HARIMAU TOK PAROI
Dua tiga hari ni, gempar harimau muncul di dalam kawasan penempatan manusia di Terengganu. Nasib baik memang harimau betul.
Frank Swettenham sebaliknya ada menulis tentang harimau jadian di dalam 'Malay Sketches' terbitan 1895, di mana beliau mengatakan bahawa masyarakat Kerinchi (padanya ditulis sebagai 'Korinchi') dari Sumatera memiliki ilmu luar biasa iaitu mampu menukar diri menjadi harimau. Swettenham juga menyatakan bahawa ilmu ini digunakan oleh segelintir ahli masyarakat tersebut yang memiliki kurniaan ilmu harimau jadian untuk membalas dendam atau melakukan khianat ke atas sesiapa yang ingin mereka cederakan atau bunuh.
Seorang sarjana Scotland bernama Alexander Hamilton pula pada tahun 1930 turut menyatakan di dalam bukunya yang berjudul 'A New Account of the East Indies' bahawa sekitar abad ke-18, mendapati bahawa terdapat dari kalangan orang Melayu Minangkabau yang menguasai ilmu menunduk dan menunggang harimau.
Maka seperti yang umum ketahui, masyarakat awal di wilayah-wilayah awal tanah Adat Perpatih, lama sebelum Negeri Sembilan wujud, kawasan ini didatangi dan dibuka oleh Melayu dari Sumatera, khususnya Minangkabau. Warisan keberadaan mereka di atas tanah beradat ini selain membawa legasi Adat Perpatih untuk diasimilasikan dengan penduduk asal orang asli di sini, turut membawa bersama mereka ilmu-ilmu hutan, perubatan, persilatan termasuklah ilmu-ilmu ghaib, sihir atau magis yang hingga sekarang masih sukar diperjelaskan dengan sains serta logik akal.
Di Seremban (dahulu dikenali sebagai Sungai Ujong) ada sebuah mukim yang dinamakan Paroi. Nama Paroi ini pula dikatakan berasal dari nama Tok Paroi, seorang pimpinan tersohor masyarakat dagang yang juga kebetulan datang dari Minangkabau, Sumatera.
Beliau bersama juak-juaknya adalah antara kelompok Melayu terawal dari Minangkabau yang membuka penempatan di Sungai Ujong dan Johol ketika itu, bermula lama dan dipercayai sezaman dengan kesultanan Melayu Melaka lagi.
Antara kisah Tok Paroi yang paling menarik ialah kisah tentang ketinggian ilmu ghaib beliau yang mampu menjelma sebagai harimau jadian. 'Urban legend' yang dikenali sebagai lagenda Harimau Tok Paroi ini sebenarnya telah wujud sejak turun temurun, diperturunkan oleh orang tua-tua untuk menakutkan anak-anak mereka yang keluar malam atau pulang lewat senja. Suatu ketika dahulu ada ungkapan bagi menggambarkan betapa besar dan dahsyatnya sesuatu itu dengan ayat "Ia sebesar Tok Paroi!"
Malah ada juga diceritakan bahawa Tok Paroi selain mampu menjelma sebagai harimau, beliau juga mampu membesar sehingga lebih tinggi dari pokok meranti yang paling tinggi di dalam hutan Gunung Angsi.
Winstedt sendiri ada menulis tentang kisah Harimau Tok Paroi ini di dalam artikel beliau berjudul 'Karamat' pada para 16 berkenaan 'Karamat of Paroi' di dalam Royal Asiatic Society, Journal Malayan Branch Vol II Part III, padanya Winstedt menyatakan bahawa ketika beliau menulis berkenaan lagenda tersebut, rata-rata masyarakat Negeri Sembilan mempercayai akan kewujudan Harimau Tok Paroi dan bagaimana ia dipuja masyarakat setempat. Beliau bahkan turut mengatakan bahawa Tok Paroi juga merupakan tuan kepada semua harimau jadian yang mendiami hutan di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Utara Johor pada masa itu.
