Monday, 17 August 2020

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH

 

 

 

 

 
Assalamualaikum.wrt.wbt. dan Salam Sejahtera,

 

Y.Bhg. Datuk / Dato’/ Profesor / Profesor Madya / Dr. / Tuan / Puan,

 

Dukacita dimaklumkan bahawa,  Penama, telah kembali ke Rahmatullah pada jam waktu pagi/petang hari (tarikh). Jenazah telah selamat dikebumikan pada hari yang sama.

 

Takziah diucapkan kepada penama  serta keluarga dan marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham/mah dan mendoakan agar rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.


Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. 


Al-fatihah.

 

Wassalam dan terima kasih.

 

ini dalah contoh ucapan Takziah formal.


 

 

 

Sunday, 16 August 2020

Wednesday, 12 August 2020

Kisah Al Sultan dan Rakyat

 

 
Assalamualaikum para sahabat yang aku kasihi...,

Seorang Sultan mengambil seorang Ustaz menjadi menterinya.
Maka diberi istana,
Gelaran, isteri yg cantik dan pelbagai kemewahan..!

Satu hari Sultan telah memanggil Menteri Agamanya dan bertanya

TIGA soalan.
PERTAMA!
Apa itu Dunia..?
KEDUA!
Apa itu Akhirat..?
Dan KETIGA!
Apa itu Iman..?

Sultan hanya memerlukan jawapan yg tepat dan jitu saja.
Tak mahu syarahan yg panjang2.
Menteri Agama terpinga2 mencari jawapsn yang memuaskan hati Sultannya.

Sultan jadi murka dan memberi tempoh seminggu utk mencari jwpnnya.

Kemudian Sultan menghantar wakilnya kpd Menteri itu dan bagi titah bahawa segala kemewahan yg diberi akan dirampas jika gagal memberi jawapan yg dikehendaki.

Menteri jadi runsing yang amat sangat memikirkan akan kehilangan segala2nya jika gagal memberi jawapan.

Menteri dah tak dapat tidur,
makan pun tak lagi berselera,
Cakap pun dah lain sebutan.
Dia telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan tetapi gagal.

Akhirnya Menteri telah keluar dari istana untuk mencari orang yg boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yg dimilikinya.

Masa hampir tiba.

Menteri makin berserabut memikirkan akan kehilangan segalanya.
Sehari sebelum sampai tempoh masa tersebut,
Dia duduk termenung di bawah sepohon pokok besar mengenangkan nasibnya.

Sedang dia termenung,
Si Menteri tadi terpandang seorang tua yg sedang berkebun.

Bila matahari terik di kepala,
Org tua itu berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Maka diajaknya si Menteri makan bersama.
Menteri yang kerunsingan memikirkan jawatan,
Istana dan kemewahan yg akan lesap tak langsung berselera nak makan lagi.

Org tua itu bertanya,
"Tuan, Nampak seperti ada masalah..?
Boleh hamba tolong..?"

Menteri pun memberitahu kisahnya dan soalan2 Sultan berserta syarat2nya kepada org tua yg baik hati tadi.

Soalan pertama,
Apakah itu dunia?

Maka dijawab org tua tadi..!
"Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk ditinggalkan.
Hal ini diketahui oleh hati masing2lah..!"

Soalan kedua,
Apakah itu akhirat?

Maka dijawab org tua tadi..!
"Akhirat ialah apa2 amalan yg kita buat untuk dibawa ke sana tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya.
Ini pun diketahui oleh hati masing2lah..!"

Dan soalan ketiga, apakah itu iman?

Maka org tua itu pun bagi tahu,
"Akan aku bagitahu petang nanti selepas solat Asar!

Bila waktu Asar,
Mereka solat Asar bersama berjemaah dan selepas solat,
Si Menteri terus bertanya,
"Apa itu iman..?"

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari.

Org tua itu memberi syarat untuk memberi jawapan yang ketiga,
Dia mesti makan bersama anjing2 itu.

Si Menteri berfikir berkali2.
Makan dengan anjing ni najis berat.
Tak makan kang jawatan lesap,
Harta melayang,
Hidup susah dan melarat..!

