Tuesday, 28 November 2017

throwback - sedikit kenangan di NZ, berita bergambar

circa 2006-2009

Local Fruitties

Big KIWI................

Might be after the phd completion period.......

Waiheke Island -by ferry from Auckland

Paparazzi in action

NWGB - No Work Go Back (go back to your country)

SpeechLess..........................
ahlifikirnegara: apa lagi kau nak? Nikmat tuhan kamu yang mana, ingin kamu dustakan?

Monday, 27 November 2017

Galakan Berfikir

Daripada Abu Zar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

تقكروا في خلق الله, ولا تقكروا في الله فتهلكوا

Maksudnya : “Berfikirlah kamu berkenaan makhluk Allah, dan jangan kamu berfikir berkenaan Allah nescaya kamu binasa.”

Riwayat Abu al-Syeikh



Pedoman dan Iktihar Hadis

Antaranya :


  1. Keistimewaan ciptaan Allah yang membezakan manusia dengan haiwan ialah akal yang membolehkan manusia berfikir dan mendapat hidayah ke arah yang benar dan betul dengan taufik Allah SWT. Berfikir adalah aktiviti menggunakan maklumat yang sedia ada dan diketahui untuk mengenali hakikat sesuatu yang belum diketahui. Selagi maklumat tersebut menepati syarat yang benar, selagi itulah ia menghasilkan natijah yang baik.
  2. Ada pun maklumat dan pengetahuan yang benar dan tepat akan mendorong seseorang ke arah keperibadian yang mulia dan beramal soleh yang membawa mereka ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
  3. Manusia ialah makhluk yang tidak boleh dikuasai dengan paksaan semata-mata. Sebaliknya, mereka boleh dibentuk dan dipimpin melalui pemikiran dan prinsip nilai serta harga diri. Justeru, apabila manusia mengamalkan nilai-nilai tersebut maka seluruh tingkah laku dan akhlak mereka menjadi cemerlang.
  4. Menurut kamus dewan edisi Keempat  berfikir ialah menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu, mempertimbangkan baik-baik dan sebagainya.
  5. Islam menggalakkan umatnya menggunakan akal fikiran untuk mencapai kepada matlamat kehidupan yang lebih baik dengan menggunakan fikiran yang bernas bersumberkan wahyu Ilahi dan petunjuk nabi. Begitu juga pengalaman orang-orang soleh sudah tentu dapat menyelesaikan banyak kemelut kehidupan.
  6. Abu Laith berkata : Jika seseorang ingin mencapai fadhilat tafakur, maka hendaklah berfikir dalam lima cara.

  • Memikirkan ayat-ayat yang membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah.
  • Memikirkan nikmat pemberian Allah.
  • Memikirkan pahala yang dijanjikan oleh Allah.
  • Memikirkan seksaan hukuman Allah.
  • Memikirkan apa yang diredai dan dimurkai oleh Allah.


7. Adapun memikirkan ayat-ayat tentang kekuasaan Allah kekuasaan Allah, dalam menciptakan langit dan bumi, terbit dan terbenamnya matahari, silih bergantinya malam dan siang serta kejadian manusia itu sendiri sebagaimana firman Allah SWT:

 

وفى الأرض ءايت للموقنين (20) وفى أنفسكم أفلا تبصرون

 

Maksudnya : Dan di bumi bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan Allah bagi orang yang yakin. Pada dirimu sendiri tidakkah kamu melihat?

8. Apabila seseorang memikirkan tentang bukti-bukti kebesaran tersebut akan bertambah dekat dan yakin kepada Allah.






9. Fikirlah secara positif dengan melihat sesuatu penuh hikmah daripada Ilahi dan membaiki serta mengislahkan diri kearah yang lebih baik. Jangan sekali-kali berfikir dalam bentuk negatif kerana ianya akan menjadikan seseorang tidak bermaya dan dikuasai dengan sifat-sifat mazmumah. Hal ini sudah pasti akan menatijahkan kehidupan yang tidak baik.

 



Antara faedah berfikir ialah :




  • Apabila fikiran manusia berkembang ianya menyebabkan daya tafakur manusia turut berkembang. Oleh itu, wujud kepelbagaian buah fikiran dalam kejadian dan kehidupan manusia.
  • Daya Tafakur menyebabkan manusia bersikap kreatif. Kreativiti manusia melakukan rekaan dan gubahan menyebabkan fikiran mereka berkembang dan memberi manfaat kepada yang lain. Sekiranya fikiran manusia membeku, tidak aka nada kemajuan dan perubahan.
  • Bukan sekadar itu sahaja, malah berfikir boleh melonjakkan seseorang untuk merentasi masa dan kemajuan tamadun dengan pantas. Berfikir merupakan langkah pertama yang akan dapat melahirkan dan merealisasikan perkara yang dianggap mustahil pada hukum adat. Itulah kekuatan berfikir.
  • Dengan berfikir, manusia sudah pasti menjadikan kehidupannya lebih bermakna di dunia mahupun di akhirat. Lebih-lebih lagi dengan mengamalkan terfikir secara positif.

ahlifikirnegara: Jika kita tidak berfikir, maka syaitan akan mengambil ruang yang kosong tersebut. Fikir-fikir kan lah.

Kredit to: Pusat Islam UTeM.

Doa Pagi Selasa

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰن
ِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Segala puji bagi Allah, pujian hak-Nya, milik-Nya pujian yang banyak .
Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan diriku, sungguh nafsu menyuruh pada keburukan kecuali yang disayangi Tuhanku.


Aku berlindung kepada Allah dari kejahatan setan yang menambah dosa-dosaku.
Aku berlindung pada Allah dari semua perbuatan yang durhaka, dari semua musuh yang dominan, dari semua penguasa yang kejam.



Ya Allah , Jadikan aku diantara pasukan-Mu, karena pasukanMu saja yang beroleh kemenangan. Jadikan aku diantara kekasih-kekasihMu, karena kekasihMu saja yang tidak mendapat kecemasan dan kesedihan.

Ya Allah Baikkan agamaku, karena itulah sandaran urusanku. Baikkan akhiratku, karena itulah kampung kembaliku, tempat lari menjauhi kejahatanku.Jadikanlah kehidupan tempat menambah kebaikan, Jadikanlah kematian tempat istirahat dari kejelekan.


Ya Allah Sampaikan shalawat kepada Muhammad, kepada keluarganya dan  kepada para sahabatnya. Berilah aku pada hari Selasa, tiga hal:Jangan biarkan pada diriku dosa kecuali Engkau maafkan. Jangan biarkan pada diriku kesusahan kecuali Engkau hilangkan.


Jangan biarkan pada diriku musuh kecuali Engkau tolakkan. Dengan asma Allah, sebaik-baik asma.
Dengan asma Allah, Tuhan Pengurus Langit dan Bumi. Aku mohon ditolakkan setiap kebencian yang pangkalnya murkaNya.Aku mohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya ridhoNya.Akhirilah hidupku dengan keampunan...


ahlifikirnegara: اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