Monday, 25 April 2022

KAKI

 Penuaan dimulai dari kaki, kemudian ke atas!

JAGA KAKI ANDA!!


 ©️  Ketika kita tua, kaki kita harus dijaga agar selalu kuat dan tegap. 


 ©️  Ketika kita bertambah umur (menua), kita tidak perlu takut rambut kita beruban, kulit kendur atau keriput, tapi kakilah yang penting.


 ©️  Di antara tanda-tanda umur panjang, sebagaimana dirangkum oleh "Prevention" Majalah AS, ternyata otot kaki yang kuat merupakan sebagai faktor yang paling penting dan esensial.


 ©️  Jika Anda tidak menggerakkan kaki selama dua minggu saja, kekuatan otot kaki Anda akan berkurangan 10 tahun.


 ©️  Sebuah penelitian dari University of Copenhagen di Denmark menemukan bahwa baik tua maupun muda, selama dua minggu kaki tidak aktif, kekuatan otot kaki akan melemah sepertiganya yang setara dengan penuaan 20-30 tahun.


 ©️  Saat otot kaki kita melemah, perlu waktu lama untuk dipulihkan, itupun jika kita lakukan rehabilitasi dan latihan nanti.


 ©️  Olih itu, olahraga teratur seperti jalan kaki dan berbasikal sangatlah penting.


 ©️  Seluruh berat badan/beban tetap dan bertumpu pada kaki.


 ©️  Kaki adalah sejenis tiang, menampung beban tubuh manusia.


 ©️ Yang menariknya, 50% tulang seseorang dan 50% otot dari totalnya…ternyata ada di kedua dua kaki.


 ©️ Sendi dan tulang terbesar dan terkuat tubuh manusia juga ada di kaki.


 ©️  "Tulang yang kuat, otot yang kuat, dan sendi yang fleksibel membentuk "Segitiga Besi” ….yang membawa beban dan terpenting pada tubuh manusia."


 ©️ 70% aktiviti manusia dan pembakaran tenaga  dalam hidup seseorang, dilakukan oleh aktiviti  dua kaki ini.


 ©️ Apakah kamu tahu ? Seseorang ketika masih muda, pahanya memiliki kekuatan yang cukup untuk mengangkat sebuah kereta kecil!


 ©️  Kaki adalah pusat penggerak tubuh.


 ©️ Kedua kaki memiliki 50% saraf tubuh manusia, 50% pembuluh darah dan 50% darah mengalir melaluinya.


 ©️ Ini adalah jaringan peredaran darah besar untuk seluruh tubuh.


 ©️ Hanya bila kaki sehat maka konvensi arus darah mengalir dengan lancar, sehinggakan orang yang memiliki otot tungkai yang kuat pasti akan memiliki  jantung yang kuat.


 ©️ Penuaan ternyata dimulai dari kaki, kemudian ke atas.


 ©️ Seiring bertambahnya usia, ketepatan dan kecepatan transmisi arahan dari otak ke kaki menurun, tidak seperti saat seseorang masih muda.


 ©️ Selain itu, apa yang disebut Kalsium Pupuk Tulang, cepat atau lambat akan hilang seiring berjalannya waktu, yang membuat wargatua lebih berisiko patah tulang.


 ©️ Fracture patah tulang pada wargatua ini mudah menyebabkan rangkaian komplikasi lain, terutamanya penyakit yang membawa maut seperti trombosis otak.


 ©️ Tahukah Anda ternyata 15% pesakit wargatua  meninggal dalam waktu satu tahun, karena patah tulang paha.


 ©️ Melatih kaki, tidak ada kata terlambat, walaupun setelah usia di atas 60 tahun.


 ©️ Meskipun kaki kita secara bertahap tahap akan menua seiring waktu, melatih kaki kita adalah tugas seumur hidup.


 ©️ Hanya dengan memperkuatkan kaki, seseorang dapat mencegah penuaan yang lebih lanjut.


 ©️ Harap berjalan kaki setidaknya 30-40 minit setiap hari , untuk memastikan bahwa kaki Anda mendapatkan latihan yang cukup dan untuk memastikan otot-otot kaki Anda terjaga tetap sehat.


JAGA KAKI ANDA

Semoga bermanfaat

๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š๐Ÿ’š






Tua = TOA = Pahlawan = Otai

 T U A


Buat khas KITA² semua..


❄ Kita Ni Dah Tua;

❄ Wajah Luntur Di Telan Usia;

❄ Lain Didengar Lain Dikata;

❄ Lain Dicari Lain Yg Dijumpa;

❄ Mata Kabur Tak Kenal Rupa;

❄ Wang Di Saku Kadang2 Lupa.


❄ Kita Ni Dah Tua;

❄ Ada Cucu Elok Di Jaga;

❄ Buat Teman Di Waktu Senja;

❄ Anak2 Sibuk Tah Ke Mana;

❄ Kita Dok Termenung Di Jendela.


❄ Kita Ini dah Tua;

❄ Gigi Dah Tak Tumbuh Uban Merata;

❄ Sekali Ingat Sekali Lupa;

❄ Macamana Nak Jadi Juru Kira.