Pendita Za'aba, sasterawan negara yang berasal dari Negeri Sembilan, banyak menulis tentang sejarah dan kisah-kisah rakyat Negeri Sembilan termasuk merekodkan empat kisah khusus berkenaan 'Harimau Tok Paroi' ini.
Kisah yang pertama adalah tentang kematian seorang lelaki dari Ulu Jempol yang datang semula menjenguk cucunya. Lelaki tersebut yang mulanya menjelma sebagai dirinya sendiri 'pulang' ke rumahnya, beberapa ketika selepas meninggal dunia. Jelmaan lelaki itu kemudian memimpin cucu lelakinya untuk mengikut beliau ke dalam hutan berhampiran. Lelaki itu yang kemudiannya menjelma menjadi harimau membenarkan cucu lelakinya untuk menunggang di belakangnya bagi dibawa ke sebuah perkampungan di puncak Gunung Angsi.
Apa yang mengujakan apabila mereka sampai di perkampungan tersebut ialah rupa-rupanya, 'penduduk' kampung itu semuanya harimau jadian yang turut hidup seperti manusia biasa. Budak lelaki tersebut dibawa melihat sekeliling kampung untuk melihat sendiri ada harimau jadian yang sedang berlatih silat, berpencak dan berkeris. Ada yang dilihat sedang mengaji dan mempelajari Al-Quran, malah turut berkebun dan bercucuk tanam, sama seperti manusia biasa.
Budak lelaki itu sebenarnya dikhuatiri hilang dan sedang dicari-cari dengan kemungkinan sesat di dalam hutan, akhirnya dijumpai semula oleh ibu bapanya sendiri berhampiran banir sebatang pokok kelapa di kampungnya. Seperti diceritakan Za'aba budak tersebut hilang beberapa ketika dan dijumpai semula di tempat asalnya dalam sekelip mata, dalam keadaan terpinga-pinga dan keliru. Selepas sedar semula, dia kembali menceritakan pengalaman dibawa datuknya yang menjelma sebagai harimau itu serta segenap butiran apa yang dia lihat dan alami semasa 'pemergian' nya ke 'kampung harimau' itu tadi.
Za'aba kemudiannya menceritakan pula tentang Harimau Tok Paroi yang meninjau persekitaran kawasan hutannya bertemankan seorang budak lelaki sebagai pembantu. Beliau juga menulis bahawa jika sesiapa yang berkelana di dalam hutan berhampiran Gunung Angsi dan menemukan tapak harimau dengan di sisinya terdapat tapak kaki manusia bersaiz kecil, seperti kanak-kanak, maka kesan tapak kaki harimau itu sebenarnya dipercayai adalah milik jelmaan Harimau Tok Paroi sendiri.
Tanah tempat Tok Paroi berpijak dan meninggalkan jejak itu akan kemudiannya digali dan dijadikan azimat. Ini kerana tanah tersebut dipercayai memiliki kuasa untuk menjauhkan harimau liar lain, menjadi tangkal untuk menghalau kuasa jahat, memberi nasib baik kepada pemakainya malah dikatakan turut menjadikan pemakainya kebal.
Kisah ketiga yang turut ditulis kembali oleh Za'aba di dalam artikel beliau berkenaan kisah jelmaan Harimau Tok Paroi ialah tentang kejadian aneh ketika 'Hari Mantai', iaitu hari terakhir Ramadan dan persiapan menjelang esoknya Aidilfitri. Menurut beliau, pada suatu masa, ketika sebuah kampung di Paroi sibuk menjual daging mantai sebagai persediaan Hari Raya Puasa, kampung tersebut telah didatangi seorang budak lelaki yang tidak dapat dipastikan asal usulnya. Perwatakannya yang aneh dan misteri, dikatakan dilihat keluar dari hutan dari hujung kampung tersebut.
