Wednesday, 28 September 2016

Truly Blog - Konsep Ilmu (Catatan Peribadi)

Dalam bahasa Melayu, ilmu bererti;
pertama: pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain, atau pengetahuan berkenaan segala sesuatu selepas manusia itu mati.

Kedua, ilmu bererti kajian berkenaan sesuatu perkara.

Dalam bahasa Inggeris, ilmu dikenali dengan istilah 'knowledge'. Walau bagaimanapun, istilah 'knowledge' tidak membawa makna yang sama dengan ilmu dalam tradisi Islam. Sebab, ilmu adalah salah satu konsep yang mendominasi Islam itu sendiri.

Istilah ilmu berasal daripada perkataan ‘ilm dalam bahasa Arab. ‘Ilm bererti lawan jahil. Oleh itu, ilmu bukan sekadar bererti pengetahuan. Sebab, jahil bukan sekadar bererti tiada pengetahuan.
 
Istilah “zaman jahiliah” atau “hukum jahiliah” boleh dirujuk dalam hal ini.

Sebagai sebuah istilah khusus dengan konsep tersendiri, ilmu mempunyai lebih 1,200 definisi. Hal ini disebabkan ilmu dan definisinya amat penting dalam akidah Islam. Tidak ada buku tentang ilmu kalam yang tidak membincangkan definisi ilmu, walaupun sedikit.

Selain itu, jumlah definisi yang banyak, juga disebabkan kesukaran mendefinisikan ilmu. Walaupun begitu, merujuk kepada sifat-sifat dan ciri-cirinya, ilmu boleh didefinisikan.

Maka, ilmu ialah ketibaan makna tentang sesuatu dalam diri. Ilmu juga didefinisikan sebagai iktikad kukuh yang tepat dengan hakikat.

Kedua-dua definisi di atas, menolak maklumat, informasi, data atau fakta sebagai ilmu. Sebab, ilmu ialah maklumat, informasi, data, fakta atau apa-apa sahaja yang benar, yang bermakna dan memberi makna, berbentuk kepercayaan dan keyakinan, secara kukuh kepada diri seseorang.
 
Oleh itu, ilmu bukanlah sesuatu yang neutral. Ia adalah sesuatu yang mempunyai nilai dan memberi nilai.

Maksudnya, tidak semua ilmu sah. Ilmu boleh jadi benar atau salah, boleh jadi Islam atau kufur, boleh jadi timur atau barat. Maka, orang yang berilmu dengan ilmu-ilmu tertentu, memanifestasikan nilai ilmu itu.

Berkaitan dengan hal ini juga, ilmu yang benar itu adalah suci. Sebab, ilmu yang benar itu merupakan manifestasi keesaan, keagungan dan keilahian Allah. Kesannya, ilmu tidak terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira niat dan keupayaan. Hal ini merujuk kepada hierarki ilmu.

 

                                             Bilang Giginya Ada Berapa? (Ilmu umum)

ahlifikirnegara:......bersambung by the will of Al-Mighty.......

No comments:

Post a Comment