❄ Kita Ni Dah Tua;

❄ Ada Harta Elok Diguna;

❄ Bayar Zakat, 

❄  Derma Ikhlas Masuk Dana

❄ Entah Esok, Entah Lusa Entah Bila;

❄ Jangan Lagi Sibuk Nak Bina Empayar;

❄ Lebihkan Amal Tambah Pahala.


❄ Kita Ni Dah Tua;

❄ Tubuh Lesu Lutut Ketar;

❄ Elok Berzikir Dari Mengira Harta;

❄ Elok Berehat Dari Bekerja;

❄ Urut Kaki Pulas Tangan 

❄ Putar Kiri Putar Kanan;

❄ Sampai Dada Rasa Lega

❄ Alhamdulillah umur Masih Ada.


❄ Kita Ini dah Tua;

❄ Intai Sahabat Mana Yang Ada

❄ Ajak Bergurau Ajak Bersenda

❄ Jangan Lagi Kata Mengata

❄ Ajak Berlawak Ketawa Berjela

❄ Lupa Seketika  Kita dah Tua .


Salam Ukhuwah Buat semua...Selamat berada 10 hari terakhir Ramadan.




Pilihanraya Negeri PRN Johor 2022

 Gelak pilihanraya negeri Johor. Hiburan sebelum pergi nengundi.  ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ


aku PAS.. 

bini aku BN..

Setiap malam

kami akan BERSATU..

tunaikan AMANAH masa akad nikah..

mmm.. DAPnya.. 

๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Lepas 9 bulan dapat WARISAN๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Nikah 2 kena ada KEADILAN   

Mau nikah 3 perlu ada PAKATAN ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

4 masih ada HARAPAN ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Tapi mesti bakal isteri harus lah MUDA


Kalau takut, baik kekal BEBAS♿♿♿  ๐Ÿ˜‡๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ


Apa pun pilihan kita

KITA BERSAUDARA...

Selamat mengundi esok hari... ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช







Sunday, 17 April 2022

Puasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat

 


ุนَู†ْ ุนَุจْุฏِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุจْู†ِ ุนَู…ْุฑٍูˆ ุฃَู†َّ ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ู‚َุงู„َ ุงู„ุตِّูŠَุงู…ُ ูˆَุงู„ْู‚ُุฑْุขู†ُ ูŠَุดْูَุนَุงู†ِ ู„ِู„ْุนَุจْุฏِ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ุงู„ุตِّูŠَุงู…ُ ุฃَูŠْ ุฑَุจِّ ู…َู†َุนْุชُู‡ُ ุงู„ุทَّุนَุงู…َ ูˆَุงู„ุดَّู‡َูˆَุงุชِ ุจِุงู„ู†َّู‡َุงุฑِ ูَุดَูِّุนْู†ِูŠ ูِูŠู‡ِ ูˆَูŠَู‚ُูˆู„ُ ุงู„ْู‚ُุฑْุขู†ُ ู…َู†َุนْุชُู‡ُ ุงู„ู†َّูˆْู…َ ุจِุงู„ู„َّูŠْู„ِ ูَุดَูِّุนْู†ِูŠ ูِูŠู‡ِ ู‚َุงู„َ ูَูŠُุดَูَّุนَุงู†ِ


Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.


2.  Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan  menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.


3.  Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran  (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.


4.  Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya. 


5.  Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa disamping tilawah dan tadabur al-Quran pada siang dan malam harinya  disamping melakukan amalan ibadah yang lain dalam kerangka mendekatkan diri kepada Allah.


Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah AlBahili,  Rasulullah SAW bersabda:


ุญَุฏَّุซَู†ِูŠ ุฃَุจُูˆ ุฃُู…َุงู…َุฉَ ุงู„ْุจَุงู‡ِู„ِูŠُّ ู‚َุงู„َ ุณَู…ِุนْุชُ ุฑَุณُูˆู„َ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ุฅِู‚ْุฑَุกُูˆุงู„ْู‚ُุฑْุขู†َ ูَุฅِู†َّู‡ُ ูŠَุฃْุชِูŠ ูŠَูˆْู…َ ุงู„ْู‚ِูŠَุงู…َุฉِ ุดَูِูŠุนًุง ู„ِุฃَุตْุญَุงุจِู‡ِ


“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih


6.  Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan, marilah kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran dengan membaca dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya.


7.  Rebut peluang bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga atau ahli kariah sepanjang Ramadan ini. Sama-sama dapat menyemak dan memperbetulkan bacaan ahli yang lain.  


Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup.






MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN R.’ANHUMA

 Assalamualaikum wbt 


MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN R.’ANHUMA


Muawiyah Radhiyallฤhu ‘anhu lahir di kota Makkah Al-Mukarramah (602 M). Ayahnya ialah Abu Sufyan Shakhr, dan ibunya ialah Hindun binti Utbah bin Rabiah. Oleh kerana saudara perempuannya, Ummu Habibah R.’Anha merupakan salah seorang isteri mulia Rasulullah SAW, Muawiyah RA pun memperoleh kemuliaan dengan menjadi saudara ipar Rasulullah SAW.


