Tuesday, 20 February 2018

BERBUAT BAIK SESAMA SUAMI ISTERI

Assalamualaikum w.b.t. bersyukur pada Allah S.W.T yang telah memberi nikmat keluarga pada kita. Tetapi nikmat keluarga tidak lengkap jika tiada nikmat kasih sayang didalamnya.
 
 
 
Hadis nabi Muhammad s.a.w:
عن ابي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : اكمل المؤمنين ايمانا احسنهم خلقا , وخياركم خياركم لنساءهم خلقا.
(حسن صحيح.)
Maksudnya : “Daripada Abi Hurairah katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w. : Yang terutama daripada orang-orang mukmin yang beriman ialah yang lebih elok perangainya dan sebaik-baik daripada kamu ialah yang berbuat baik pada isterinya”.
 
 
 
            Allah S.W.T telah menjadikan perempuan sebagai pasangan kita dalam kehidupan di dunia ini. Maka bagi suami haruslah bertimbang rasa dan menunjukkan sifat kasih terhadap pasangannya iaitu isteri mereka sendiri. Istimewa pula mereka itu telah dijadikan Allah S.W.T sebagai tawanan suami mereka kerana tidak mempunyai kemerdekaan yang cukup sebagaimana yang diperoleh oleh suami mereka. Maka apabila kita telah tinggal bersama sebagai suami isteri hendaklah lebih baik perangai kita terhadap isteri kita. Demikianlah yang disuruh oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mengharung rumahtangga.
 
Apa yang dikatakan bercampur duduk bersama-sama suami isteri dengan perangai yang baik?
 
 
 
            Kata Imam Ghazali, bukannya makna perangai yang baik dengan isteri itu menolak mudharat daripadanya sahaja, bahkan menolak mudharat daripadanya serta menanggung apa-apa kesakitan dan kemarahan daripada isteri.
 
 
 
            Jangan tinggalkan isteri di rumah tanpa diberi nafkah kepadanya,dan tidak diberi keluar dari rumah kerana berjumpa ibu bapanya atau orang yang patut diziarahinya. Jangan beri sangat sedikit ataupun sangat banyak perbelanjaan tetapi berilah dengan kadar yang upaya, patut dan sesuai dengan keadaannya. Jika dibuat dengan betul caranya, maka tidak akan memberi mudharat kepada isteri, dan jika melakukan perbuatan yang tidak kena dengan caranya maka perangai isteri akan rosak dan boleh menimbulkan pergaduhan.
 
Demikianlah Rasulullah s.a.w beserta sahabatnya terhadap isteri-isteri mereka. Oleh itu perlulah saling bertolak ansur didalam perhubungan suami dan isteri. Mudah-mudahan kekal hingga ke syurga. Amin.
 


فوست إسلام
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka
 
Telefon: 

06-555-2016/2017/2079/2169/2039
06-331-6304/6267/6268/6260
 
Emel:        


 

No comments:

Post a Comment