Sunday, 17 April 2022

MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN R.’ANHUMA

 Assalamualaikum wbt 


MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN R.’ANHUMA


Muawiyah Radhiyallāhu ‘anhu lahir di kota Makkah Al-Mukarramah (602 M). Ayahnya ialah Abu Sufyan Shakhr, dan ibunya ialah Hindun binti Utbah bin Rabiah. Oleh kerana saudara perempuannya, Ummu Habibah R.’Anha merupakan salah seorang isteri mulia Rasulullah SAW, Muawiyah RA pun memperoleh kemuliaan dengan menjadi saudara ipar Rasulullah SAW.


Muawiyah bin Abu Sufyan RA masuk agama Islam sebelum penaklukan Makkah Al-Mukarramah, dan dia merahsiakan keislamannya daripada ayahnya. Bahkan, beliau berkata, “Ketika Rasulullah SAW tiba di Makkah untuk melaksanakan umrah qada, aku sudah membenarkan Rasulullah SAW.” Selanjutnya, ketika ayahnya memeluk agama Islam pada masa penaklukan kota Makkah, beliau mengumumkan keislamannya.


Muawiyah RA ialah salah seorang juru tulis wahyu Rasulullah SAW. Ada banyak hadis syarif yang telah diriwayatkan daripadanya.


Muawiyah RA telah memperoleh doa-doa Rasulullah SAW yang berikut, “Ya Allah, berikanlah dia petunjuk ke jalan yang benar, jauhkanlah ia daripada yang salah dan buruk, ampunilah ia di dunia dan akhirat” dan “Ya Allah ajarilah Muawiyah menulis dan mengira. Lindungilah dia daripada azab dan masukkanlah ia ke dalam syurgamu.”


Pada masa kekhalifahan Sayidina Umar RA, beliau telah mengangkat Muawiyah RA sebagai Gabenor Syam. Muawiyah RA terus melaksanakan tugas ini hingga menjadi khalifah. Penaklukan banyak tempat, seperti pulau Cyprus dan lain-lain, berlaku semasa kekhalifahannya.


Muawiyah RA ialah orang yang sangat lembut, berwibawa, pemurah, adil, memiliki jiwa kepimpinan yang sangat tinggi, dan sangat cerdas. Semasa bertugas sebagai Gabenor Syam, suatu hari dia mendapat berita tentang pencerobohan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Bizantium ke kota Sham. Kemudiaan, beliau mengirim surat ancaman kepada kerajaan Bizantium seperti yang berikut, “Jika kalian memulakan pencerobohan ke Syam, aku akan menyerang kalian bersama pasukan Khalifah dan aku akan menjadi panglima mereka. Atas izin Allah, aku akan menghancurkan Kostantinopel yang berkabus dan berasap, yang merupakan ibu kota kalian, dan menghanguskannya. Sebagaimana lobak dicabut daripada tanah, aku akan menarik dan mengeluarkanmu daripada kerajaanmu dan menjadikanmu pengembala khinzir.”


Pada masa kekhalifahan Muawiyah RA, Kostantinopel pertama kali dikepung oleh pasukan Islam (tahun 49 H). Rasulullah SAW bersabda, “Tentera-tentera pertama yang berperang menghadapi Kostantinopel akan mendapatkan keampunan.” Radhiyallāhu ‘anhu.


Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah





No comments:

Post a Comment