Thursday, 22 April 2021

NILAI DUNIA BERBANDING AKHIRAT

 Daripada al-Mustaurid bin Syaddad al-Fihri RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:


وَاللَّهِ مَا الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ مِثْلُ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ فِي الْيَمِّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ يَرْجِعُ 


Maksudnya: “ Demi allah tiadalah kelebihan dunia berbanding dengan akhirat melainkan seperti seseorang kamu mencelup jarinya di dalam laut ini kemudian melihat apa yang ditinggalkan.” 

Pedoman dan Iktibar Hadis 

  1. Kecil nilai dunia berbanding akhirat. Balasan akhirat jauh lebih besar berbanding dengan nikmat dunia yang bersifat fana dan sedikit. 
  2. Dunia diumpamakan tempat “membayar”, manakala di akhirat nanti merupakan tempat “berseronok’. Pay now, play later
  3. Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Syurga itu dipagari dengan kesusahan, manakala neraka pula dipagari dengan keseronokan.”  
  4. Orang yang beriman sanggup bersusah payah untuk melakukan ketaatan, kebajikan dan kebaikan.hidupnya terlalu sibuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. 


Mutiara Hikmah 

  1. Pujangga berkata: Jaringan dunia ini terjalin daripada keharusan dan kemungkinan. Akal manusialah yang dapat menempatkan dirinya antara kedua-keduanya dan ia mengetahui bagaimana untuk mengaturnya. 



                                                                                SUMBER RUJUKAN: PERMATA BUAT ORANG YANG BERIMAN, JILID 2 KARANGAN DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI   


ڤوست إسلام

Pusat Islam

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Hang Tuah Jaya,

76100 Durian Tunggal,

Melaka

 

Telefon: 06-270 2091

Fax: 06-270 1042








No comments:

Post a Comment