Nak dapat kerja lain bukan senang sekarang ni.
Fikir punya fikir akhirnya si Menteri pun buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu..!

Apabila saja si Menteri duduk untuk makan bersama anjing2 itu,
Org tua tadi pun pegang kolar bajunya dan berkata,

"Wahai Tuan..!
Inilah Iman.
Bagi mereka yang ada iman,
Mereka sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan sanggup melanggar perintah Allah..!

Akan tetapi mereka yg tidak ada iman akan sanggup melanggar perintah Allah untuk selamatkan dunianya..!"

 

 

Hati mahu baik be!

 
Amal yang paling utama boleh menjadikan keseluruhan hidup kita dikira ibadah ialah amal hati. Amal hati adalah amal yang tidak dapat dilihat tetapi padanya tempat jatuhnya pandangan Allah yang paling utama. Kenapa amal hati lebih penting berbanding amal anggota.

Amal anggota atau amal jawarih bersifat ada tempoh, ada mula dan akhirnya. Namun tidak demikian dengan amal hati. Ia tiada had masa.

Ia rahsia kita dengan Allah dan kerja hati itu berterusan.

Contoh amalan hati ikhlas, mengharap reda Allah (ihtisab), takut dan harap (khauf dan raja), sabar, syukur, reda, bersangka baik kepada Allah, cinta dan sebagainya.

Lihatlah seruan yang diperjuangkan semua rasul dari Nabi Nuh hingga Nabi Muhammad SAW adalah tauhid. Tauhid menyeru kita mengikhlaskan perhambaan hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Ini kerja hidup kita yang paling utama sehingga seruan Rasul tentang hal ini tidak berubah daripada awal sampai akhir zaman.

Ihtisab adalah bagaimana kita menglaksanakan tauhid dengan mendidik hati mempunyai kesedaran bahawa Allah adalah penggerak dan sumber motivasi dalam setiap saat dan detik.

Memenangi reda Allah adalah motivasi untuk semua aktiviti kehidupan. Diam dan gerak, tidur dan jaga semua untuk Dia. Menjadikan hidup berpandu kepada hukum-Nya. Yang wajib dilakukan. Yang sunat digalakkan.

Saat diuji dengan perkara yang tidak disukai, semoga kita cepat mengadu kepada Allah, terima atas segala yang Allah izinkan berlaku, bersabar, makin mendekatkan diri kepada Allah dan berharap kepadaNya(ihtisab). Hanya dengan hadirnya amal hati ini, setiap ucapan dan perbuatan, diam dan gerak, memberi dan menahan, tidur dan jaga, makan dan minum, mendidik, melayani, semuanya bernilai . Semuanya peluang mendapat sebanyak-banyaknya kebaikan dunia dan akhirat.

Itulah keistimewaan amal hati. Ia juga dipanggil niat. Bagi seorang yang bertauhid, niat segala amal perbuatannya hanya untuk Allah.

Niat yang membezakan segala yang nampak sama di permukaan, namun ada kelodak di dasar yang hanya Allah mengetahuinya. Niatlah yang menjadikan amal rutin yang kecil menjadi bernilai dan penting. Niat mengubah adat kebiasaan menjadi ibadah yang sampai pada Tuhan. Niat mengubah semua aktiviti itu kepada kepuasan seseorang itu terhadap berserah diri tuhan.

Lebih membahagiakan, niat mengundang kebaikan buat seseorang yang berazam melakukan kebaikan, namun tidak terhalang oleh faktor yang tidak dapat dielakkan. Misalnya ibu yang sangat berhasrat bangun malam dan beribadah namun terhalang kerana menyusukan bayi dan meredakan anak kecil yang lain yang mungkin menangis di tengah malam dan menyusu anak itu juga amalan ibadah malah ada lebih kebaikan untuknya.

Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang bertekad mengerjakan satu kebaikan, lalu ia belum mampu mengamalkannya, maka Allah mencatat untuknya satu kebaikan.” Hadis Riwayat Muslim (no.190/133)

Oleh kerana itu, usah dijadikan halangan itu sebagai alasan terus-terusan tidak melakukan kebaikan. Orang yang mendapat pahala meskipun terhalang ini ialah orang yang terbiasa melakukan suatu amalan kerana Allah, lalu kerana satu sebab amalan tersebut tidak dapat dikerjakan mungkin kerana sakit, safar atau seumpamanya, maka dia akan tetap mendapatkan pahala mengerjakannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Jika seorang hamba sakit atau dalam keadaan safar, maka Allah akan mencatat untuknya kebaikan yang biasa ia kerjakan taktala sihat dan mukim.” Hadis Riwayat al-Bukhari (no.2790/2996)

 

 

Tuesday, 11 August 2020

Talqin buat Akademia




 

1. Di sini terbujur kaku. Terbujur kaku tubuh bukan sahaja seorang hamba Allah, tetapi seorang VK3. Bukan DS atau DM mahupun DG. Bukan calang staf. Staf VK3.
*Kata guruku, 'Sulong, Ulung atau Polong?'

2. Di batu nisannya tercacah, Tan Sri Datuk Seri Ir Dr Ts Hj Sipolan bin Sipolan. VK3. Degree di Yuesem, Master di Hahvet, DPhil di Oxport. Chartered Engineer juga. Pingat-pingat kebesaran sekali. Bertaburan. Kelihatan batu nisannya hebat, penuh tulisan, bersaiz lebih besar dari biasa. Cop namanya dulu juga begitu.
*Kata guruku, 'Tidak semua benda yang besar adalah bagus.'

3. Di sisi kubur diletakkan pangkat darjatnya.
Di sebelah kanan, dicacah jawatan-jawatan akademiknya, dari seorang Bagero hingga ke Ketua Bagero. Kemudian menjadi ahli lembaga dan akhirnya menjawat jawatan besar di Kementerian. Cukup berpengalaman, begitu lama dalam 'Pengurusan Tertinggi'.
*Kata guruku, 'Lebih tinggi kedudukan, lebih sakit bila jatuh.'

4. Di sebelah kiri, dicacah pula anugerah-anugerah yang dimenangi, Perkhidmatan Cemerlang, Saintis Muda, Anugerah Kebangsaan, berserta profil Scopus dirinya, dengan jumlah sitasi melebihi 5k dan H-indeks 35.
*Kata guruku, 'Nombor semata-mata yang membutakan mereka yang berhati pendidik. Angka ialah candu kepada mereka yang inginkan perhatian.'

5. Hanya keluarga terdekat sahaja hadir. Isteri menangis meratapi pemergian ahli akademik ulung. Tiada wakil universiti. Tidak ada wakil dari Kementerian. Kawan-kawan kebanyakkannya ahli akademik. Mereka sangat sibuk menulis. Tiada masa untuk ziarah. Tak dapat CPD menziarahi orang sakit atau orang mati. Jauh sekali dapat citation atau co-authorship. Rugi masa sedangkan aku boleh menggunakan masa itu untuk menghasilkan tulisan Maha hebat dalam Nature.
*Kata guruku, 'Tulislah kamu, sebelum kamu dituliskan. Tetapi kau akan ditulis lebih, oleh penulis yang benar (di atas bahu kiri dan kanan), terutamanya bila kau menulis sesuatu yang dangkal.'

6. Ada empat muka asing. Bekas pelajar. Yang pertama Gagal PhD. Ditinggalkan begitu sahaja. Datang untuk memaafkan Profesor VK3. Bukan salahmu Prof VK3. Sudah tersurat. Tesis tugas saya. Penerbitan, kita bersama.
*Kata guruku, 'Jika akademia akhir zaman adalah pengusaha sawah, maka kebanyakkan sawah itu dibajak oleh pelajar dan dibaja oleh staf sokongan.'

7. Yang kedua, pelajar Master. Lulus, dua kali viva. Tesis langsung tak dilihat. Penerbitan sahaja yang dikehendaki. Yang ketiga dan keempat, dua orang pelajar Sarjana Muda. Seorang mengulang kursus yang diajar Prof VK3 dan terpaksa 'extend'. Seorang lagi ialah pelajar di bawah Penasihatan Akademik Prof VK3. Tak pernah sebelum ini jumpa.
*Kata guruku, 'Kejarlah KPI dunia, KPI akhirat berciciran.'

