July 27th, 2009 by mohamadminhat
Kisah ini diceritakan oleh Abang Khairi dan Mak
Su (suami isteri). Hadiah untuk kami yang bercadang ingin mengaji ke peringkat
PhD. Sekarang Mak Su sudahpun
bergelar Dr. (Pendidikan Khas), agar doa mereka tetap bersama sama kita. Tak tahu mengapa kami
panggil Abang Khairi ‘Abang’ tetapi Mak Su ‘Mak’. Berbaik dengan mereka sungguh
memberi kesan dan mengimbau memori kerana tiada darjat antara kami, nak nak
kami yang masih baru hendak mengenal kehidupan berbanding mereka yang sudah
jauh ke hadapan lebih ‘tinggi’ dan gah berbanding kami.
Cerita nya begini.
Pada satu zaman yang tidak diketahui bila,
ada seekor Memerang yang bercita-cita tinggi. Memerang tersebut telah pun pergi
bertemu dengan Si Helang di negara helang
dan memohon kepadanya untuk mempelajari ilmu untuk terbang.
Maka Si Helang
tadi pun menyiapkan beberapa kelengkapan untuk Si
Memerang mempelajari bagaimana teknik-teknik untuk melakukan
penerbangan.
Beberapa tahun (3 hingga 4 tahun lah
jugak) Si Memerang belajar dengan Si Helang sehingga beliau mampu terbang
jatuh-terbang jatuh dan bertutur bahasa Si Helang
serba sedikit. Kadang-kadang Si Memerang
berbahasa helang “Lebih Helang dari Si Helang
sendiri”.
Genap 4 tahun lebih Si Memerang belajar terbang dengan Si Helang, maka tibalah sesi tamat latihan
(passing out) untuk Si Memerang walaupun banyak
kelemahan yang masih ada.
Apabila tamat pengajian dan Si Memerang kembali ke tanah tumpah darahnya, Si Memerang tadi kekal pula menyelam, menyusun
ranting-ranting patah dan kembali semula kepada kelakuan Si Memerang yang asal. Terlupa pulak akan kemampuannya
untuk terbang setelah mendapat sedikit ilmu dari Si
Helang.
Pengajarannya, Si Memerang tetap kekal Si Memerang begitu juga Si
Helang. Masing-masing kejadian perlu menilai diri sendiri dan tak
perlulah meniru-niru kelebihan kejadian yang lain. Selidik satu-satu situasi
dengan baik.
No comments:
Post a Comment