijalankan di Terengganu pada 9 November 2020, Terengganu tidak mencatatkan sebarang kes sehingga semalam 14 November 2020, Terengganu masih lagi tidak mencatatkan sebarang kes.

 

Bahkan, zon-zon yang dikategorikan sebagai oren juga telah diklasifikasikan sebagai zon kuning yang mana keseluruhan kumulatif kes aktif di Terengganu ialah 20 kes yang melibatkan daerah Dungun dan Marang sahaja.

 

YAB MB,

 

Sekalipun PKPB 2.0 tidak menghalang mana-mana aktiviti ekonomi untuk bergerak. Tetapi kesannya masih lagi besar. Kedai dibuka, tapi kurang pengunjung.

 

Bahkan, ramai yang memilih tutup lebih baik daripada buka kerana kurangnya sambutan pelanggan.

 

Apabila pusat-pusat pendidikan juga ditutup, ia juga memberi kesan kepada ibu bapa, penjaga, guru, pengusaha pusat asuhan dan pengendali kelas-kelas pengajian.

 

Anak-anak yang tidak dapat keluar rumah 'terpaksa' menatap skrin 24 jam, tekanan perasaan dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa dan banyak lagi isu yang YAB MB arif dan maklum.

 

YAB MB,

 

Tiada keperluan rasanya disenarai panjang kesan-kesan besar dan sampingan terhadap pelaksanaan PKPB 2.0 di Terengganu.

 

Mohon kepada pihak YAB MB untuk mengambil satu keputusan dengan segera bagi memendekkan tempoh PKPB 2.0 ini dan kembali kepada PKPP yang dilaksanakan sebelum ini.

 

Perhatian pihak YAB MB, ahli-ahli MMKN serta MKN adalah satu perkara yang sangat dihargai.

 

Sekali lagi, mohon pertimbangan YAB MB dan pihak yang berautoriti

 

Wan Makhtar Al Rahmati

YPDA Kusza Co

 

 


Kepada

Menteri Pendidikan

Menteri Pengajian Tinggi

 

 

PEMBELAJARAN ONLINE YANG KELIHATAN MULAI GAGAL

 

 

1) Norma baharu menjadikan sistem perniagaan, sosial hatta pendidikan dan pembelajaran mula diubah kepada sistem online secara agresif. Tidak hairan golongan yang berfikirah teori konspirasi menganggap Covid19 adalah konspirasi untuk mendigitalkan semua bentuk interaksi dan merancakkan penggunaan teknologi IoT dan 5G.

 

2) Dalam kerancakan membudayakan pengajian dan pembelajarn online, pastilah akan ada pihak yang akan tertinggal jauh ke belakang. Pelajar-pelajar di kawasan pedalaman ada yang tidak punyai komputer atau laptop, dan akses internet yang teruk menyebabkan berlakunya gap dalam pembelajaran antara kawasan pedalaman dan bandar.

 

3) Dari sudut pendidik seperti guru, mereka perlu mendalami ilmu teknologi IoT, software untuk pembelajarn, software untuk video conferencing, dan beberapa kepakaran lain lagi untuk membolehkan penyampaian ilmu dan pembalajaran dalat dibuat dengan efektif.

 

4) Bahkan di peringkat universiti juga ada masalah tersendiri. Para pensyarah mula merungut mengenai pengajian secara online. Mereka mula skeptikal apakah penyampaian online mereka difahami oleh para siswazah online? Bagaimana mereka mahu akses kefahaman pelajar mereka secara online?

 

5) Jika pembelajaran manual bersemuka sebelum ini, mereka boleh akses dengan memberikan kerja kursus, assignment, quiz dan ujian. Tetapi sepanjang pembelajaran online, mereka mendapati semua bentuk assignment, ujian dan kuiz, sangat tidak efektif.

 

6) Para pensyarah bersusah payah menggunakan masa dan tenaga untuk memikirkan soalan ujian dan kuiz untuk menguji kefahaman pada sudut tertentu, tetapi para pelajar hanya mengambil masa tak sampai 5 minit untuk menjawab soalan assignment dan ujian - dengan bantuan Google sahaja.