Budak tersebut pada mulanya dilihat membawa dua buah raga besar diperbuat daripada rotan yang diikat pada dua hujung buluh yang dikandar di bahunya. Budak itu terus menuju ke salah satu pondok yang menjual daging kerbau, makanan eksotik dan hanya dikorbankan untuk hari kebesaran sahaja seperti hari raya. Budak lelaki itu meminta untuk membeli sejumlah besar daging kerbau yang kemudiannya dimuatkan pula di dalam dua raga rotan yang dibawanya tadi. Setelah penuh, dia membayar harga daging kerbau itu kepada penjual tersebut dengan tunai.
Apa yang aneh, budak lelaki itu dengan bersahaja telah mengandar semula dua raga penuh berisi daging kerbau mantai tadi, seraya menuju pulang kembali ke hutan. Dikatakan bahawa bakul itu amat berat berdasarkan isi daging kerbau dan buluh yang membengkok, malah mustahil pula untuk dikandar oleh seorang dewasa, inikan pula oleh seorang kanak-kanak.
Beberapa orang kampung yang merasa kehairanan melihatkan budak lelaki tersebut kemudiannya memutuskan untuk mengikutinya masuk ke dalam hutan. Setelah beberapa lama mengikuti kanak-kanak tersebut, alangkah terkejutnya orang kampung tadi apabila melihatkan rupanya daging yang dikandar budak tadi dibeli dan dibawa ke dalam hutan untuk diberikan pula kepada seekor harimau besar yang sedang menunggunya di atas sebuah busut di dalam hutan.
Kerana ketakutan melihatkan keadaan itu, lintang-pukang mereka lari meninggalkan kawasan itu untuk keluar dari hutan sekaligus menceritakan semula apa yang mereka lihat kepada orang lain. Cerita itu sendiri telah mengesahkan keberadaan apa yang mereka gelar sebagai Harimau Tok Paroi dengan pembantunya.
Kisah terakhir yang dinukilan oleh Za'aba ialah bagaimana Tok Paroi menghalau dan mengerjakan musuhnya, harimau berantai Dato' Gunung Ledang. Adalah diketahui, bahawa kedua puak ini memang sudah lama bersengketa, namun Za'aba memetik kisah tentang suatu ketika diketahui tentang pertembungan dan perlawanan antara keduanya.
Pada suatu masa ketika, seekor harimau berantai milik Dato' Gunung Ledang ini telah terlepas dan melakukan kerosakan dan onar di dalam kawasan Bukit Putus, kawasan milik Tok Paroi sendiri. Perbuatan harimau itu begitu teruk sekali hingga tidak boleh diterima.
Harimau itu kemudiannya dikerjakan oleh harimau Tok Paroi dengan teruk hingga cedera parah dan patah riuk, namun masih hidup untuk kemudiannya pulang dan mengadu dengan tuannya, iaitu Dato' Gunung Ledang.
Selepas berang usai mendengar sendiri dari dan melihat kecedaraan parah yang dialami anak buahnya itu, Dato' Gunung Ledang membawa sendiri beberapa ekor harimau berantai miliknya dari Gunung Ledang untuk kononnya untuk turun mencari bagi membalas dendam terhadap Tok Paroi di Bukit Putus dan Gunung Angsi.
Dipendekkan cerita, kumpulan Dato' Gunung Ledang itu bertemu dengan apa yang ditulis Za'aba sebagai seekor kucing hutan seraya ditanya adakah dia tahu akan kedudukan dan keberadaan Tok Paroi.
Kucing hutan tersebut ditulis olehnya bukan sahaja tidak menjawab soalan yang ditanya, malah mempersoalkan pula kehadiran mereka ke kawasan Tok Paroi itu. Berang dengan perlakuan kucing hutan tersebut, Dato' Gunung Ledang mengherdiknya sebelum menceritakan tujuan sebenar mereka yang datang dari Gunung Ledang untuk mencari Tok Paroi.
