Turkistan Timur
Adakah anda mengenali negara bernama Turkistan Timur? Ya, ia adalah sebuah negara yg sudah hilang dari pemerhatian kita sbg umat Islam...
Adakah kamu mengetahui bahawa Turkistan Timur itu dahulunya adalah sebuah negara Islam yg cukup besar? Ya benar, amatlah luas negaranya & amatlah ramai penduduknya. Ia adalah di antara negara terawal yg dibuka di zaman Bani Umayyah sejak tahun 96 Hijrah lagi, namun nasibnya sekarang ia sedang dijajah & diratah teruk oleh China sejak tahun 1949 hinggalah sekarang.
Sejak tempoh penjajahannya hingga ke hari ini, China dengan kejamnya telah membunuh sebanyak 60 juta lebih umat Islam Turkistan Timur !!, Yakni satu jumlah yg amat-amat besar, hampir 10 kali ganda ramainya dari jumlah para syuhada Bosnia, Iraq, Afghanistan, Syisyan & Palestine. Pada tahun 1952 sahaja, China telah menghukum bunuh 120,000 orang dari umat Islam di sana yg kebanyakannya adalah para alim ulama, dan perkara ini telah disebut sendiri oleh Burhan Syahidi iaitu salah seorang pemerintah Turkistan Timur ketika itu.
Dari tahun 1949 hingga 1979, penjajah China telah meruntuhkan 1,000 buah masjid di sana. Dari tahun 1979 hingga sekarang, penjajah ini telah mengunci 1,200 masjid, dan telah cuba sedayanya utk menukarkan sebahagiannya menjadi pusat2 & pejabat parti komunis mereka. Bukan setakat cuba menyekat umat Islam dari beribadat di masjid-masjid, malah ibadat puasa di bulan Ramadan juga adalah dilarang. Juga tidak dapat dipastikan adakah sambutan hari raya aidilfitri disana masih kekal wujud ataupun tidak. Kebencian mereka juga cukup memuncak terhadap para pembaca & pencinta al Quran. Hingga kini, mereka telah membakar 370,000 pusat-pusat tahfiz al Quran di kota Urumqi, yakni ibu kota Turkistan Timur sekarang.
Penjajah China ini juga telah memaksa 54,000 orang pegawai-pegawai agama Turkistan Timur untuk bekerja sebagai tentera kerahan. Mereka juga telah membakar kumpulan2 wanita berhijab yg menolak utk tidak menanggalkan hijab-hijab mereka, dibakar hidup2 di kota Kashgar dan tempat-tempat lainnya di sana.
Sekitar tahun lepas juga ketika saya masih di Mesir, mereka telah memaksa pihak kerajaan Mesir utk menyerahkan pelajar2 al Azhar dari Turkistan Timur ini utk dikembalikan ke negara mereka, habis berselerak pelajar2 malang ini lari menyorok & menyembunyikan diri di sekitar Madinah Nasr, Kaherah. Ibu bapa mereka disana ditahan & diugut bunuh andai tidak pulang, ramai yg ditangkap & diserahkan, dan hingga kini saya sendiri juga tidak tahu adakah pelajar2 tersebut masih hidup atau sudah bergelar syuhada? Hasbunallah wani'mal wakil..
Sesungguhnya hanya laknat Allah & sebesar-besar kemarahanNya sahaja yg selayaknya ke atas penjajah China ini dan sekalian pendukung2 fahaman komunis kapiaq harbi di serata dunia, yg malangnya sedang wujud juga ia di negara kita ini yg mana secara sedikit demi sedikit mereka telah mula menguasai & mencengkam dari belakang.
Inilah dia diantara kisah-kisah & peringatan buat umat Islam di zaman ini. Moga-moga ia menjadi iktibar & teladan buat akal-akal yg ingin merenung & berfikir.
Tulisan asal : Ibn Shihab al Dimashqy
Tareem HadraMaut
...............
Sila hadamkan bacaan ini dari sudut kepentingan kerja dakwah tabligh, bukan dari sudut bagaimana utk melawan komunis atau dari sudut politik kerjasama Msia - China. Krn hanya melalui kerja dakwah tabligh sahaja penjajahan spt ini akan berakhir. Ini terbukti bila Soviet Union @ Russian Federation dulu yg kuat menjajah wilayah2 Islam Asia Tengah, akhirnya terbubar bila jemaah2 dakwah jalan kaki 1 tahun dari Pakistan dihantar bertubi2 ke wilayah Russia dari tahun 70an sehingga tahun 90an sehinggalah akhirnya Moscow melepaskan cengkaman mereka terhadap wilayah bekas jajahannya sedikit demi sedikit.
Jemaah dakwah tabligh tidak mengangkat senjata, tetapi jemaah ini mengangkat tangan di hadapan Allah di malam hari. Krn jemaah2 dakwah yg bergerak di serata alam, kerja mereka di siang hari ialah bersungguh2 bercakap ttg kebersaran Allah, sedangkan di malam hari bersungguh2 menangis di depan Allah, memohon dan merayu belas kasihan dari Allah agar Allah melimpahkan hidayat kpd setiap manusia samada yg taat mahupun yg zalim....
Benarlah hadith Nabi SAW ttg bangkitnya Raja yg zalim memerintah org Islam bilamana umat Islam meninggalkan kerja amru bil maaruf wannahi anil munkar (kerja dakwah). Bila kerja dakwah ditinggalkan, umat akan tinggalkan agama. Akhirnya umat Islam diperintah oleh pemerintah yg zalim. Jadi utk kembalikan agama, tidak ada jalan lain melainkan umat Islam tunaikan perintah Allah dgn membina iman dan amal perantaraan kerja Nabi2 iaitu kerja dakwah... Wallahu a'laam...
ahlifikirnegara: Sejarah.
No comments:
Post a Comment