*📚 Tazkirah subuh*
(Bila sedekah jatuh ke tangan orang fasik)
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw sabdanya: "Ada seorg lelaki berkata 'Aku hendak bersedekah malam ini.' Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan disedekahkan kpd perempuan pelacur. Besuk pagi org ramai mempercakapkan bahawa tadi malam ada pelacur yg diberi org sedekah. Org itu berujar 'Wahai Allah! Segala puji bagi-Mu yg telah mentakdirkan sedekahku jatuh kpd pelacur. Aku akan bersedekah lagi.'
'Dia pergi pula membawa sedekahnya, lalu diberikannya kpd org kaya. Pagi2 org ramai mempercakapkan pula, bahawa tadi malam ada org memberi sedekah kpd org kaya. Lalu org yg bersedekah itu berkata, 'Wahai Allah, untuk- Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh kpd org kaya. Aku akan bersedekah lagi.'
Dia pergi pula membawa sedekahnya, dan diberikan kpd pencuri. Pagi2 org ramai mempercakapkannya pula, bahwa tadi malam ada org bersedekah kpd pencuri. Org yg bersedekah itu berujar pula, 'Segala puji bagi Allah yg telah mentakdirkan sedekahku jatuh kpd pelacur, kpd org kaya dan kpd pencuri.' Kemudian org itu didatangi malaikat lalu katanya :
'Sedekah anda telah diterima baik oleh msg2 org yg anda beri sedekah. Adapun perempuan lacur, semoga dia berhenti dari perbuatan lacur; kpd si kaya, semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula; dan untuk si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.'
*HR Muslim.*
Shahih Muslim jilid 1-4
Hadis 978.
#HALUAN
#Berakhlak
#Mendidik
#Berbakti
No comments:
Post a Comment