8. Profesor VK3 terlalu hebat untuk ditalkinkan cara biasa. Talkin beliau ialah bacaan 3 Abstrak utama beliau, yang telah diterbitkan sebagai penulis utama dalam jurnal-jurnal yang berimpak faktor tinggi.
*Kata guruku, 'Tiada yang lebih abstrak dari suasana yang sunyi kerana perbuatan yang keji.'

9. Bunga mawar juga tiada. Hanya digantikan dengan kertas tercarik (shredded paper). Sebelum dicarik, kertas-kertas itu sebelumnya dicetakkan di atasnya jurnal-jurnal tulisan si VK3 (kononnya). Kertasnya berwarna warni, 80g dan berbau air wangi, bagi menampakkan lagi gah dan kualiti.
*Kata guruku, 'Ilmu, yang semata-mata ditumpahkan ke atas kertas, dengan tujuan mengkastakan pencari ilmu, keberkatannya sesuai seperti kertas tercarik.'

10. Semua bergerak meninggalkan kubur. Si VK3 tinggal di liang lahad, keseorangan. Harta beliau kini bukanlah jurnal-jurnal yang diterbitkan dan H-indeks; hanya bernilai adalah ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak yang soleh. Kesemuanya kau abaikan kerana kau hanya mengejar nombor dan berbangga kepada nombor yang kau perolehi.
*Kata guruku, 'Tulisanmu, tanpa jiwa, tidak akan menziarahimu masa sakit. Kajangmu yang dangkal tidak akan menyentuh hati insan untuk mengenalimu mahupun mendalami apa yang kau tuliskan. Hasil tanpa hati, kertas-kertasmu itu tidak akan berbual denganmu mahupun dengan sesiapa.'

"Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagaikan bunga kembang tak jadi."
(Usman Awang, 'Guru oh Guru).

-PakDin
21 Zulhijjah 1441 @ 1917 (Menunggu Maghrib)
(Akademia tahun lalu. Tahun ini belum tentu.)

 

 

Monday, 3 August 2020

Petua orang dolu dolu





 

 
📌👂 *PETUO ORG TUO TUO DULU / ILMU TUNDUKKAN BINI _(Tok Bahaman)_*✍️ *_
Ilmu ini diturunkan khas kepada para suami yang sudah berkahwin dan bakal berkahwin sahaja!_*
 
*_Amalkan doa selepas anda makan malam dan selepas bangun dari tidur._*
*_Sebelum makan malam, ambil 7 butir nasi dan letak di atas pinggan mengarah kepad arah isteri._*
 
*_Kemudian niatkan supaya isteri kita itu gerun kepada kita dan makan nasi yang 7 butir itu sebutir-sebutir dahulu, sebelum menghabiskan sepinggan nasi selebihnya atau beberapa pinggan lagi._*
 
*_Kemudian selepas bangun dari tidur, picitlah ibu jari kaki kanan sebanyak 7 kali dengan niat supaya isteri kita gerun pada kita. Ini diikuti dengan memicit ibu jari kaki kiri sebanyak 7 kali juga dengan niat yang sama._*
 
*_Dalam masa tempoh 7 hari di jamin isteri kita akan menjadi gerun apabila melihat wajah kita atau mendengar suara kita._*
 
*Jika anda berjaya membaca amalan ini hingga habis ternyata dan tepat sekali,
 
ANDA MEMANG TAKUT BINI..!! Sembang saja deras, tampar singa lah, sepak rimau lah...sekali bini jerit habis lupa semua...! PIIIIRRAHHHH !!!* 🤣🤣🤣🤣🤣🤣
 

Sunday, 2 August 2020

DALIL DAKWAH WA TABLIGH...




