Saturday, 29 June 2019

Mati itu pasti.... Setiap yang bernafas pasti merasai maut.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Meninggal Dunia Dalam Keadaan Memboikot Saudara Muslim*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثٍ  فَمَنْ هَجَرَ فَوْقَ ثَلَاثٍ فَمَاتَ دَخَلَ النَّارَ  .

_*Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tidak halal bagi seorang muslim untuk memboikot saudaranya lebih dari 3 hari. Siapa yang memboikot saudaranya lebih dari 3 hari, kemudian dia meninggal maka dia masuk neraka.”*_ (Sunan Abu Daud  No:4914) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat, kita saling berhubung antara satu sama lain, saling tegur menegur, bertolong bantu dalam suasana berkasih sayang.

2.  Kita dilarang memusuhi dan memboikot saudara Muslim kita hanya kerana kita berbeza pandangan, kumpulan atau disebabkan sedikit kesilapan dengan tidak bertegur sapa dengan mereka.

3.  Barang siapa memusuhi dan memboikot saudara Muslim yang lain bukan atas sebab yang dibenarkan oleh syarak lebih daripada 3 hari dan kemudian ia meninggal dunia maka ia boleh menjadi penyebab masuk ke dalam neraka.

4.  Waliyud Did Al-Iraqi menyatakan, larangan dalam hadis di atas, berlaku untuk boikot yang muncul kerana marah dalam masalah yang harus, tidak ada kaitannya dengan agama. Adapun boikot kerana maslahah agama, seperti kerana maksiat atau bid’ah, hukumnya tidak terlarang. Nabi SAW memerintahkan untuk memboikot Ka’ab bin Malik, Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi’. (Tharhu At-Tasrib, 8/353)

#FitrahLebaranMenyebarRahmah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

30hb Jun 2019
26hb Syawal 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

No comments:

Post a Comment