 

7) What's the point untuk terus berikan assignment dan ujian jika studnet lebih cekap mengGoogle mendapatkan jawapan. Jawapan itu tidak boleh menjadi kayu ukur untuk pensyarah mengetahui tahap kefahaman pelajarnya. Bukan sahaja ujian dan kuiz, bahkan peperiksaan akhir juga sangat tidak efektif jika dibuat online.

 

8 ) Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi perlu hadap benda ini mencari solusi. Ekonomi, ekonomi juga. Politik, politik juga. Untuk survival anak-anak generasi pada zaman mereka kelak, mereka harus diberikan pendidikan yang yerbaik pada hari ini. Pendidikan adalah pelaburan jangka panjang untuk kemajuan, keharmonian dan kedaulatan sesebuah negara.

 

Sekian

 

Gambar hiasan: Contoh bagaimana pensyarah bertungkus lumus buat kerja, studentnya menGoogle saja kerja buat pensyarahnya.

 

Wan Makhtar ArRahmati

YDPA Kusza Co

20/11/2020

 

 


Pernah seorang sahabat Nabi s.a.w iaitu Utsman bin Abul Ash Ats-Tsaqafi datang berjumpa Nabi s.a.w lalu beliau mengadu tentang penyakit yg terlalu lama ia hadapi sejak dia masuk Islam. Lalu kata Nabi s.a.w kpd sahabat itu :

 

 

" Letakkan tanganmu pada bahagian tubuhmu yang sakit, kemudian bacalah bismillah (dengan nama Allah) sebanyak tiga kali, kemudian bacalah doa berikut ini sebanyak tujuh kali:

 

 

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

A'u dzhu billahi wa qudratihi min sharri ma ajidu wa 'uha dzir.

 

 

Terjemahan: “Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan (penyakit) yang aku dapatkan dan aku khawatirkan.” (7X.)

 

 

Kata Utsman bin Abul Ash Ats-Tsaqafi, “Aku pun mengerjakan pesan Nabi s.a.w sehingga Allah menghilangkan penyakitku. Maka aku senantiasa memerintahkan pesan tersebut kepada keluargaku dan orang-orang lain.” (HR. Muslim no. 2202, Abu Daud no. 3891, Tirmidzi no. 2080, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubra no. 7546, Ahmad no. 16268 dan Ibnu Hibban no. 2965)

 

 

 


 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

 

Ya Allah, ampunilah dosa kami, kedua ibubapa kami, pasangan hidup dan anak2 kami, zuriat dan keturunan kami, guru2 kami, sahabat2 kami, jiran tetangga kami, masyarakat dan saudara2 seIslam kami…

 

Ya Allah..

Jadikanlah hari  ini bg kami lebih baik drpd semalam…

Ya  Allah..

Jika hari ini ada diantara kami..

Yang sedang sakit,

Mohon angkatlah penyakitnya ya Allah…

Berikanlah kesembuhan untuknya..

Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

 

Ya Allah..

Jika hari ini ada di antara kami,

Yang kesulitan rezeki

Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..

Karena hanya Engkau Yang Maha Pemberi Rezeki..

 

Ya Allah..

Jika hari  ini ada di antara kami

Yang hatinya sedang susah dan bersedih, dalam menerima dan menghadapi ujian-Mu…

Mohon Kuatkanlah dia utk dapat bertahan dan bersabar..

Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu.

 

Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..

Setelah kesusahan ada kemudahan..

 

Ya Allah..

Jika hari ini ada di antara kami

yang sedang ada benih-benih sakit hati di hatinya..

Sombong, iri hati, dengki dan dusta..

Mohon bersihkan dan sucikanlah ia ya Allah..

 

Ya Allah..

Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..

Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa tersakiti dan terzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengaja..

Bukakanlah pintu hatinya..

Agar memaafkan kami.