Muawiyah bin Abu Sufyan RA masuk agama Islam sebelum penaklukan Makkah Al-Mukarramah, dan dia merahsiakan keislamannya daripada ayahnya. Bahkan, beliau berkata, “Ketika Rasulullah SAW tiba di Makkah untuk melaksanakan umrah qada, aku sudah membenarkan Rasulullah SAW.” Selanjutnya, ketika ayahnya memeluk agama Islam pada masa penaklukan kota Makkah, beliau mengumumkan keislamannya.


Muawiyah RA ialah salah seorang juru tulis wahyu Rasulullah SAW. Ada banyak hadis syarif yang telah diriwayatkan daripadanya.


Muawiyah RA telah memperoleh doa-doa Rasulullah SAW yang berikut, “Ya Allah, berikanlah dia petunjuk ke jalan yang benar, jauhkanlah ia daripada yang salah dan buruk, ampunilah ia di dunia dan akhirat” dan “Ya Allah ajarilah Muawiyah menulis dan mengira. Lindungilah dia daripada azab dan masukkanlah ia ke dalam syurgamu.”


Pada masa kekhalifahan Sayidina Umar RA, beliau telah mengangkat Muawiyah RA sebagai Gabenor Syam. Muawiyah RA terus melaksanakan tugas ini hingga menjadi khalifah. Penaklukan banyak tempat, seperti pulau Cyprus dan lain-lain, berlaku semasa kekhalifahannya.


Muawiyah RA ialah orang yang sangat lembut, berwibawa, pemurah, adil, memiliki jiwa kepimpinan yang sangat tinggi, dan sangat cerdas. Semasa bertugas sebagai Gabenor Syam, suatu hari dia mendapat berita tentang pencerobohan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Bizantium ke kota Sham. Kemudiaan, beliau mengirim surat ancaman kepada kerajaan Bizantium seperti yang berikut, “Jika kalian memulakan pencerobohan ke Syam, aku akan menyerang kalian bersama pasukan Khalifah dan aku akan menjadi panglima mereka. Atas izin Allah, aku akan menghancurkan Kostantinopel yang berkabus dan berasap, yang merupakan ibu kota kalian, dan menghanguskannya. Sebagaimana lobak dicabut daripada tanah, aku akan menarik dan mengeluarkanmu daripada kerajaanmu dan menjadikanmu pengembala khinzir.”


Pada masa kekhalifahan Muawiyah RA, Kostantinopel pertama kali dikepung oleh pasukan Islam (tahun 49 H). Rasulullah SAW bersabda, “Tentera-tentera pertama yang berperang menghadapi Kostantinopel akan mendapatkan keampunan.” Radhiyallฤhu ‘anhu.


Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah





Saturday, 16 April 2022

Madu

 Cara- cara makan/minum madu dengan betol..

Petua dari orang tua-tua.....

1. Guna sudu plastik/kayu



Sudu besi hilang penawar...

2. Makan/minum ketika perut kosong

3. Sebelum tidor

4. Ketika madu ada dirumoh jangan makan/minum..




Friday, 1 April 2022

Ramadhan Kareem

 *SURAT PERMOHONAN MAAF TERBUKA*

_________________________


Tarikh   : 01/04/2022

Perkara : *Moh





on Maaf*

Kepada  : Ahli Grp Semua


*INGATlKAN :* 03/04/22 Ahad insyaAllah sudah memasuki bulan  Suci Ramadhan Al Mubarak 1443 H.


*TIMBANGKAN :*

Kesalahan yang telah saya lakukan baik sengaja maupun tidak  sengaja.sudah banyak sangat hingga tak terkira


*PERHATIKAN :*

Kita saling mema'afkan sesama keluarga, umat Islam  & untuk menjaga Silahturahim & Ukwah


*TINDAKAN :*


*"DENGAN RENDAH DIRII DAN HATI TERBUKA"*

Saya atas nama *Peribadi  dan Keluarga*  *Memohon Kemaafan Atas Segala Kesalahan Selama Ini Serta Halalkan Makan Minum Kami* - serta mengucapkan :


*SELAMAT MENYAMBUT BULAN SUCI LAGI BERKAT RAMADHAN 1443 H* 


 ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ูƒُุชِุจَ ุนَู„َูŠْูƒُู…ُ ุงู„ุตِّูŠَุงู…ُ ูƒَู…َุง 

ูƒُุชِุจَ ุนَู„َู‰ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู†ْ ู‚َุจْู„ِูƒُู…ْ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชَุชَّู‚



ุชَู‚َุจَّู„َ ุงู„ู„ّู‡ُ ู…ِู†َุง ูˆَ ู…ِู†ْูƒُู…ْ jุตِูŠุงَู…َู†َุง ูˆَ ุตِูŠَุงู…َูƒُู…ْ ูƒُู„ُّ ุนَุงู…ٍ ูˆَ ุฃَู†ْุชُู…ْ ุจِุฎَูŠْุฑٍ