Menjadikan semua umat mengetahui tentang perintah Allah buat kerja dakwah atas diri mereka. Inilah Dalil-dalil 3 hari, 40 hari, 4 bulan.. Kisah Nabi Zakaria a.s diperintahkan Allah swt tidak berbicara kepada manusia, tentang perkara dunia kecuali membicarakan kebesaran-kebesaran Allah dan berzikir sebanyak-banyaknya selama TIGA HARI. (QS Ali Imran : 41) Rasulullah SAW mengutus Abdurrahman bin Auf r.hu ke Dumah al Jandal untuk berdakwah selama TIGA HARI. (HR Darul Qutni) Rasulullah SAW mengutus Khalid bin al-Walid r.hu ke Najran kepada Bani Harits untuk menyeru kepada Islam selama TIGA HARI. Dakwah Salman Al Farisi r.hu selama TIGA HARI ke istana-istana putih Persia. (HR Bukhari) Ketika tentera meminta Salman r.hu menyerang, Salman r.hu berkata, "Biarlah aku mengurusnya..! Aku akan mendakwahkan Islam kepada mereka terlebih dahulu TIGA HARI sebagaimana yang aku ketahui dari Rasulullah saw..!" Rasulullah SAW menawan dan menahan orang kafir di sekitar masjid agar orang kafir melihat amalan orang Islam di masjid selama TIGA HARI. (HR sahih Bukhari jilid 2 bab Maghazi) Kisah Sumamah bin Aufal r.hu yang ditahan di masjid TIGA HARI lalu dapat hidayah Islam. 40 H A R I Kisah Nabi Musa a.s dari QS Al A'raf ayat 142 "Dan kami telah menjanjikan kepada Musa a.s petunjuk, dari Taurat, sesudah berlaku 30 MALAM..! Dan Kami sempurnakan waktu yang telah ditetapkan dengan 10 malam..! Maka genaplah dari Tuhannya, Allah swt selama 40 MALAM..!" (Nabi Musa a.s diperintahkan hanya beribadah dan membesarkan Allah di Bukit Tursina) (Disebutkan juga dalam Al-quran surah al Baqarah ayat 51) Seorang laki-laki datang kepada Umar bin Khattab r.hu dan Umar r.hu pun bertanya, "Dari mana engkau..?" Laki-laki itu menjawab, "Dari Ribat selama 30 hari..!" (Buat dakwah) Umar r.hu berkata, "Mengapa tidak kau cukupkan 40 HARI..?" Rasulullah saw ada bersabda, "Siapa yang mengikhlaskan dirinya kepada Allah selama 40 HARI akan zahir sumber-sumber hikmah dalam hati melalui lidahnya..!" (lisannya) 4 B U L A N Umar r.hu bertanya kepada Hafsah r.ha ketika Para Sahabat r.hum diperintahkan berdakwah dan berperang, "Berapa lama wanita mampu berpisah dari suaminya..?" Hafsah r.ha dengan malu-malu menjawab 4-6 bulan. Lalu Umar r.hu mengirim surat kepada amir rombongan agar tidak menahan rombongannya lebih dari 4 BULAN. (Dua bulan untuk perjalanan pergi balik) (HR Baihaqi jilid IX m/s 29) Rasulullah saw mengeluarkan 25 jama'ah ke seluruh dunia dengan jumlah 10,000 orang, 1,000 orang, 500 orang, 15 orang, 7 orang untuk keluar dakwah 6 bulan, 4 bulan, 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari. (Dari Kitab Sirah Nubuwah) 6 B U L A N Rasulullah saw mengutus Khalid bin al-Walid r.hu ke Yaman untuk berdakwah. Barra r.hu meriwayatkan, "Aku ikut bersama Khalid al-Walid r.hu di Yaman selama 6 bulan". (HR Bukhari, Baihaqi, Bidayan dan Nihayah) Tidak ada yang tidak bermakna dari angka-angka yang disebutkan Allah swt dalam kalam-Nya al Quran atau dalam hadis Rasulullah saw. Setiap hari meluangkan hanya 10% dari waktu kita untuk berdakwah, berbicara, membicarakan kebesaran Allah 2.5 jam. Dalam kisah Nabi Ibrahim a.s berdakwah selama 13 tahun meninggalkan anak isterinya. 124,000 Para Sahabat r.hum dihantar oleh Rasulullah saw ke seluruh alam untuk menyebarkan agama dan sebahagian besar tidak pulang. Mereka berdakwah sampai mati..! (HR Ibnu Hibban) Wallahu 'alam bissawab..! Semoga bermanfaat