 

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

 

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

 

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

 

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

 

 


Kalau kita dapat hidup hingga 70 tahun, itu maknanya hanya tinggal sekitar 10 tahun lagi.

Kerana pada hari² yang tersisa ini ada waktu2nya kita jatuh sakit.

 

Oleh kerana hari yang tersisa tidak banyak lagi, apatah lagi sewaktu kita meninggalkan dunia ini, apapun juga tidak ada yang dapat dibawa, maka kita tidak usahlah terlalu berhemat.

 

Wang yang memang harus dikeluarkan keluarkanlah. Apa yang dapat dinikmati, nikmatilah. Jika memiliki niat untuk beramal ibadah, lakukanlah segera.

 

Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan "dunia" yang akan terjadi setelah kematian.

 

Kerana saat kita telah di dalam tanah, kita sudah tidak dapat lagi merasakan segala pujian & kritikan orang lain.

 

Tak usah terlalu banyak memikirkan urusan anak2. Anak cucu kita mempunyai rezeki mereka masing2.

 

Setelah mereka mempunyai anak, biarkanlah mereka mengurus sendiri atau menggunakan wang mereka sendiri untuk membayar mengurus anak2 mereka.

 

Jangan biarkan mereka merampas lagi hak kesehatan, hak istirehat, hak kesenangan & hak liburan orang tuannya.

 

Jangan terlalu banyak berharap pada anak2 kita. Anak yang berbakti, sememangnya memiliki niat untuk berbakti.

 

Tetapi kerana pekerjaannya terlalu sibuk, apalagi jika bekerja di bandar2 besar, maka tidak juga  akan dapat membantu kita.

 

Apatah lagi anak yang tidak berbakti, sewaktu kita masih hidup saja sudah bikin kita susah.

 

Anak2 sebegini beranggapan bahwa jika harta kita berikan kepada mereka itu adalah suatu hal yg wajar. Tapi pd masa yg sama, wang mereka bukanlah wang kita.

 

Jika kita ingin minta wang kepada mereka dah tentu tidak mudah bukan?

 

Kita yang berusia 60 tahun atau lebih, jangan lagi menukarkan kesehatan kita dengan benda lain.  Kerana pd saat ini, belum tentu kita dapat membeli kesehatan dengan harta benda & wang ringgit kita.

 

Mencari wang sampai bila?

 

Dalam sehari, kita hanya dapat makan 3 pinggan saja. Walau pun mungkin kita memiliki banyak rumah, untuk tidur di malam hari kita hanya perlukan ruang tempat sekadar 2 setengah meter saja. Maka cukup makan, cukup wang.... ya sudahlah.

 

Ini yang Lebih Penting! :

 

Kita harus menjalani sisa hidup ini dengan bahagia serta gembira, meskipun setiap keluarga mem bpunyai problem rumah tangga masing-masing.

 

Kita jangan lagi berebut nama & kedudukan dengan orang lain, memikirkan bagaimana masa depan anak cucu kita & hal2 lain.

Tetapi cukup sekadar membandingkan dengan orang lain bahawa siapa antara kita yang hidupnya lebih gembira, lebih bahagia.

 

Untuk hal yang tidak  mampu kita ubah, janganlah terlalu dicemaskan... kerana cemas juga tidak ada gunanya, malah akan mempengaruhi kesehatan diri kita.

 

Jika setiap hari berlalu dengan kita mencari kesenangan sendiri, setiap hari kita pasti dapat menjalani hidup ini dengan perasaan gembira.

 

Berlalunya sehari dlm hidup kita, maka berkuranglah sehari lagi. Bergembiralah sehari, maka untunglah kita sehari lagi.

 

Memiliki semangat yang tinggi maka penyakit dapat disembuhkan, insya Allah.

 

Suasana hati yang gembira, olahraga  secukupnya (senam ringan, jalan pagi, berbasikal etc), sering terkena sinar matahari, makan jenis makanan yang berkhasiat (perbanyak sayuran & buahan), menyerap bermacam2 vitamin & sedikit elemen logam yang seimbang, diharapkan dapat tetap hidup sehat sampai 20, 30 tahun lagi, insya Allah.