Mendengarkan hasrat jahat Dato Gunung Ledang itu, tanpa disangka-sangka kucing hutan tersebut telah menjelmakan dirinya menjadi seekor harimau besar, iaitu menjadi Harimau Tok Paroi yang dicari-cari. Harimau itu mengaku bahawa beliaulah Tok Paroi malah dengan garang dan beraninya mencabar Dato' Gunung Ledang dan konco-konco harimau berantainya.
Harimau Tok Paroi kemudiannya terus membesar dan mengejutkan musuhnya itu telah menjelma dengan sangat besar sehingga dikatakan bahawa perutnya sahaja terletak betul-betul di atas pohon Meranti di dalam hutan tersebut. Jelmaan Harimau Tok Paroi itu terus menakutkan semua harimau berantai yang ada. Namun atas arahan Dato' Gunung Ledang, seekor demi seekor harimau berantai itu menyerang Tok Paroi. Apabila mendapati bahawa serangan ke atas Tok Paroi tetap tidak mendatangkan sebarang kesan, mereka mula menyerang secara serentak pula.
Melihatkan gerakan itu, Tok Paroi berhenti dari mempertahankan diri dan terus menyerang kembali semua harimau berantai yang ada. Seekor demi seekor harimau tumbang menyembah bumi, malah saki baki harimau yang kemudiannya lari dihambat pula oleh Tok Paroi, dengan apa yang dinyatakan oleh Za'aba "Bagai kucing mengejar tikus lagaknya!".
Tempat pertempuran lagenda antara Tok Paroi dan harimau berantai dari Gunung Ledang itu menjadikan kawasan bukit itu terputus di tengahnya, membentuk apa yang hari ini dikenali sebagai Bukit Putus, bukit yang memisahkan daerah Seremban dengan Jempol.
Kisah tentang kehebatan Harimau Tok Paroi ini walaubagaimanapun turut membebankan beliau sendiri apabila makam beliau suatu ketika dahulu pernah menjadi mangsa pemujaan oleh orang ramai dari semua bangsa dan agama. Mereka ini datang dari segenap pelusuk negeri, semata-mata untuk pemujaan, memohon hajat dan untuk mendapatkan habuan apa yang digelar mereka sebagai Keramat Tok Paroi.
Pada makam Tok Paroi malah pernah diletakkan colok dan lilin, selain barang-barang pemujaan yang syirik lagi khurafat. Pulut dihidangkan di atas makamnya, malah ada ketikanya disembelihkan pada makamnya kambing sebagai melepaskan hajat dan membayar nazar, kemudian dimandikan pula darah kambing tersebut ke atas orang yang membuat hajat ke atas makamnya. Perkara khurafat ini berlanjutan, sehinggalah akhirnya lama kelamaan amalan tersebut lenyap sendiri selepas beberapa ketika.
Itulah serba sedikit kisah tentang Harimau Tok Paroi, lagenda harimau jadian yang disampaikan turun temurun oleh waris-waris terdahulu di Negeri Sembilan. Sesungguhnya cerita-cerita rakyat, atau 'local folklore' sebegini wajar diangkat dan terus dihidupkan, kerana melalui pengkisahannya, selain mengetahui asal usul, ia turut membangkitkan kesedaran tentang sejarah tempatan juga jatidiri bangsa.
RUJUKAN;
1. 'Dato' Paroi, Were-Tiger'; Za'aba di dalam Journal of The Malayan Branch, Royal Asiatic Society, Vol III; 1925
2. 'Karamat of Paroi'; RE Winstedt di dalam Journal of The Malayan Branch, Royal Asiatic Society Vol II Part III; 1924
3. 'Malay Sketches'; Frank Athelstane Swettenham; 1895
4. 'A New Account of the East Indies'; Alexander Hamilton; 1930
5. 'A History of Malaysia', Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya; 1982
6. 'A Kingdom of Words: Minangkabau Sovereignity in Sumatran History'; Jane Drakard; 1993
kredit owner.
Thursday, 28 May 2020
Warga Emas vs Jubli Emas
11 Nasihat π WARGA EMAS
π Nasihat pertama
Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
π Nasihat kedua
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
π Nasihat ketiga
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
π Nasihat keempat
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
π Nasihat kelima
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.
