Thursday, 5 September 2019

KEPENTINGAN BERDOA

..
..
Sabda Nabi SAW: Katakanlah:

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka, Kau ampunilah dosa-dosaku serta rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Riwayat al-Bukhari (834)]

 



PEDOMAN DAN IKTIBAR HADIS

  1. Sikap bertanya kepada yang lebih tahu amat dituntut bagi seseorang jika ingin mendapat maklumat dengan lebih mendalam. Ibarat kata pepatah “ malu bertanya sesat jalan”. Oleh yang demikian jika seseorang itu berada dalam situasi tertentu, mereka hendaklah bertanya kepada mereka yang lebih tahu.
  2. Kelebihan dan kemuliaan sifat Rasulullah SAW sebagai murabbi yang mengajar dan mendidik sahabatnya supaya sentiasa dipandu dan dipimpim mengikut hadyu al-Nabawi atau petunjuk Nabi.
  3. Doa merupakan senjata bagi orang Islam. Ini adalah hadiah Allah untuk kita. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Pemurah.
  4. Setiap kali seorang hamba itu banyak berdoa, dia akan merasa dekat dengan Allah, dan inilah darjat ihsan.
  5. Doa yang paling baik ialah doa yang dipanjatkan pada waktu-waktu yang sangat utama dan menghadap kiblat, iaitu setelah berzikir, bertasbih, bertahlil dan berdoa dengan mengucapkan nama-nama Allah yang indah, setelah bersiwak, dalam keadaan suci, berada dalam tempat yang mulia, di masjid atau di majlis zikir atau ketika berada berhampiran Kaabah.
  6. Seseorang yang berdoa mestilah berdoa dengan menggunakan suara yang lembut kerana:

  • Supaya hatinya tidak terganggu
  • Lebih ikhlas dalam beribadah dan terhindar dari perasaan riak dan sum’ah.
  • Dia akan dijauhi daripada sifat hasad dengki.



(MUTIARA KATA)

  • Imam al-Bukhari: berdoalah apa sahaja kepada Allah, kerana ia merupakan kekuatan orang yang beriman. Selain itu, doa adalah hadiah istimewa daripada Allah SWT kepada umat Muhammad SAW.

 

SUMBER RUJUKAN : PERMATA BUAT ORANG YANG BERIMAN, JILID 2 KARANGAN DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI




ڤوست إسلام
Pusat Islam
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka
 
Telefon: 06-270 2091
Fax: 06-270 1042
 
 






 

No comments:

Post a Comment