*Rabu*
*20 Zulhijjah 1440H*
*21 Ogos 2019*
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
*Hadis Rasullullah* *SAW*
*MUKMIN YANG BERAKHLAK MENDAPAT DARJAT YANG TINGGI*
Riwayat : *Abu* *Daud*
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
*Sesungguhnya* *seseorang* *mukmin itu dapat* *mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang* *ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.*
*1* . Allah SWT memberi ganjaran yang amat tinggi kepada orang yang berakhlak mulia, setaraf dengan orang yang berpuasa serta mendirikan sembahyang di tengah malam.
*2* . Setiap Muslim hendaklah berusaha mempertingkatkan kualiti akhlaknya agar menjadi baik dan lebih baik sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini kerana setiap amalan akan dihitung dan dihisab di akhirat kelak.
*3* . Mukmin yang mempunyai akhlak mulia, bukan sahaja mendapat kemulian di dunia, bahkan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti.
*Tazkirah*
*BERHATI HATILAH KETIKA INGIN MENYEBARKAN* *BERITA, SELIDIKLAH IA BENAR ATAU DUSTA*
*Firman Allah* *SWT*
إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُ ۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٌ وَتَحۡسَبُونَهُ ۥ هَيِّنًا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٌ
*Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.*
*Surah An-Nur ayat* *15*
*آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ*
No comments:
Post a Comment