π Nasihat keenam
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
π Nasihat ketujuh
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
π Nasihat kelapan
Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
π Nasihat kesembilan
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
π Nasihat kesepuluh
Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. Ψ§Ω Ψ΄Ψ§Ψ‘ Ψ§ΩΩΩ
π Nasihat kesebelas
Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..
⚘Semoga bermanfaat⚘
Terima kasih kpd yg mengirimi nasihat ini dan aku panjangkan.
π Nasihat pertama
Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
π Nasihat kedua
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
π Nasihat ketiga
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
π Nasihat keempat
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
π Nasihat kelima
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.
π Nasihat keenam
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
π Nasihat ketujuh
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
π Nasihat kelapan
Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
π Nasihat kesembilan
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
π Nasihat kesepuluh
Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. Ψ§Ω Ψ΄Ψ§Ψ‘ Ψ§ΩΩΩ
π Nasihat kesebelas
Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..
⚘Semoga bermanfaat⚘
Terima kasih kpd yg mengirimi nasihat ini dan aku panjangkan.
Tuesday, 12 May 2020
Bomoh vs Shaman
Bomoh Consultancy Story:
*A man with problems in his family life decided to go home and consult a Bomoh ( mystic ).The Bomoh told him to come back in two weeks bringing along some sample of sand from his yard.* π€π€π€
*So the man went back after two weeks with the sample of sand.* πΆπΌπΆπΌπΆπΌ
*The Bomoh performed his rituals and said to the man....I don't know if you can handle hearing this. The man said go ahead. I want to hear it.* πππ
*The Bomoh said the two boys you have are not your sons, your daughter is seeing five different men and your wife is pregnant from your younger brother.* ππΌ♂ππΌ♂ππΌ♂
*The man started laughing. The Bomoh asked him why he was laughing, after all these bad news.* πππ
*The man responded, I don't know if you can handle this. The Bomoh said go ahead. The man said, I was running late and I forgot to bring the sand sample from my yard, so I dug out some from your compound.*
*The Bomoh fainted.*
Release some stress amidst coronavirus.ππ
*A man with problems in his family life decided to go home and consult a Bomoh ( mystic ).The Bomoh told him to come back in two weeks bringing along some sample of sand from his yard.* π€π€π€
*So the man went back after two weeks with the sample of sand.* πΆπΌπΆπΌπΆπΌ
*The Bomoh performed his rituals and said to the man....I don't know if you can handle hearing this. The man said go ahead. I want to hear it.* πππ
*The Bomoh said the two boys you have are not your sons, your daughter is seeing five different men and your wife is pregnant from your younger brother.* ππΌ♂ππΌ♂ππΌ♂
*The man started laughing. The Bomoh asked him why he was laughing, after all these bad news.* πππ
*The man responded, I don't know if you can handle this. The Bomoh said go ahead. The man said, I was running late and I forgot to bring the sand sample from my yard, so I dug out some from your compound.*
*The Bomoh fainted.*
Release some stress amidst coronavirus.ππ
Thursday, 7 May 2020
Balik Kampung Raya
Sewaktu pulang dari kedai petang semalam terserempak dengan Zali gila…
Dia bertanya, “Tak balik kampung ke, Raya nanti?”
Saya jawab le, “Tak kot, sebab masih PKP, nanti kena denda RM1,000.”
Dia terus respon, “Eleh… 1,000 pun nak berkira. Mak ayah besarkan awak lagi banyak abis berpuluh ribu.”
Kekadang idea orang gila memang boleh buat aku gila…
Dia bertanya, “Tak balik kampung ke, Raya nanti?”
Saya jawab le, “Tak kot, sebab masih PKP, nanti kena denda RM1,000.”
Dia terus respon, “Eleh… 1,000 pun nak berkira. Mak ayah besarkan awak lagi banyak abis berpuluh ribu.”
Kekadang idea orang gila memang boleh buat aku gila…
Subscribe to:
Posts (Atom)