Wednesday, 16 February 2022

Pencen - Bersara

 *Konsep Persaraan Menurut Rasulullah SAW*

👴🏻👵🏻 


📍Kebanyakan dari kita sudah terpahat sebua


h pemikiran untuk *

h

idup tenang di hari tua,* duduk-duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa, hanya bermain dengan cucu, jumpa kawan-kawan dalam reunion serta jalan-jalan ke sana ke mari...


📍Kita ingin *hidup di zon selesa,* atau kita hanya berfikir menghabiskan masa tua hanya dengan shalat dan membaca Quran dari waktu ke waktu, tanpa kegiatan lain.


📍Itulah *pola pemikiran (mindset)* kita. 

Setidak-tidaknya itulah fenomena yang terjadi di sekitar kita. 


Ketika kita belum memasuki usia persaraan pun, *kita kerap merasa bukan masanya untuk aktif.* 


Akhirnya, kita kehilangan ghairah dan mungkin juga kehilangan arah‼️

Mahu apa❓ 

Mahu ke mana❓ 

Untuk apa❓ 


Hanya ingin *hidup tenang di zon selesa* Hanya ingin *bersenang-senang,* tidak ingin bergerak. 


Bahkan KITA cenderung hanya ingin *memikirkan diri sendiri*‼️ 


Makin tidak peduli dengan sesama dan masyarakat sekitar...


Kita merasa sudah masanya berehat. 

Bukankah begitu ??? 

Saya pun dulu berfikir begitu !!! 


🤔 *Sebenarnya, apakah ada dalam Islam yang mengajar pola berfikir seperti itu pada umur menjelang senja*❓


💡Alhamdulillah, Allah SWT memberikan kita jawapan dalam Al-Quran Surah Al-Insyirah (94), ayat 7 dan 8.


*_"Maka apabila engkau sudah selesai mengerjakan satu urusan, maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain."_* (94:7).


*_"Dan kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." (94:8)_*


💡Lalu saya terkenang, kitab Sirah Nabawiyah yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW *memulai hidup baru di usia 40 tahun*


💡Demikian pula sahabat-sahabat Baginda, seperti Abu Bakar Siddiq yang lebih muda 2 tahun enam bulan dibanding Rasulullah SAW.


Pada usia itu, Rasulullah SAW dan para sahabat *memasuki perjuangan baru, meninggalkan zon selesa* yang selama ini mereka rasakan. 


⏩Harta, mereka infaqkan. 


⏩Martabat manusia mereka perjuangkan. 


❌Bukannya bersantai dan terpaku pada kedudukan selesa...

 

⏩Tetapi mereka *makin aktif dan dinamis*


❌Di usia tua Rasulullah SAW tidak sibuk dengan solat dan membaca al-Quran saja... 


Mulai usia 53 tahun justeru Baginda :


⏩ *makin aktif membina hubungan dengan sesama manusia.*


⏩ Membangun masyarakat madani (civil society) di Madinah. 


⏩Tidak hanya hubungan dengan Allah SWT, tetapi juga hubungan dengan manusia.


⏩Baginda SAW makin bermasyarakat, *makin terlibat dalam kehidupan sosial*


💡Ertinya, *memasuki usia persaraan bukan alasan kita untuk melepaskan diri dari kehidupan sosial dan hanya sibuk dengan diri sendiri.*‼️


⏩Hingga akhir hayat, Rasulullah *tidak pernah diam dan tidak juga ingin beristirahat*


⏩Rasulullah SAW, juga tidak meninggal dalam keadaan kaya, tidak juga dalam keadaan bersara kerana beliau tetap memimpin umatnya. *Persaraan beliau, adalah kematian*‼️


⏩Begitu juga sahabat-sahabat Rasulullah yang lain. 


Mereka *mendapat gratuiti setelah syahid.*

Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, contohnya. 

Bahkan Abu Ayyub al-Anshari berangkat  berperang menghadapi Byzantium pada usia 93 tahun.


💡Konsep persaraan yang umum difahami masyarakat membuat *kita lupa bahawa bertambah usia itu bererti kesempatan hidup kita makin berkurang.*😔😔


💡Manusia sukses versi Islam itu menurut hadis adalah :

*_“Manusia terbaik di antara mu adalah yang paling bermanafaat bagi manusia lain.”_*


💡Bertambah usia, justeru kita harus makin merambah dunia. 

Berbagi dan menjadi sosok bermanfaat. 

Bukan berfikir untuk hidup santai dan sekadar menghabiskan waktu dengan hal-hal tidak jelas.

💡Lagi pula, *makin pasif seseorang, makin cepat dia nyanyuk* 


💡Alhasil, jika memang kita ingin mempersiapkan hari tua, selain menyiapkan wang agar tidak berkekurangan, yang *lebih penting adalah menyiapkan apa yang boleh kita lakukan agar kita bermanfaat* bagi sesama pada hari tua, sampai saatnya menutup mata. 

