Sunday, 28 October 2018
Kelakuan Nabi Muhammad SAW صلوا عليه
1. Baginda selalu diam.
2. Berbicara ketika perlu.
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat.
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
5. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt).
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'.
7. Berfikir terus-menerus.
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu.
12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya.
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
16. Tidak pernah berteriak² di pasar.
17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan Allah swt.
19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.
20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak², lebih² lagi mencela orang lain.
24. Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.
25. Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
26. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah² ada burung melintas di atas kepala mereka.
29. Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
30. Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
31. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.
32. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
33. Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
34. Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
35. Tidak ada yang berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda.
36. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
37. Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
38. Paling berlapang dada.
39. Paling tepat dalam berbicara.
40. Paling halus keperibadiannya.
41. Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.
ahlifikirnegara: Sempurna, Kesempurnaan dan Ketinggian Akhlak.
Sumber:
(Ruj. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)
صلوا على النبي محمد صلى الله عليه وسلم
اللهم صل على محمد وعلى اله واصحابه اجمعين....
facebook.com/maulabillah
facebook.com/tradezara
Wednesday, 24 October 2018
MENGINGATI MATI ADALAH SIFAT TERPUJI
Dalam kita menjalani kehidupan di dunia ini, terlalu banyak perkara yang telah kita lakukan. Ada yang baik, ada yang buruk dan ada yang sia-sia. Bijak dan berfikirkah kita sebelum melakukan sesuatu perbuatan itu? Bila kita memikirkan kematian ini ia akan menyukarkan untuk kita melakukan sebarang kejahatan. Bagaimana kita menjadi orang yang sentiasa mengingati kematian.
Menurut Imam Al-Ghazali bahawa antara sifat mahmudah adalah sentiasa mengingati kematian. Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :
Sekadar Hiasan |
“Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.”
Sekadar Hiasan |
Firman Allah S.W.T:
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ.
Maksudnya:
Surah al-Jumu’ah: 8
Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa. Selagi kita masih diberi peluang untuk hidup ini, gunakanlah masa dengan baik. Apabila ingin melakukan sesuatu, ingatlah akan kematian. اعمل لدنياك كأنك تعيش أبداً واعمل لآخرتك كأنك تموت غداً
“Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan kamu akan hidup selamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seakan-akan kamu mati esok hari ”
ahlifikirnegara: Namun umat Islam dilarang sama sekali berdoa untuk mempercepatkan kematiannya.
Sumber:
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ.
Maksudnya:
Katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu, kemudian kamu sekalian akan dikembalikan kepada Zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan.
Surah al-Jumu’ah: 8
Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan Mukmin (Mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa. Selagi kita masih diberi peluang untuk hidup ini, gunakanlah masa dengan baik. Apabila ingin melakukan sesuatu, ingatlah akan kematian. اعمل لدنياك كأنك تعيش أبداً واعمل لآخرتك كأنك تموت غداً
“Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan kamu akan hidup selamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seakan-akan kamu mati esok hari ”
ahlifikirnegara: Namun umat Islam dilarang sama sekali berdoa untuk mempercepatkan kematiannya.
Sumber:
ڤوست إسلام
Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka
Telefon: 06-270 2091
Fax: 06-270 1042
'Chairman of Microsoft'
Bill Gates has resigned as the 'Chairman of Microsoft' after receiving a letter from Kuppusaamy below:
Saar,
I have some questions for you.... Please yanswer yar:
Namba wan) The keyboard alphabets yar not in order, ven vil you launch the correct version?
Namba too) There is yeh 'Start' button... But no 'Stop' button... Rascal, ver it is?
Namba tree) I yev already learned Microsoft Word, venna you laanching Microsoft Sentence?
Namba for) There is yeh Recycle bin... But nobody coming to collect that bin yevriday. Vai?
Namba fai) Your name yis Bill... But in India they arr selling computers but no the receipt..? Vai?
Yand finally yeh personal question:
Your surname is Gates... But you are selling Windows... Vai saar vai?
Kuppusaamy 😂😂😂.
ahlifikirnegara: English = Born in England, Developed in America, Dead in India.
Saar,
I have some questions for you.... Please yanswer yar:
Namba wan) The keyboard alphabets yar not in order, ven vil you launch the correct version?
Namba too) There is yeh 'Start' button... But no 'Stop' button... Rascal, ver it is?
