Wednesday, 25 March 2020

Istigfar banyak banyak


[INFO TAZKIRAH: ISTIGHFĀR ANTARA JALAN KELUAR COVID-19]


Mutakhir ini, segala usaha dilakukan kerajaan melalui agensi yang pelbagai untuk mengekang bahaya Covid-19, bermula dari KKM, PDRM sehinggalah ke ATM. Dalam masa yang sama KKM menyeru siapa yang mempunyai medical background untuk turun ke padang dan membantu mereka menentang Covid-19. Namun, berapa ramai antara kita yang mempunyai medical background. Nak bagi anak makan ubat pun, terpinga nak kira berapa ml yang boleh kita bagi.

Namun ada satu usaha yang kesemua kita mampu buat. Budak dari umur 3 tahun sehingga ke umur 94 tahun ke atas kesemuanya mampu menyumbang; iaitu dengan perbanyakkan istighfār kepada Allāh.

AllāTa’ālā berfirman:

﴿وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ﴾[الأنفال: 33]

Makṣūdnya: 'Dan Allāh tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muḥammad) ada di antara mereka; dan Allāh tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfār (meminta ampun).' [Sūrah al-Anfāl: 33].

Dan ingatlah ketika mana Nabī Yūnus ‘alaihi al-salam ditelan ikan Nūn kemudian diselamatkan Allāh, tiadalah zikirnya pada ketika itu melainkan memohon kepada Allāh dengan lafāẓ:

﴿وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ ۞ فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ وَكَذَلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ﴾ [الأنبياء: 87-88]
Makṣūdnya:  Dan (ingatlah kisah) Zūn Nūn (Yūnus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan sangat gelap, “Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh, aku termasuk dalam kalangan orang yang ẓālim ٭ Maka Kami kabulkan (doa)nya dan Kami selamatkan dia daripada kedukaan. Dan demikianlah kami menyelamatkan orang yang berīmān. [Sūrah al-Anbiyā: 87-88].

Jika ditanya, apa yang mampu kita sumbang kepada KKM dan seluruh rakyat Malaysia selain dari duduk di rumah. Jawapannya adalah perbanyakkanlah istighfār, kalau boleh biarlah lebih 70 kali seperti istighfār Nabī Muḥammad ṣallallāhhu ‘alaihi wasallam.






ڤوست إسلام
Pusat IslamUniversiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka

Telefon: 06-270 2091
Fax: 06-270 1042


No comments:

Post a Comment