Tidak ada kata terlambat untuk memulai hidup baru. 


Tua bukan alasan untuk putus asa dan berhenti. 

Merasa tua dan berfikir "bukan masanya lagi untuk hidup aktif dan dinamis adalah bukan pilihan yang tepat..."


💡Justeru,  *kita harus lebih hidup dan bersemangat. #sel berkata2#jiwabahagia#badanbertenaga#botolbiru

Sunday, 6 February 2022

Tua itu BONUS

 Sedih bacanya ... Tapi itulah kenyataan hidup yang harus dihadapi ...

----------

Artikel bagus nih buat direnungkan ...👇

 

PERLU DIRENUNGI

Orang tua yang katanya banyak makan asam garam, mengerti semuanya, namun hakikatnya mereka seperti anak² yang tidak mengerti tentang masa tua.


Ramai warga emas yang tidak membuat persediaan diri untuk menghadapi perjalanan masa tua ini. 


Manusia ketika mencapai usia 60 tahun akan mula memasuki fasa tua. Sebelum hari benar² senja kita harus mengingati beberapa sudut pandangan yang akan dihadapi. Sehingga hati lebih bersedia dan tidak galau.


# SUDUT PANDANGAN PERTAMA: Ketika usia makin tua kita menyedari bahawa makin sedikit orang² yang ada disamping kita. Generasi orangtua kita telah tiada, generasi kita juga banyak yang sudah tidak mampu menjaga diri sendiri. Generasi muda punya kesibukan tersendiri, bahkan mungkin suami atau isteri sudah meninggal terlebih dahulu.


Yang menemani kita hanyalah hari² yang kosong melompong. Kita harus belajar untuk hidup sendirian dan mengharungi kesendirian tersebut.


## SUDUT PANDANGAN KEDUA: Perhatian masyarakat makin lama makin pudar tidak prihatin betapa hebatnynya kerjaya kita sebelumnya. Walau terkenalnya kita, setelah uzur kita menjadi atok atau nenek biasa² sahaja. Lampu² tidak lagi menerangi kita, kerana itu belajarlah untuk menyesuaikan diri dengan tenang. Mengagumi keriuhan generasi muda, dan kita tidak boleh dan tidak harus rasa cemburu atau rasa galau kita.


### SUDUT PANDANGAN KETIGA:  Dalam kita mengharungi kehidupan di masa hadapan banyak liku² hidup dan cabaran penyakit² yang pasti kita hidapi seperti tulang retak, stroke, alzheimer, barah dsb, semua itu mungkin kita rasai. Mau tidak mau perlu ditempuhi. Kerana itu kita harus belajar menerima hakikat untuk hidup bersama penyakit² yang kita hidapi. Beriadah, bersenam dan mengamalkan hidup sihat. Tidur dan rehat yang cukup. Bersemangat untuk memotivasi sendiri.


#### SUDUT PANDANGAN KEEMPAT: Hidup di atas tempat tidur, kembali ke situasi seperti waktu kita baru lahir. Setelah melalui kehidupan yang penuh dugaan dan berliku, akhirnya kita kembali ke tempat asal iaitu tempat tidur. Dikala inilah kita dijaga orang lain.


Yang membezakannya dulu kita dibela Ibu, namun nanti belum tentu ada ahli keluarga kita yang sanggup menjaga kita. Kalau adapun tentu jauh bezanya dengan jagaan seorang Ibu. Besar kemungkinan juga yang menjaga kita adalah jururawat yang wajahnya tersenyum namun hatinya meluat. Diperingkat ini kita tetap harus merendah diri dan mengucapkan terimakasih kepada jururawat yang mengurus keperluan kelangsungan kita.


##### SUDUT PANDANGAN KELIMA:


Sebelum penghujung hidup ini, tahap terakhir perjalanan hidup umpama senja dan malam makin gelap. Tentunya peringkat ini akan lebih menyusahkan kita. Kerana itu setelah usia 60-an kita harus berlapang dada "take it easy " terhadap kehidupan. Nikmati hidup ini, syukuri yang ada, tidak perlu terlalu peduli pada hal² yang remeh, tidak usah terlalu peduli pada urusan kecil anak cucu. Persiapkan suasana hati sehingga boleh menghadapi perjalanan ini dengan santai dan wajar.


SELAMAT MENJALANI HARI TUA DENGAN BAHAGIA DAN SELALU MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH SWT SANG PENCIPTA KITA.


JANGAN MUDAH TERSINGGUNG DAN MARAH-MARAH  nanti makin ramai orang menjauhkan diri dengan kita. 

Sharing is Caring....😄