Namba tree) I yev already learned Microsoft Word, venna you laanching Microsoft Sentence?
Namba for) There is yeh Recycle bin... But nobody coming to collect that bin yevriday. Vai?
Namba fai) Your name yis Bill... But in India they arr selling computers but no the receipt..? Vai?
Yand finally yeh personal question:
Your surname is Gates... But you are selling Windows... Vai saar vai?
Kuppusaamy 😂😂😂.
ahlifikirnegara: English = Born in England, Developed in America, Dead in India.
Tuesday, 16 October 2018
KEDAI MENJUAL ISTERI
Di dalam sebuah bandar ini terdapat sebuah kedai yg unik iaitu KEDAI MENJUAL ISTERI.
Kedai ini dibuka selepas tengah malam. Kedai yang menjual isteri ini akan dibuka di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai calon isteri. Syarat untuk masuk kedai tersebut adalah seperti berikut:-
"ANDA HANYA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAHAJA"
Kedai tersebut mempunyai 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanitanya. Kamu boleh memilih wanita di tingkat yang kamu suka. Jika tidak berkenan, kamu juga boleh memilih calon isteri di tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.
Suatu hari seorang lelaki pergi ke kedai tersebut untuk mencari calon isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:-
Tingkat 1: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan & pandai memasak.
Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia naik ke tingkat 2.
Tingkat 2: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak & lemah lembut.
Lelaki itu tersenyum lagi dan naik lagi ke tingkat 3.
Tingkat 3: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut & cantik.
"Wow!!! Ujar lelaki tersebut. Tawaran semakin menarik. Lelaki tersebut semakin ghairah dan terus naik ke tingkat 4.
Tingkat 4: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang kpd kanak-kanak.
Lelaki tersebut berkata, "Ini benar-benar membuat aku serba salah dan hampir tak percaya!!!"
Dia berfikir pastinya tingkat 5 tawarannya lebih hebat lalu dia terus mendaki ke tingkat 5.
Tingkat 5: Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang kanak-kanak & sexy.
Dia tergoda dengan tawaran yg diberikan dan mengambil keputusan utk berhenti dan memilih calon isteri di tingkat 5. Tiba-tiba lelaki tersebut menukar fikirannya lalu dia bertindak melangkah ke tingkat 6. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila membaca tulisan……..
Tingkat 6: Anda adalah pengunjung yang ke 9,989,686,898. TIADA wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk LELAKI yang TIDAK PERNAH PUAS. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini.
SAUDARAKU, setiap dari kita tidak ada yang sempurna. Tidak ada satu pun yang mampu memuaskan kita di dunia ini. ISTERI CANTIK, SUAMI TAMPAN, JAWATAN TINGGI, STATUS, KEKAYAAN, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH, DUIT BERJUTA dan macam-macam lagi.
Kelihatannya begitu GAH dilihat di mata MANUSIA namun kita sering TERLUPA yang itu semua hanya bersifat SEMENTARA.
Oleh itu, hanya dengan RASA SYUKUR, JUJUR, IKHLAS dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan oleh Allah SWT buat kita, yang mampu membuat HIDUP kita begitu INDAH dan TENANG kerana kita pasti merasa PUAS terhadap apa jua yang Allah SWT berikan kepada kita. Semoga kita terus ISTIQAMAH.
Wallahu'alam..
ahlifikirnegara: Roof Top tingkat atas sekali adalah tempat memancing udang. Goreng pon soDAP. Puas.
Wednesday, 3 October 2018
PROJEK TERNAKAN IKAN AIR TAWAR KAMPONG PANCHOR
Carta Organisasi
1. Maklong Maimunah
2. Busu Ghaffar
3. Mohamad Minhat
4. Afidah Bidin
5. Shafie
6. Shuhadah
7. Ibrahim
8. Ahmad Luqman
Saya nak ke Panchor rumah busu mesyuarat melaksanakan kolam ikan serta pembelian alat guna habis dan design air keluar dan air masuk, piping serta kerja kerja tapak dan lain lain.
Ikan Baung - Banyak yang mati sebab cuaca panas dan punca air berminyak |
Ikan Keli Kacukan - Masih banyak yang hidup dan bertahan lama |
Ikan Pacu - Daging nya diberitakan seperti daging ayam, kemyal.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)