 

(Kiriman dari sahabat, seorang doktor).

 

Elok jugalah diforward kpd  teman2 seusia.

 

-----------------------

Wednesday, 5 October 2022

Zikir Napas

 KENAPA RAMAI YANG BERZIKIR TETAPI SEMAKIN DIA BERZIKIR SEMAKIN DEKAT DIA DENGAN SYAITAN?




Seorang Murid Bertanya Kepada GURUnya (Imam Al Ghazali)


“Syeikh, “ Bukankah zikir boleh

Membuat Seorang Beriman Lebih Dekat Dengan Allah Ta’ala 

Dan Syaitan Akan Berlari Jauh Darinya ?


“Benar,”

Jawab Imam al-Ghazali.


“Namun Kenapa Ada Orang Yang Semakin Rajin Berzikir Justeru Malah Semakin Jauh dari Allah malah bertambah Dekat Dengan Syaitan ?” Lanjut Sang Murid.


Gurunya Yang Diberi Gelar 

Hujjatul Islam Ini pun Bertutur.


“Bagaimana Pendapatmu, 

Jika Ada Orang Yang Mengusir Anjing, Namun Dia Masih Menyimpan Tulang Dan Berbagai Makanan Kesukaan Anjing Disekitarnya ?”


“Tentu, Anjing Itu Akan Kembali 

Datang Setelah Diusir.” 

Jawab Sang Murid.


Imam al-Ghazali Menjelaskan, 

Demikian Juga Dengan Orang-Orang Yang Rajin Berzikir 

Tapi Masih Menyimpan Berbagai Penyakit Hati Dalam Dirinya. 

Syaitan Akan Terus Datang 

Dan Mendekat Bahkan Bersahabat Dengannya.


Penyakit - Penyakit Hati Itu Ialah :


Seperti Kesombongan, 

Irihati, Dengki, Syirik, 

Bersikap /berucap Kasar, Riya, 

Merasa Sholeh, Merasa Suci, 

Ghibah, Marah, Mengadu domba

Dan Berbagai Penyakit Hati Lainnya.


Ketika Penyakit-Penyakit Itu Menghinggapi Diri Seorang Hamba, Maka Syaitan Terlaknat 

Akan Senantiasa Datang, 

Mengakrabkan Diri, 

Kemudian Menjadi Sahabat Karibnya.

Kredit: TV Tarekat

Monday, 3 October 2022

BerPergian Jauh

 *SEORANG DEMI SEORANG PERGI*




Masa sekolah, suka tengok orang pergi kerja; tentu seronok jadi dewasa.


Masa dewasa dan belum berkeluarga; suka tengok kawan kawan berkahwin, hati tertanya bagaimana hidup berkeluarga. Kita pun akan tiba juga gilirannya.


Bila tengok kawan kawan berpindah, hati pun tertanya tanya bagaimana hidup di tempat baru. Akan tiba juga giliran kita.


Bila tengok kawan kawan menamatkan perkhidmatan, hati kita pun tertanya tanya bagaimana hidup selepas bersara, itu pun akan dilalui juga bila tiba gilirannya.


Dan sekarang bila seorang demi seorang pergi tidak kembali lagi ... kita pun tertanya-tanya, bagaimana hidup di alam sana. Cukupkah bekalan yang nak dibawa? Akan tiba juga giliran kita suatu hari nanti....


Semoga di usia berbaki, kita dapat membuat sebaik baik bekalan demi beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.


SEORANG DEMI SEORANG PERGI...KEPASTIAN DLM HIDUP...MARILAH KITA SAMA2 MENPERSIAPKAN BEKALAN UTK ALAM KUBUR DAN AKHIRAT KITA..


SEMOGA BERMENAFAAT

Bodyguard - Pembantu Peribadi

Native : Malay Kiwi

DOB : 6 August 2007


Date Today: 4th October , 2022.